/akn/my/act/amendment_act/2024/A1723

AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (PINDAAN) 2024

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Amendment Act
Status
In force
Enacted
2024
Sections
36
Languages
MS · EN

Quick answer

About this amendment act

AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (PINDAAN) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1723 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Akta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia 2017 [Akta 788], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan perkataan “mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta Penerbangan Awam 1969” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini dan Akta Penerbangan Awam 1969”.

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1723

Seksyen 3

Pindaan seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan memasukkan selepas takrif “aerodrom” takrif yang berikut:

‘ “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“hak trafik udara” ertinya—

Suggest a correction

(a)

berhubung dengan laluan domestik, hak sesuatu syarikat penerbangan yang dilesenkan oleh Pihak Berkuasa untuk mengadakan perkhidmatan udara bagi perjalanan berjadual dalam Malaysia, dan termasuklah tempat yang hendak dihubungkan, jenis kapal udara yang hendak digunakan dan kapasiti yang hendak diberikan; atau

Suggest a correction

(b)

berhubung dengan laluan antarabangsa, hak sesuatu syarikat penerbangan yang dilesenkan oleh Pihak Berkuasa dan ditetapkan, dinamakan atau selainnya dibenarkan oleh Kerajaan untuk mengadakan perkhidmatan udara bagi perjalanan berjadual dari, ke atau merentas sesuatu negara di bawah suatu perjanjian perkhidmatan udara, dan termasuklah tempat yang hendak dihubungkan, laluan yang padanya perkhidmatan udara hendak diberikan, jenis kapal udara yang hendak digunakan dan kapasiti yang hendak diberikan;

“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen 11 atau 36zl;’;

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:

‘ “obligasi perkhidmatan awam” ertinya pengadaan suatu perkhidmatan bagi membawa melalui udara atau penggunaan mana-mana kapal udara untuk

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

5

membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah bagi suatu perjalanan berjadual antara aerodrom—

Suggest a correction

(a)

yang satu aerodrom atau lebih menghubungkan suatu wilayah dalam Malaysia yang terpencil atau kurang penduduk atau mempunyai isu perhubungan yang signifikan oleh sebab kepinggiran geografinya atau kekurangan pilihan pengangkutan darat yang mencukupi;

atau

Suggest a correction

(b)

yang menghubungkan suatu laluan yang dianggap penting bagi pembangunan ekonomi dan sosial

Malaysia atau demi kepentingan negara, yang tidak akan dibuat oleh syarikat penerbangan jika syarikat penerbangan itu hanya menimbangkan kepentingan komersialnya semata-mata;

“pemegang lesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah Akta ini;

“pemegang permit” ertinya seseorang yang memegang suatu permit di bawah Akta ini;’;

Suggest a correction

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “Pengerusi” takrif yang berikut:

‘ “pengguna” ertinya seseorang yang memperoleh atau menggunakan apa-apa perkhidmatan penerbangan untuk kegunaan peribadi dan tidak memperoleh atau menggunakan perkhidmatan itu terutamanya bagi maksud membekalkan semula perkhidmatan itu atau memberikan apa-apa perkhidmatan penerbangan;

“perjalanan berjadual” ertinya satu daripada siri perjalanan yang dilakukan antara dua tempat yang sama dan yang kesemuanya menjadi suatu perkhidmatan yang sistematik;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1723

“perjalanan tidak berjadual” ertinya suatu perjalanan yang bukan perjalanan berjadual;

“perkhidmatan penerbangan” ertinya mana-mana daripada perkhidmatan yang berikut:

Suggest a correction

(a)

membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah melalui udara atau dengan menggunakan mana-mana kapal udara antara dua tempat atau lebih, yang sekurang-kurangnya satu tempat itu berada di Malaysia;

Suggest a correction

(b)

pengadaan mana-mana perkhidmatan pengendalian darat di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

Suggest a correction

(c)

pengendalian sesuatu aerodrom di Malaysia bagi pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal udara yang terlibat dalam membawa penumpang, mel atau kargo bagi sewa atau upah;

Suggest a correction

(d)

apa-apa perkhidmatan lain yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa sebagai perlu atau suai manfaat bagi membawa penumpang, mel atau kargo yang disebut dalam perenggan (a), sama ada atau tidak perkhidmatan itu diadakan oleh pemegang lesen, pemegang permit atau selainnya;

“perkhidmatan pengangkutan udara” ertinya suatu perkhidmatan udara komersial yang dikendalikan bagi maksud mengangkut orang, barang peribadi, bagasi, barangan atau kargo dalam sesuatu kapal udara antara dua tempat;’;

Suggest a correction

(d)

dalam takrif “Pihak Berkuasa”, dengan menggantikan noktah di hujung takrif itu dengan koma bernoktah; dan

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “Pihak Berkuasa”

takrif yang berikut:

‘ “sewa atau upah” ertinya apa-apa bayaran, balasan, ganjaran atau manfaat, yang dicaj, diminta, diterima atau dikutip secara langsung atau secara tidak langsung oleh mana-mana orang bagi penggunaan sesuatu kapal udara.’.

Pindaan seksyen 5

Suggest a correction

Seksyen 4

Seksyen 5 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(i)

dengan memasukkan selepas perenggan (c)

perenggan yang berikut:

“(ca) seorang wakil Kementerian Ekonomi;”;

dan

(ii)

dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “tidak kurang daripada empat tetapi tidak lebih daripada enam orang anggota lain”

dengan perkataan “tidak kurang daripada enam tetapi tidak lebih daripada lapan orang anggota lain”;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “penerbangan awam,” perkataan “ekonomi, kewangan, perniagaan,”;

Suggest a correction

(c)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“Tiada seorang pun” dengan perkataan “Melainkan dengan pengecualian bertulis Menteri, tiada seorang pun”; dan

Suggest a correction

(d)

dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan

“perenggan 1(b) dan (c)” dengan perkataan “perenggan 1(b),

Suggest a correction

(c)

dan (ca)”.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1723

Pindaan seksyen 6

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen 6(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “perenggan 5(1)(b) dan (c)” dengan perkataan

“perenggan 5(1)(b), (c) dan (ca)”.

