Malaysia legislation

Section 25

of AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PINDAAN) 2022

Seksyen 25

Penggantian seksyen 49

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 49 dengan seksyen yang berikut:

“Larangan perbuatan tertentu dalam rizab hidupan liar dan kawasan perlindungan hidupan liar

Quoted provision

Seksyen 49

(a)

memburu mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung;

(b)

mengambil, mengganggu, merosakkan atau memusnahkan sarang atau telur mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung; atau

(c)

mengganggu, memotong, mengalihkan atau mengambil apa-apa tanih, pokok kayu atau tumbuh-tumbuhan.

(2)

Walau apapun subseksyen (1), seorang pemegang permit untuk menjalankan penyelidikan atau kajian dalam mana-mana rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar atau mana-mana orang yang diberi suatu kebenaran bertulis di bawah seksyen 48 untuk memasuki suatu rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar bagi maksud sains boleh, dengan terlebih dahulu mendapatkan kelulusan

Ketua Pengarah, memburu mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung, atau mengambil atau mengganggu sarang atau telur mana-mana hidupan liar, haiwan atau burung, atau mengambil apa-apa sampel dalam bentuk lain, di dalam rizab hidupan liar atau kawasan perlindungan hidupan liar bagi maksud penyelidikan, kajian atau sains.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.”.

Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan)

21

Pindaan seksyen 50