Seksyen 1
(2)
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
/akn/my/act/amendment_act/2024/A1716
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1716 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Opening note
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pindaan seksyen 2
Akta Eksais 1976 [Akta 176], yang disebut “Akta ibu” dalam
dalam subseksyen 2(1), dengan memasukkan selepas takrif
“premis berlesen” takrif yang berikut:
‘ “Pulau 1” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;’; dan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1716
AKTA EKSAIS (PINDAAN) 2024
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1716
dalam subseksyen 2(1b), dalam takrif “kawasan utama kastam”, dengan menggantikan perkataan “dan Pangkor”
dengan perkataan “, Pangkor dan Pulau 1”.
Pindaan seksyen 87
Akta ini, dipinda—
Seksyen 87 Akta ibu dipinda dalam takrif “kawasan utama kastam” dengan menggantikan perkataan “dan Pangkor” dengan perkataan “, Pangkor dan Pulau 1”.
Pindaan seksyen 90a
Subseksyen 90a(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Subseksyen 6(2), (3), (4) dan (5)” dengan perkataan
“Subseksyen 6(2)”.
Pindaan seksyen 91a
Seksyen 91a Akta ibu dipinda dalam takrif “kawasan utama kastam” dengan menggantikan perkataan “dan Pangkor” dengan perkataan “, Pangkor dan Pulau 1”.
Pindaan seksyen 91da
Subseksyen 91da(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Subseksyen 6(2), (3), (4) dan (5)” dengan perkataan
“Subseksyen 6(2)”.
Pindaan seksyen 91e
Seksyen 91e Akta ibu dipinda dalam takrif “kawasan utama kastam” dengan menggantikan perkataan “dan Pangkor” dengan perkataan “, Pangkor dan Pulau 1”.
Eksais (Pindaan)
5
Pindaan seksyen 91i
Subseksyen 91i(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Subseksyen 6(2), (3), (4) dan (5)” dengan perkataan
“Subseksyen 6(2)”.
Pindaan seksyen 91q
Seksyen 91q Akta ibu dipinda dalam takrif “kawasan utama kastam” dengan menggantikan perkataan “dan Pangkor” dengan perkataan “, Pangkor dan Pulau 1”.
Pindaan seksyen 91u
Subseksyen 91u(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Subseksyen 6(2), (3), (4) dan (5)” dengan perkataan
“Subseksyen 6(2)”.
Bahagian baharu XVe
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 91z bahagian yang berikut:
“Bahagian XVe
PERUNTUKAN KHAS BERKENAAN DENGAN PULAU 1
Tafsiran 91aa. Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, “kawasan utama kastam” ertinya
Malaysia tidak termasuk Labuan, Langkawi, Tioman, Pangkor dan Pulau 1.
Perniagaan runcit di Pulau 1 91ab. (1) Tiada seorang pun boleh menjual secara runcit apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) di Pulau 1 tanpa kelulusan Menteri.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1716
Permohonan bagi kelulusan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan.
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Ketidakpakaian Bahagian IV dan Bahagian V
91ac. Peruntukan Bahagian IV dan V Akta ini tidak terpakai bagi barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) yang dikilangkan di Pulau 1.
Pemakaian Akta Kastam 1967 91ad. (1) Barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) yang dikilangkan di Pulau 1
hendaklah disifatkan sebagai dikilangkan di luar Malaysia.
Peruntukan Akta Kastam 1967 hendaklah terpakai bagi barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a)—
apabila barang-barang itu diangkut ke kawasan utama kastam dari Pulau 1 seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia; dan
apabila barang-barang itu diangkut ke Pulau 1 dari kawasan utama kastam seolah-olah pengangkutan ke Pulau 1 itu ialah pengeksportan dari Malaysia.
Barang-barang yang dikilangkan di kawasan utama kastam hendaklah disifatkan telah dieksport apabila diangkut ke Pulau 1 91ae. Barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) yang dikilangkan di kawasan utama kastam apabila diangkut ke Pulau 1 hendaklah disifatkan telah dieksport dari kawasan utama kastam ke suatu tempat di luar Malaysia bagi maksud seksyen 19 dan perenggan 28(d).
Eksais (Pindaan)
7
Duti eksais yang berhubungan dengan Pulau 1 91af. (1) Duti eksais hendaklah kena dibayar atas—
semua barang berduti yang dikilangkan atau diimport masuk ke dalam Pulau 1, selain barang-barang yang diisytiharkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta; dan
semua barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan (a) yang diangkut ke kawasan utama kastam dari Pulau 1 seolah-olah pengangkutan ke kawasan utama kastam itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia.
Menteri boleh, melalui perintah, menetapkan erti perkataan
“nilai” berhubung dengan barang-barang yang diangkut dari
Pulau 1 ke kawasan utama kastam.
Subseksyen 6(2) hendaklah terpakai bagi apa-apa perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah subsekyen (1).
Barang-barang yang disifatkan sebagai tidak berduti semasa berada di Pulau 1 91ag. Apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 91af(1)(a) hendaklah, semasa berada di Pulau 1, disifatkan sebagai barang-barang tidak berduti dan peruntukan
Akta ini hendaklah ditafsirkan sewajarnya.
Pemungutan duti 91ah. Dalam membuat peraturan-peraturan di bawah seksyen 85 Menteri boleh membuat peruntukan—
bagi pemungutan di Pulau 1 duti eksais yang kena dibayar berkenaan dengan barang-barang yang diimport ke dalam Pulau 1, atau diangkut atau hampir hendak diangkut dari atau ke Pulau 1
ke atau dari kawasan utama kastam;
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1716
bagi batasan atau sekatan kenderaan, vesel dan kapal udara yang boleh digunakan untuk mengangkut barang-barang itu; dan
bagi pelesenan atau pengawalan orang atau kenderaan, vesel atau kapal udara yang mengangkut barang-barang itu.”.