Seksyen 6

Seksyen baharu 10a

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Kesan pemberhentian keanggotaan 10a.  Jika mana-mana orang terhenti daripada menjadi anggota

(a)

seseorang lain hendaklah dilantik untuk mengambil tempatnya mengikut peruntukan yang terpakai di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(b)

dia tidak boleh, melainkan dengan kelulusan bertulis Menteri, dalam masa dua tahun dari pemberhentian keanggotaannya, membuat apa-apa kontrak perkhidmatan atau menjalankan atau terlibat dalam apa-apa perniagaan atau aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud keuntungan, dalam atau yang berhubungan dengan, perkhidmatan penerbangan.”.

Penggantian seksyen 13

Suggest a correction

Seksyen 7

Pihak Berkuasa—

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 13 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 13

Suggest a correction

Tatacara mesyuarat bagi anggota Pihak Berkuasa dan anggota jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 11

hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.”.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

9

Pindaan seksyen 14

Seksyen 8

“Tatacara mesyuarat

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen 14(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “menetapkan” dengan perkataan “menentukan”.

Seksyen 9

Pindaan seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen 16(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (q) perenggan yang berikut:

“(qa) untuk mengawal selia perkara ekonomi yang berhubungan dengan industri penerbangan awam termasuk—

(i)

untuk memperbaiki perhubungan, di peringkat global dan tempatan, supaya dapat menggalakkan pertalian ekonomi, integrasi dan pertumbuhan, dan perdagangan, pelaburan dan pelancongan;

(ii)

untuk menggalakkan persaingan yang berkesan dalam industri penerbangan awam dengan menggalakkan suatu persekitaran ekonomi yang membenarkan syarikat penerbangan Malaysia mengekalkan keupayaan mereka untuk bersaing dengan berkesan dalam pasaran penerbangan awam melalui cara yang menguntungkan, cekap dan adil yang mampan;

Suggest a correction

(iii)

untuk menggalakkan pengendalian aerodrom dan perkhidmatan pengendalian darat yang cekap, ekonomi dan menguntungkan;

Suggest a correction

(iv)

untuk menggalakkan pelaburan yang tepat pada waktunya dalam industri penerbangan awam bagi memenuhi permintaan dan keperluan pembangunan

Malaysia yang berkembang; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(v)

untuk memaksimumkan nilai ekonomi mana-mana bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan

Persekutuan kepada industri penerbangan awam dan untuk mendapatkan dan menggalakkan cara untuk mengurangkan apa-apa bantuan kewangan sedemikian mengikut masa;

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1723

(qb) untuk menasihati dan memberikan syor daripada perspektif ekonomi kepada—

Suggest a correction

(i)

Menteri mengenai dasar dan rancangan mengenai segala perkara yang berhubungan dengan penerbangan awam dan membangunkan strategi selaras dengan dasar dan rancangan sedemikian;

dan

(ii)

agensi kerajaan yang berkaitan mengenai segala perkara yang berhubungan dengan penerbangan awam;

(qc) untuk memperuntukkan suatu mekanisme bagi perlindungan pengguna termasuk—

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

untuk menggalakkan suatu persekitaran yang membenarkan pengguna berhubung dengan industri penerbangan awam mendapat akses dengan cara yang telus kepada pilihan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan pada harga yang berpatutan;

(ii)

untuk menerima dan menyebarkan maklumat dan pandangan mengenai perkara yang menjadi kepentingan kepada pengguna atau perkhidmatan yang diberikan oleh pemegang lesen dan pemegang permit;

Suggest a correction

(iii)

untuk berunding dengan industri, kerajaan dan kumpulan pengguna lain mengenai perkara yang menjadi kepentingan kepada pengguna; dan

Suggest a correction

(iv)

untuk memperuntukkan suatu mekanisme bagi penyelesaian aduan pengguna;

(qd) untuk memperuntukkan suatu mekanisme bagi penyelesaian pertikaian antara penyedia perkhidmatan penerbangan;

(qe) untuk mentadbir, menguntukkan dan menguruskan hak trafik udara;

(qf) untuk memantau penguntukan slot bagi syarikat penerbangan atau pengendali kapal udara lain;

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

11

(qg) untuk mentadbir dan menguruskan obligasi perkhidmatan awam;

(qh) untuk memudahkan dan menyelaras perkara yang menjadi kepentingan kepada industri penerbangan awam Malaysia antara penyedia perkhidmatan penerbangan dengan agensi kerajaan, di peringkat tempatan dan antarabangsa;”.

Pindaan seksyen 17

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen 17(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (g) perenggan yang berikut:

“(ga) untuk mengenakan dan memungut caj ke atas penumpang di lapangan terbang di Malaysia bagi perkhidmatan pengawalseliaan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa menurut Akta ini;

(gb) untuk mengenakan dan memungut fi atau apa-apa caj yang ditetapkan;

(gc) untuk merumuskan dan melaksanakan pembangunan sumber manusia dan pembiayaan dan program kerjasama bagi pelaksanaan fungsinya secara patut dan berkesan;”.

