Malaysia legislation

Section 11

of AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2024

Seksyen 11

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 91z bahagian yang berikut:

“Bahagian XVe

PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN PULAU 1

Tafsiran 91aa.  Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, “kawasan utama kastam” ertinya

Malaysia tidak termasuk Labuan, Langkawi, Tioman, Pangkor dan Pulau 1.

Perniagaan runcit di Pulau 1 91ab.  (1)  Tiada seorang pun boleh menjual secara runcit apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) di Pulau 1 tanpa kelulusan Menteri.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1716

(2)

Permohonan bagi kelulusan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketidakpakaian Bahagian IV dan Bahagian V

91ac.  Peruntukan Bahagian IV dan V Akta ini tidak terpakai bagi barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) yang dikilangkan di Pulau 1.

Pemakaian Akta Kastam 1967 91ad.  (1)  Barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) yang dikilangkan di Pulau 1

hendaklah disifatkan sebagai dikilangkan di luar Malaysia.

(2)

Peruntukan Akta Kastam 1967 hendaklah terpakai bagi barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a)—

(a)

apabila barang-barang itu diangkut ke kawasan utama kastam dari Pulau 1 seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; dan

(b)

apabila barang-barang itu diangkut ke Pulau 1 dari kawasan utama kastam seolah-olah pengangkutan ke Pulau 1 itu ialah pengeksportan dari Malaysia.

Barang-barang yang dikilangkan di kawasan utama kastam hendaklah disifatkan telah dieksport apabila diangkut ke Pulau 1 91ae.  Barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) yang dikilangkan di kawasan utama kastam apabila diangkut ke Pulau 1 hendaklah disifatkan telah dieksport dari kawasan utama kastam ke suatu tempat di luar Malaysia bagi maksud seksyen 19 dan perenggan 28(d).

Eksais (Pindaan)

7

Duti eksais yang berhubungan dengan Pulau 1 91af.  (1)  Duti eksais hendaklah kena dibayar atas—

(a)

semua barang berduti yang dikilangkan atau diimport masuk ke dalam Pulau 1, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta; dan

(b)

semua barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan (a) yang diangkut ke kawasan utama kastam dari Pulau 1 seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia.

(2)

Menteri boleh, melalui perintah, menetapkan erti perkataan

“nilai” berhubung dengan barang-barang yang diangkut dari

Pulau 1 ke kawasan utama kastam.

(3)

Subseksyen 6(2) hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah subsekyen (1).

Barang-barang yang disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Pulau 1 91ag.  Apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) hendaklah, semasa berada di Pulau 1, disifatkan sebagai barang-barang tidak berduti dan peruntukan

Akta ini hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Pemungutan duti 91ah.  Dalam membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 85 Menteri boleh membuat peruntukan—

(a)

bagi pemungutan di Pulau 1 duti eksais yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang yang diimport ke dalam Pulau 1, atau diangkut atau hampir hendak diangkut dari atau ke Pulau 1

ke atau dari kawasan utama kastam;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1716

(b)

bagi batasan atau sekatan kenderaan, vesel dan kapal udara yang boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang itu; dan

(c)

bagi pelesenan atau pengawalan orang atau kenderaan, vesel atau kapal udara yang mengangkut barang-barang itu.”.