Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Seksyen 50 Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1);
(b)
dalam perenggan (1)(a) yang dinomborkan semula, dengan memasukkan selepas perkataan “kawasan ditetapkan”
di mana-mana jua terdapat perkataan “selain Pulau 1”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Jika kawasan ditetapkan ialah Pulau 1—
(a)
cukai jualan hendaklah dilevikan dan kena dibayar ke atas semua barang—
(i)
diimport ke dalam Pulau 1; atau
(ii)
diangkut dari Malaysia, kawasan ditetapkan atau kawasan khas ke Pulau 1, selain barang yang diisytiharkan dari semasa ke semasa oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
(b)
cukai jualan hendaklah dilevikan dan kena dibayar ke atas semua barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan (a) diangkut dari Pulau 1
ke Malaysia seolah-olah pengangkutan ke Malaysia itu ialah pengimportan ke dalam Malaysia;
(c)
tiada cukai jualan boleh dilevikan dan kena dibayar ke atas apa-apa barang yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan (a) diangkut dari Pulau 1
ke kawasan ditetapkan yang lain atau kawasan khas; dan
(d)
nilai jualan barang bercukai yang boleh dikenakan cukai jualan mengikut perenggan (a) atau (b) hendaklah ditentukan mengikut subseksyen 9(2).”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1718
Pindaan seksyen 54