Seksyen 11

Pindaan seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen 18(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “yang bersifat umum selaras dengan peruntukan undang-undang penerbangan awam” dengan perkataan “selaras dengan peruntukan Akta ini dan Akta Penerbangan Awam 1969”.

Seksyen 12

Pindaan seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“Pewakilan kuasa” dengan perkataan “Pewakilan fungsi dan kuasa”;

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1723

Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“mewakilkan kuasanya yang berhubungan dengan perkara pentadbiran” dengan perkataan “mewakilkan fungsi dan kuasanya yang berhubungan dengan perkara pentadbiran dan operasi”;

Suggest a correction

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“apa-apa kuasa” dengan perkataan “apa-apa fungsi atau kuasa”;

Suggest a correction

(d)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“Apa-apa kuasa” dengan perkataan “Apa-apa fungsi atau kuasa”; dan

Suggest a correction

(e)

dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan

“mana-mana kuasa yang diwakilkan” dengan perkataan

“mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan”.

Pindaan seksyen 21

Suggest a correction

Seksyen 13

Suggest a correction

Seksyen 21 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3a)  Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah memastikan bahawa syarikat penerbangan menjalankan program obligasi perkhidmatan awam.

(3b)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah menguruskan atau mengatur bagi penjalanan penyelidikan, penilaian, kajian dan perkhidmatan nasihat, untuk mengumpul semak, menganalisis dan menyiarkan maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau relevan dengan pembangunan ekonomi industri penerbangan awam, dan untuk menyebarkan maklumat, statistik dan faktor yang berkaitan itu kepada agensi kerajaan yang berkenaan, pemegang lesen, orang awam dan pelabur atau pelabur berpotensi yang melabur dalam industri sedemikian.”.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

13

Pindaan seksyen 26

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 26 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Semua wang yang disebut dalam perenggan (2)(b)

yang melebihi kehendak kewangan Pihak Berkuasa bagi pelaksanaan fungsinya boleh dibayar ke dalam Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan.”.

Bahagian baharu Va, Vb, Vc, Vd, Ve, Vf dan Vg

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian V bahagian yang berikut:

“Bahagian Va

PELESENAN DAN CAJ

Lesen perkhidmatan udara 36a.  (1)  Tiada seorang pun boleh mengusahakan untuk membawa melalui udara atau menggunakan apa-apa kapal udara bagi membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah bagi perjalanan berjadual di antara dua tempat atau lebih yang sekurang-kurangnya satu daripada tempat itu berada di Malaysia kecuali di bawah dan mengikut lesen perkhidmatan udara yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi orang yang dibenarkan untuk mengendalikan perjalanan berjadual ke atau dari suatu tempat di Malaysia mengikut terma mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh Kerajaan.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah itu, sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan dalam subseksyen ini, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1723

Permit perkhidmatan udara 36b.  (1)  Tiada seorang pun boleh mengusahakan untuk membawa melalui udara atau menggunakan mana-mana kapal udara bagi membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah bagi perjalanan tidak berjadual di antara dua tempat atau lebih yang sekurang-kurangnya satu daripada tempat itu berada di Malaysia kecuali di bawah dan mengikut suatu permit perkhidmatan udara yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

Suggest a correction

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi orang yang dibenarkan untuk mengendalikan perjalanan tidak berjadual ke atau dari suatu tempat di Malaysia mengikut terma mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh Kerajaan.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah itu, sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan dalam subseksyen ini, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Lesen pengendalian darat 36c.  (1)  Tiada seorang pun boleh mengusahakan apa-apa perkhidmatan pengendalian darat di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kecuali di bawah dan mengikut lesen yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

Suggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh mengambil khidmat mana-mana pengendali pengendalian darat melainkan jika pengendali itu dilesenkan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah itu, sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan dalam subseksyen ini, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

15

Lesen pengendali aerodrom 36d.  (1)  Tiada seorang pun boleh mengendalikan suatu aerodrom di Malaysia untuk pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal udara yang terlibat dalam membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah kecuali di bawah dan mengikut lesen yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, pesalah itu, sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan dalam subseksyen ini, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Permohonan bagi lesen atau permit 36e.  (1)  Seseorang pemohon bagi suatu lesen atau permit di bawah Akta ini hendaklah mengemukakan permohonan mengikut bentuk dan cara berserta dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(2)

Permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Selepas menerima permohonan, dokumen, maklumat dan fi itu, Pihak Berkuasa hendaklah menimbangkan permohonan itu dengan mengambil kira apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Jika Pihak Berkuasa tidak berpuas hati bahawa pemohon itu telah memenuhi kehendak itu, Pihak Berkuasa hendaklah memberikan pemohon peluang untuk meminda, membetulkan atau menambah permohonannya dalam apa-apa masa sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

Suggest a correction

(5)

Kegagalan pemohon untuk meminda, membetulkan atau menambah permohonannya di bawah subseksyen (4) sehingga memuaskan hati Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan permohonan itu disifatkan sebagai telah ditarik balik.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1723

Suggest a correction

(6)

Jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa pemohon telah memenuhi kehendak itu, Pihak Berkuasa boleh mengeluarkan apa-apa lesen atau permit, tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan.

Kuasa untuk mengenakan syarat 36f.  (1)  Tertakluk kepada Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mengenakan atas sesuatu lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa, dan khususnya, apa-apa syarat yang difikirkan wajar oleh Pihak Berkuasa demi kepentingan awam, demi kepentingan perihal selamat, keselamatan dan kemudahan, atau untuk menghalang persaingan yang tidak menguntungkan.

