Malaysia legislation

Section 4

of AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2024

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 49

seksyen yang berikut:

“Perniagaan runcit di Pulau 1 49a.  (1)  Tiada seorang pun boleh menjual secara runcit apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 50(2)(a) di Pulau 1 tanpa kelulusan Menteri.

(2)

Permohonan bagi kelulusan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.”.

Cukai Jualan (Pindaan)

5

Pindaan seksyen 50