Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2024
Sections
7
Languages
MS · EN

Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1718 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1718

AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2024

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1718

Tarikh Perkenan Diraja

...

... 11 September 2024

Tarikh penyiaran dalam Warta

... 25 September 2024

Hakcipta Pencetak H

Cukai Jualan (Pindaan)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Cukai Jualan 2018. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Cukai Jualan

(Pindaan) 2024.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan seksyen 2

Akta Cukai Jualan 2018 [Akta 806], yang disebut “Akta ibu”

dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)—

(a)

dalam takrif “kawasan ditetapkan”, dengan menggantikan perkataan “dan Pangkor” dengan perkataan “, Pangkor dan Pulau 1”; dan

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1718

AKTA CUKAI JUALAN (PINDAAN) 2024

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1718

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “petroleum” takrif yang berikut:

‘  “Pulau 1” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah subseksyen 2(1) Akta Kastam 1967;’.

Pindaan seksyen 49

Seksyen 49 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Dalam hal Pulau 1, Akta ini hendaklah terpakai bagi apa-apa barang bercukai yang dikilangkan di Pulau 1, selain apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri melalui suatu perintah yang disiarkan dalam Warta.”.

Seksyen baharu 49a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 49

seksyen yang berikut:

“Perniagaan runcit di Pulau 1 49a.  (1)  Tiada seorang pun boleh menjual secara runcit apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 50(2)(a) di Pulau 1 tanpa kelulusan Menteri.

(2)

Permohonan bagi kelulusan di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibuat mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri dalam peraturan-peraturan.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.”.

Cukai Jualan (Pindaan)

5

Pindaan seksyen 50

Seksyen 50 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b)

dalam perenggan (1)(a) yang dinomborkan semula, dengan memasukkan selepas perkataan “kawasan ditetapkan”

di mana-mana jua terdapat perkataan “selain Pulau 1”; dan

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Jika kawasan ditetapkan ialah Pulau 1—

(a)

cukai jualan hendaklah dilevikan dan kena dibayar ke atas semua barang—

(i)

diimport ke dalam Pulau 1; atau

(ii)

diangkut dari Malaysia, kawasan ditetapkan atau kawasan khas ke Pulau 1, selain barang yang diisytiharkan dari semasa ke semasa oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

(b)

cukai jualan hendaklah dilevikan dan kena dibayar ke atas semua barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan (a) diangkut dari Pulau 1

ke Malaysia seolah-olah pengangkutan ke Malaysia itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia;

(c)

tiada cukai jualan boleh dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan (a) diangkut dari Pulau 1

ke kawasan ditetapkan yang lain atau kawasan khas; dan

(d)

nilai jualan barang bercukai yang boleh dikenakan cukai jualan mengikut perenggan (a) atau (b) hendaklah ditentukan mengikut subseksyen 9(2).”.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1718

Pindaan seksyen 54

Seksyen 54 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

“perenggan 50(a)” dengan perkataan “perenggan 50(1)(a)

atau 50(2)(a)”.

Pindaan seksyen 57

Seksyen 57 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Walau apa pun subseksyen (1), jika kawasan ditetapkan di bawah subperenggan (1)(a)(iii) ialah

Pulau 1, tiada cukai jualan boleh dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa barang bercukai yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan 50(2)(a)

yang diangkut dari kawasan khas ke Pulau 1.”.

Common questions

What is Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024?
Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1718 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Is Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024 still in force?
Yes — Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024 is currently in force.
When did Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024 take effect?
Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024 was first recorded in 2024.
How many sections does Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024 have?
Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024 contains 7 sections.
Where can I read the official version of Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024?
The official text of Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Cukai Jualan (Pindaan) 2024 (A1718) | mylaw.my