Suggest a correction

(2)

Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa menurut budi bicaranya, menambah, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen atau permit di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(3)

Seseorang pemegang lesen atau pemegang permit yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen atau permitnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Tempoh lesen atau permit 36g.  Suatu lesen atau permit yang diberikan atau dikeluarkan di bawah Bahagian ini hendaklah sah bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan.

Pembaharuan lesen atau permit 36h.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Pihak Berkuasa boleh, atas suatu permohonan oleh pemegang lesen atau pemegang permit, membaharui lesen atau permit orang itu atas apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa atau menolak permohonan itu.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

(2)

Suatu permohonan bagi pembaharuan lesen atau permit di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen atau permit yang sedia ada, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah disertakan dengan fi pembaharuan yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberikan apa-apa sebab yang difikirkan munasabah oleh Pihak Berkuasa, Pihak Berkuasa boleh menolak untuk meneruskan, mendengar atau menentukan permohonan itu.

Suggest a correction

(4)

Jika tiada permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen atau permit dikemukakan, pemegang lesen atau pemegang permit hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen atau permit itu, mengembalikan lesen atau permit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Pihak Berkuasa.

Penggantungan atau pembatalan lesen atau permit 36i.  (1)  Pihak Berkuasa boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen atau pemegang permit dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung lesen atau permit yang diberikan atau dikeluarkan di bawah Bahagian ini—

(a)

jika mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiari di bawah Akta ini, atau mana-mana syarat lesen atau permit tidak dipatuhi;

Suggest a correction

(b)

jika pengeluaran lesen atau permit telah didorong oleh representasi palsu tentang fakta oleh atau bagi pihak pemohon, pemegang lesen atau pemegang permit;

Suggest a correction

(c)

sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, penyelesaian pemegang lesen atau pemegang permit atau jika seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan pemegang lesen atau pemegang permit itu; atau

Undang-Undang Malaysia 18

Akta A1723

Suggest a correction

(d)

jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa lesen atau permit yang diberikan atau dikeluarkan di bawah

Bahagian ini telah atau diniatkan untuk digunakan bagi suatu maksud yang menyalahi undang-undang atau maksud asal yang baginya lesen atau permit itu telah diberikan atau dikeluarkan tidak lagi wujud.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Pihak Berkuasa tidak boleh membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau permit melainkan jika Pihak

Berkuasa berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen atau pemegang permit itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi secara bertulis yang dia berhasrat untuk buat, lesen atau permit itu patut dibatalkan atau digantung.

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), sekiranya pemegang lesen perkhidmatan udara atau pemegang permit perkhidmatan udara terhenti daripada memegang suatu perakuan pengendali udara yang sah, lesen perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan udara yang diberikan atau dikeluarkan di bawah

Bahagian ini hendaklah disifatkan telah dibatalkan berkuat kuasa dari tarikh pemegang lesen perkhidmatan udara atau pemegang permit perkhidmatan udara itu terhenti daripada memegang perakuan pengendali udara.

Suggest a correction

(4)

Menjadi kewajipan setiap pemegang lesen perkhidmatan udara atau pemegang permit perkhidmatan udara untuk memaklumkan Pihak Berkuasa, tidak lewat daripada dua hari selepas berlakunya kejadian yang dinyatakan dalam subseksyen (3), mengenai berlakunya kejadian itu dan tarikh kuat kuasa kejadian itu dan menyerahkan balik lesen perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan udara yang diberikan atau dikeluarkan di bawah Bahagian ini kepada

Pihak Berkuasa mengikut subseksyen (5).

Suggest a correction

(5)

Jika suatu lesen atau permit—

(a)

telah dibatalkan, lesen atau permit itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan dan pemegang lesen atau pemegang permit hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen atau permit itu mengembalikan lesen atau permit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada

Pihak Berkuasa; atau

Suggest a correction

(b)

telah digantung, lesen atau permit itu tidak mempunyai kuat kuasa semasa tempoh penggantungan itu.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

19

Penyerahan balik lesen atau permit 36j.  (1)  Seseorang pemegang lesen atau pemegang permit boleh menyerahkan balik lesen atau permitnya dengan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa suatu notis bertulis mengenai penyerahan balik lesen atau permit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak kurang daripada enam bulan sebelum tarikh penyerahan balik yang dicadangkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Penyerahan balik lesen atau permit hendaklah berkuat kuasa enam bulan dari tarikh Pihak Berkuasa menerima notis di bawah subseksyen (1) atau pada apa-apa tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

Suggest a correction

(3)

Penyerahan balik lesen atau permit di bawah subseksyen (1)

tidak boleh ditarik balik melainkan jika Pihak Berkuasa melalui notis secara bertulis kepada pemegang lesen atau pemegang permit membenarkan penyerahan balik itu ditarik balik sebelum tarikh kuat kuasa penyerahan balik lesen atau permit itu.

Suggest a correction

(4)

Pemegang lesen atau pemegang permit hendaklah—

(a)

mengambil segala langkah dan memberikan segala bantuan sebagaimana yang dikehendaki oleh

Pihak Berkuasa menurut penyerahan balik lesen atau permit itu; dan

Suggest a correction

(b)

mengemukakan lesen atau permit itu kepada

Pihak Berkuasa pada tarikh kuat kuasa penyerahan balik lesen atau permit itu.

Pemindahmilikan atau penyerahhakan lesen atau permit 36k.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (3), suatu lesen atau permit yang diberikan atau dikeluarkan di bawah Bahagian ini adalah khas untuk pemegang lesen atau pemegang permit dan tidak boleh dipindahmilikkan atau diserahhakkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Seseorang pemegang lesen atau pemegang permit yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1723

Suggest a correction

(3)

Walau apa pun perenggan 36i(1)(c), Pihak Berkuasa boleh, sekiranya terdapat penyelesaian seseorang pemegang lesen atau pemegang permit, atau jika penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan pemegang lesen atau pemegang permit itu, atau jika atas apa-apa sebab

Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahmilikan lesen atau permit itu.

