Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (PINDAAN) 2024

Seksyen 10

Subseksyen 17(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:

“(ga) untuk mengenakan dan memungut caj ke atas penumpang di lapangan terbang di Malaysia bagi perkhidmatan pengawalseliaan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa menurut Akta ini;

(gb) untuk mengenakan dan memungut fi atau apa-apa caj yang ditetapkan;

(gc) untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan pembiayaan dan program kerjasama bagi pelaksanaan fungsinya secara patut dan berkesan;”.