Malaysia legislation

Section 5

of AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR (PINDAAN) 2022

Seksyen 5

Seksyen 11 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula peruntukan yang sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b)

dalam subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula—

(i)

dengan memotong perenggan (d);

(ii)

dengan memotong perenggan (e); dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (e)

sebagaimana yang dipotong perenggan yang berikut:

“(f) menjalankan urusan berniaga yang melibatkan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya atau mana-mana bahagian atau terbitan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya,”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Bagi maksud perenggan (1)(f), suatu permit khas yang berasingan adalah diperlukan bagi setiap aktiviti perniagaan.”.

Pindaan seksyen 17