Caj perkhidmatan penerbangan 36l.  (1)  Pihak Berkuasa hendaklah mengawal selia caj bagi perkhidmatan penerbangan.

Suggest a correction

(2)

Dalam menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (1),

Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk—

(a)

menetapkan caj, termasuk caj maksimum, bagi perkhidmatan penerbangan termasuk caj perkhidmatan penumpang, fi pendaratan dan fi parkir, caj pengendalian darat pihak ketiga dan apa-apa caj perkhidmatan penerbangan lain pada apa-apa lat tempoh yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa, atau mewujudkan kaedah bagi penentuan apa-apa caj itu;

Suggest a correction

(b)

menjalankan kajian semula bagi caj yang ditetapkan atau kaedah yang diwujudkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a); dan

Suggest a correction

(c)

berikutan kajian semula itu, menyemak apa-apa caj yang ditetapkan atau kaedah yang diwujudkan di bawah perenggan (a) sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud perenggan (2)(a) dan (c), Pihak Berkuasa hendaklah mengambil kira—

(b)

keperluan untuk menggalakkan caj yang bersaing;

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

(c)

apa-apa penanda aras yang berkaitan termasuk penanda aras antarabangsa bagi harga, kos dan pulangan atas aset dalam industri yang setanding;

Suggest a correction

(d)

implikasi kewangan yang mungkin berbangkit daripada penentuan Pihak Berkuasa;

Suggest a correction

(f)

pulangan atas aset bagi pemegang lesen atau pemegang permit; dan

Suggest a correction

(g)

apa-apa faktor lain yang difikirkan berkaitan oleh

Pihak Berkuasa.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Caj yang ditetapkan dan kaedah bagi penentuan caj oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.

Bahagian Vb

PERSAINGAN

Suggest a correction

Penggal 1

Penggal 1

Tafsiran dan pemakaian

Suggest a correction

Tafsiran 36m.

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“amalan bersepadu” ertinya apa-apa bentuk penyelarasan antara perusahaan yang dengan diketahui menggantikan kerjasama amali antara mereka bagi risiko persaingan dan termasuklah apa-apa amalan yang melibatkan hubungan atau komunikasi secara langsung atau tidak langsung antara perusahaan, yang matlamatnya atau kesannya adalah sama ada—

(a)

untuk mempengaruhi perlakuan satu perusahaan atau lebih dalam pasaran perkhidmatan penerbangan; atau

Undang-Undang Malaysia 22

Akta A1723

Suggest a correction

(b)

untuk mendedahkan penjalanan perlakuan yang diputuskan untuk diambil oleh suatu perusahaan atau yang hendak diambil olehnya dalam pasaran perkhidmatan penerbangan, dalam hal keadaan yang pendedahan itu tidak akan dibuat di bawah keadaan biasa persaingan;

“kedudukan dominan” ertinya suatu keadaan yang dalamnya satu perusahaan atau lebih mempunyai kuasa yang signifikan dalam suatu pasaran perkhidmatan penerbangan untuk melaraskan harga atau output atau terma perdagangan, tanpa kekangan yang berkesan daripada pesaing atau pesaing berpotensi;

“pasaran perkhidmatan penerbangan” ertinya suatu pasaran bagi perkhidmatan penerbangan di Malaysia atau di mana-mana bahagian di Malaysia;

“perjanjian” ertinya apa-apa bentuk kontrak, perkiraan atau persefahaman, sama ada boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang atau tidak, antara perusahaan, dan termasuklah suatu perjanjian mendatar, perjanjian menegak, perkongsian kod syarikat penerbangan, perikatan, perjanjian perkongsian atau usaha sama, suatu keputusan oleh suatu persatuan dan amalan bersepadu;

“perjanjian mendatar” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang sama dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran;

“perjanjian menegak” ertinya suatu perjanjian antara perusahaan yang setiapnya beroperasi pada peringkat yang berlainan dalam rangkaian pengeluaran atau pengedaran;

“perusahaan” ertinya mana-mana individu, pertubuhan perbadanan, kumpulan orang yang tidak diperbadankan atau apa-apa entiti lain yang menjalankan aktiviti komersial yang berhubungan dengan perkhidmatan penerbangan, dan bagi maksud Akta ini, suatu syarikat induk dan subsidiari hendaklah disifatkan sebagai perusahaan tunggal jika, walaupun mempunyai entiti yang berasingan di sisi undang-undang, kedua-duanya membentuk suatu unit ekonomi tunggal yang dalamnya subsidiari itu tidak mempunyai autonomi sebenar dalam menentukan tindakan mereka dalam pasaran perkhidmatan penerbangan.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

23

Pemakaian Bahagian ini 36n.  (1)  Bahagian ini terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial, perjanjian atau percantuman yang menyentuh perkhidmatan penerbangan kedua-duanya di dalam dan, tertakluk kepada subseksyen (2), di luar Malaysia.

Suggest a correction

(2)

Berhubung dengan pemakaian Bahagian ini di luar

Malaysia, Bahagian ini terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial, perjanjian atau percantuman yang dibuat atau dilaksanakan di luar Malaysia yang mempunyai kesan terhadap persaingan dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan di Malaysia.

