Malaysia legislation

Section 20

of AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PINDAAN) 2022

Seksyen 20

Seksyen 43 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“peniaga berlesen” perkataan “atau pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga”;

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Seorang pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga boleh menjual mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya semasa musim terbuka sehingga tiga puluh hari yang pertama dalam musim tutup dan selepas itu tidak boleh menjual mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya melainkan jika musim terbuka kemudiannya diisytiharkan bagi hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya itu.”;

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan menggantikan perkataan “dua puluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”;

dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “satu tahun” dengan perkataan “tiga tahun”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Mana-mana pemegang permit khas untuk menjalankan urusan berniaga yang melanggar subseksyen (1a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4)

Seksyen ini tidak terpakai kepada penjualan mana-mana anak mana-mana hidupan liar daripada pembiakbakaan dalam kurungan komersial atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana anak mana-mana hidupan liar daripada pembiakbakaan dalam kurungan komersial.”.

Undang-Undang Malaysia 18

Akta A1646

Pindaan seksyen 44

Section 20 — WILDLIFE CONSERVATION (AMENDMENT) ACT 2022