Suggest a correction

(3)

Bahagian ini tidak terpakai bagi apa-apa aktiviti komersial, perjanjian atau percantuman yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud Bahagian ini, “aktiviti komersial” ertinya apa-apa aktiviti yang bersifat komersial tetapi tidak termasuk—

(a)

apa-apa aktiviti, secara langsung atau tidak langsung, dalam penjalanan kuasa kerajaan;

Suggest a correction

(b)

apa-apa aktiviti yang dijalankan berasaskan pada prinsip perpaduan; dan

Suggest a correction

(c)

apa-apa pembelian perkhidmatan penerbangan yang bukan bagi maksud untuk menawarkan perkhidmatan penerbangan sebagai sebahagian daripada suatu aktiviti ekonomi.

Suggest a correction
Suggest a correction

Penggal 2

Penggal 2

Perjanjian antipersaingan

Suggest a correction

Perjanjian yang dilarang 36o.  (1)  Suatu perjanjian antara perusahaan dilarang setakat yang perjanjian itu mempunyai matlamat atau kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan.

Undang-Undang Malaysia 24

Akta A1723

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), suatu perjanjian mendatar antara perusahaan untuk—

(a)

menetapkan, secara langsung atau tidak langsung, suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan lain;

Suggest a correction

(b)

berkongsi pasaran perkhidmatan penerbangan atau punca bekalan;

Suggest a correction

(d)

melakukan suatu perbuatan tipuan bida, berkaitan dengan perkhidmatan penerbangan, disifatkan mempunyai matlamat untuk menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan secara signifikan dalam apa-apa pasaran perkhidmatan penerbangan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana perusahaan yang merupakan suatu pihak kepada suatu perjanjian yang dilarang di bawah seksyen ini adalah bertanggungan bagi pelanggaran larangan itu.

Pelepasan liabiliti 36p.  Walau apa pun seksyen 36o, suatu perusahaan yang merupakan suatu pihak kepada suatu perjanjian boleh melepaskan liabilitinya bagi pelanggaran larangan di bawah seksyen 36o berasaskan pada sebab yang berikut:

(a)

terdapat manfaat teknologi, kecekapan atau sosial yang boleh dikenal pasti secara signifikan yang berbangkit secara langsung daripada perjanjian itu;

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

(b)

manfaat itu tidak dapat semunasabahnya diberikan oleh pihak-pihak kepada perjanjian itu tanpa perjanjian itu mempunyai kesan menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan;

Suggest a correction

(c)

kesan buruk perjanjian itu pada persaingan adalah bersekadar dengan manfaat yang diberikan; dan

Suggest a correction

(d)

perjanjian itu tidak membenarkan perusahaan yang berkenaan untuk menghapuskan persaingan sama sekali berkenaan dengan sebahagian besar perkhidmatan penerbangan.

Pengecualian individu 36q.  (1)  Suatu perusahaan boleh memohon kepada

Pihak Berkuasa untuk suatu pengecualian berkenaan dengan suatu perjanjian tertentu daripada larangan di bawah seksyen 36o.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Pihak Berkuasa boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memberikan pengecualian itu jika, pada pendapat

Pihak Berkuasa, perjanjian itu ialah satu perjanjian yang baginya seksyen 36p terpakai.

Suggest a correction

(4)

Suatu pengecualian yang diberikan di bawah seksyen ini disebut sebagai “pengecualian individu”.

Suggest a correction

(5)

Pengecualian individu yang diberikan oleh

Pihak Berkuasa boleh—

(a)

tertakluk kepada apa-apa syarat atau obligasi yang difikirkan sesuai untuk dikenakan oleh

Pihak Berkuasa; dan

Suggest a correction

(b)

bagi suatu tempoh terhad sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Suatu pengecualian individu boleh memperuntukkan bahawa pengecualian itu akan berkuat kuasa dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh perintah itu dibuat.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1723

Suggest a correction

(7)

Jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa—

(a)

terdapat suatu perubahan material pada hal keadaan dari masa apabila Pihak Berkuasa memberikan pengecualian individu itu; atau

Suggest a correction

(b)

suatu obligasi telah dilanggar,

Pihak Berkuasa boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta—

Suggest a correction

(i)

membatalkan pengecualian individu itu;

(ii)

mengubah atau mengeluarkan apa-apa syarat atau obligasi; atau

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(8)

Jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa—

(a)

maklumat yang berasaskannya Pihak Berkuasa membuat keputusan untuk memberikan suatu pengecualian individu itu adalah palsu atau mengelirukan dalam butir-butir material; atau

Suggest a correction

(b)

apa-apa syarat telah dilanggar,

Pihak Berkuasa boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, membatalkan pengecualian individu itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(9)

Apa-apa tindakan yang diambil oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (7) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh perintah itu dibuat.

Suggest a correction

(10)

Suatu pengecualian individu yang dibatalkan—

(a)

menurut kuasa perenggan (8)(a) hendaklah terbatal ab initio; atau

Suggest a correction

(b)

menurut kuasa perenggan (8)(b) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh syarat itu dilanggar.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

27

Pengecualian blok 36r.  (1)  Jika perjanjian yang tergolong dalam suatu kategori perjanjian tertentu, pada pendapat Pihak Berkuasa, berkemungkinan merupakan perjanjian yang baginya seksyen 36p terpakai, Pihak Berkuasa boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memberikan suatu pengecualian kepada kategori perjanjian tertentu itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Suatu pengecualian yang diberikan di bawah seksyen ini disebut sebagai “pengecualian blok”.

Suggest a correction

(3)

Suatu perjanjian yang tergolong dalam suatu kategori yang dinyatakan dalam suatu pengecualian blok dikecualikan daripada larangan di bawah seksyen 36o.

Suggest a correction

(4)

Pihak Berkuasa dalam memberikan pengecualian blok boleh mengenakan apa-apa syarat atau obligasi yang tertakluk kepadanya suatu pengecualian blok itu berkuat kuasa.

Suggest a correction

(5)

Suatu pengecualian blok boleh memperuntukkan bahawa—

(a)

jika terdapat suatu pelanggaran syarat yang dikenakan oleh pengecualian blok itu, Pihak Berkuasa boleh, melalui notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu dari tarikh pelanggaran itu;

Suggest a correction

(b)

jika terdapat suatu kegagalan untuk mematuhi obligasi yang dikenakan oleh pengecualian blok itu,

Pihak Berkuasa boleh, melalui notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu;

Suggest a correction

(c)

jika Pihak Berkuasa berpendapat bahawa suatu perjanjian tertentu bukanlah suatu perjanjian yang baginya seksyen 36p terpakai, Pihak Berkuasa boleh, melalui notis secara bertulis, membatalkan pengecualian blok itu berkenaan dengan perjanjian itu dari apa-apa tarikh sebagaimana yang dinyatakan oleh

Pihak Berkuasa;

Undang-Undang Malaysia 28

Akta A1723

Suggest a correction

(d)

pengecualian blok itu hendaklah terhenti berkuat kuasa pada penghujung tempoh yang dinyatakan dalam perintah itu; atau

Suggest a correction

(e)

pengecualian blok itu berkuat kuasa dari suatu tarikh yang lebih awal daripada tarikh perintah itu dibuat.

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Pihak Berkuasa hendaklah, sebelum memberikan suatu pengecualian blok—

(a)

menyiarkan perincian mengenai pengecualian blok yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa itu;

Suggest a correction

(b)

memberikan sekurang-kurangnya tiga puluh hari dari tarikh penyiaran untuk membenarkan apa-apa penghujahan dibuat oleh orang awam berhubung dengan pengecualian blok yang dicadangkan itu;

dan

Suggest a correction

(c)

memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penghujahan yang dibuat.

Suggest a correction
Suggest a correction

Penggal 3

Penggal 3

Penyalahgunaan kedudukan dominan

Suggest a correction

Penyalahgunaan kedudukan dominan dilarang 36s.  (1)  Suatu perusahaan dilarang untuk terlibat, sama ada secara sendirian atau kolektif, dalam apa-apa perlakuan yang terjumlah kepada suatu penyalahgunaan kedudukan dominan dalam mana-mana pasaran perkhidmatan penerbangan.

(2)

Pihak Berkuasa boleh menyiarkan garis panduan yang menyatakan jenis perlakuan yang akan atau tidak akan dilarang di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Seksyen ini tidak melarang suatu perusahaan yang berada dalam kedudukan dominan daripada mengambil apa-apa langkah yang mempunyai justifikasi komersial yang munasabah atau merupakan suatu respons komersial yang munasabah terhadap kemasukan ke dalam pasaran atau perlakuan pasaran seseorang pesaing.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

(4)

Hakikat bahawa bahagian pasaran mana-mana perusahaan mengatasi atau di bawah apa-apa peringkat tertentu tidak dengan sendirinya boleh dianggap sebagai konklusif tentang sama ada perusahaan itu berada atau tidak berada pada suatu kedudukan dominan dalam pasaran itu.

Suggest a correction

Penggal 4

Penggal 4

Percantuman

Suggest a correction

Percantuman 36t.  (1)  Percantuman yang telah mengakibatkan, atau dijangka akan mengakibatkan, pengurangan persaingan yang substansial dalam mana-mana pasaran perkhidmatan penerbangan adalah dilarang.

(2)

Bagi maksud Penggal ini, suatu percantuman berlaku jika—

(a)

dua perusahaan atau lebih, yang sebelum ini adalah berasingan daripada satu sama lain, bercantum;

Suggest a correction

(b)

seorang atau satu perusahaan atau lebih memperoleh kawalan secara langsung atau tidak langsung keseluruhan atau sebahagian daripada satu perusahaan atau lebih;

Suggest a correction

(c)

akibat daripada pemerolehan oleh satu perusahaan

(selepas ini disebut sebagai “perusahaan pertama”)

ke atas aset termasuk nama baik, atau sebahagian besar aset itu, kepunyaan perusahaan lain (selepas ini disebut sebagai “perusahaan kedua”) adalah untuk meletakkan perusahaan pertama itu dalam kedudukan untuk menggantikan atau menggantikan sebahagian besar perusahaan kedua dalam perniagaan itu atau, sebagaimana sesuai, bahagian yang berkaitan bagi perniagaan itu yang dalamnya perusahaan itu terlibat sebaik sebelum pemerolehan itu; atau

Suggest a correction

(d)

suatu usaha sama diwujudkan untuk melaksanakan, secara berkekalan, semua fungsi suatu entiti ekonomi yang berautonomi.

Undang-Undang Malaysia 30

Akta A1723

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud Penggal ini, kawalan, berhubung dengan suatu perusahaan, hendaklah dianggap wujud jika, oleh sebab hak, kontrak atau apa-apa kaedah lain, atau mana-mana gabungan hak, kontrak atau kaedah lain, pengaruh muktamad berupaya untuk dijalankan berkenaan dengan aktiviti perusahaan itu dan, secara khusus, melalui—

(a)

pemilikan, atau hak untuk menggunakan kesemua atau sebahagian daripada, aset perusahaan itu; atau

Suggest a correction

(b)

hak atau kontrak yang membolehkan pengaruh muktamad dijalankan berkenaan dengan keanggotaan, undian atau keputusan perusahaan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Bagi maksud Penggal ini, kawalan diperoleh oleh mana-mana orang atau perusahaan lain jika orang itu atau perusahaan itu—

(a)

menjadi pemegang hak atau kontrak, atau berhak untuk menggunakan kaedah lain, yang disebut dalam subseksyen (3); atau

Suggest a correction

(b)

walaupun tidak menjadi pemegang itu atau tidak berhak untuk menggunakan kaedah lain itu, memperoleh kuasa untuk menjalankan hak yang berbangkit daripada kawalan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Dalam menentukan sama ada jenis pengaruh yang disebut dalam subseksyen (3) berupaya untuk dijalankan, perhatian hendaklah diberikan kepada semua hal keadaan perkara itu dan tidak semata-mata kepada kesan undang-undang mana-mana surat cara, surat ikatan, pemindahmilikan, penyerahhakan atau perbuatan lain yang dilakukan atau dibuat.

Suggest a correction

(6)

Bagi maksud Penggal ini, suatu percantuman tidak disifatkan berlaku jika—

(a)

orang yang memperoleh kawalan merupakan seseorang penerima atau penyelesai yang bertindak sebagai demikian atau seorang penaja jamin yang bertindak sebagai demikian;

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

(b)

semua perusahaan yang terlibat dengan percantuman itu adalah, secara langsung atau tidak langsung, di bawah kawalan perusahaan yang sama;

Suggest a correction

(c)

kawalan diperoleh semata-mata akibat daripada pemberian wasiat, kematian tidak berwasiat atau hak penakatan di bawah penyewaan bersama; atau

Suggest a correction

(d)

kawalan diperoleh oleh suatu perusahaan yang aktiviti lazimnya termasuklah menjalankan transaksi dan urus niaga dalam sekuriti untuk akaunnya sendiri atau akaun orang lain, dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (7).

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Hal keadaan yang disebut dalam perenggan (6)(d)

adalah seperti yang berikut:

(a)

kawalan yang berkenaan dibentuk oleh pemegangan perusahaan itu, secara sementara, melalui sekuriti yang diperoleh dalam perusahaan yang lain; dan

Suggest a correction

(b)

apa-apa penjalanan bagi hak mengundi oleh perusahaan itu berkenaan dengan sekuriti itu, sementara kawalan itu wujud—

Suggest a correction

(i)

adalah bagi maksud mengaturkannya bagi pelupusan, dalam tempoh yang dinyatakan itu, kesemua atau sebahagian daripada perusahaan lain atau asetnya atau sekuritinya;

dan

(ii)

bukanlah bagi maksud menentukan cara apa-apa aktiviti perusahaan lain itu, yang merupakan aktiviti yang boleh memberi kesan kepada persaingan dalam pasaran perkhidmatan penerbangan, dijalankan.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(8)

Dalam subseksyen (7), “tempoh yang dinyatakan”

ertinya—

(a)

tempoh dua belas bulan dari tarikh kawalan perusahaan lain itu telah diperoleh; atau

Undang-Undang Malaysia 32

Akta A1723

Suggest a correction

(b)

jika dalam suatu hal tertentu perusahaan itu menunjukkan bahawa adalah tidak mungkin secara munasabah untuk menguatkuasakan pelupusan yang berkenaan dalam tempoh yang disebut dalam perenggan (a), dalam apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang ditentukan dan dinyatakan oleh Pihak Berkuasa berkenaan dengan hal itu.

Pemberitahuan percantuman yang dijangkakan 36u.  (1)  Suatu pihak kepada percantuman yang dijangkakan bagi jenis yang berkaitan yang memohon supaya percantuman yang dijangkakan dipertimbangkan di bawah seksyen ini boleh—

Suggest a correction

(a)

memberitahu Pihak Berkuasa mengenai percantuman yang dijangkakan itu; dan

Suggest a correction

(b)

memohon kepada Pihak Berkuasa bagi suatu keputusan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada seksyen 36y dan 36zb, atas suatu permohonan di bawah seksyen ini, Pihak Berkuasa boleh membuat keputusan mengenai—

(a)

sama ada larangan dalam seksyen 36t akan dilanggar oleh percantuman yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan; dan

Suggest a correction

(b)

jika larangan tidak akan dilanggar, sama ada hal itu—

Suggest a correction

(i)

disebabkan oleh kesan suatu pengecualian yang akan terpakai jika percantuman yang dijangkakan itu dilaksanakan;

(ii)

disebabkan oleh percantuman yang dijangkakan itu, jika dilaksanakan, dikecualikan oleh

Menteri daripada pemakaian larangan di bawah subseksyen 36y(2); atau

Suggest a correction

(iii)

disebabkan oleh suatu aku janji telah diterima menurut seksyen 36zb.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Tertakluk kepada subseksyen (5), jika Pihak Berkuasa membuat keputusan bahawa suatu percantuman yang dijangkakan, jika dilaksanakan, tidak akan melanggar larangan dalam seksyen 36t, Pihak Berkuasa boleh, jika difikirkannya patut, menyatakan bahawa keputusan itu hendaklah sah hanya bagi tempoh yang dinyatakan oleh Pihak Berkuasa dalam keputusan itu.

Suggest a correction

(5)

Sebelum habis tempoh yang disebut dalam subseksyen (4), jika ada, suatu permohonan boleh dibuat oleh kesemua pihak kepada percantuman yang dijangkakan itu yang memohon kepada Pihak Berkuasa untuk suatu keputusan mengenai percantuman yang dijangkakan di bawah seksyen ini supaya tempoh itu dilanjutkan.

Suggest a correction

(6)

Jika suatu permohonan bagi percantuman yang dijangkakan untuk dipertimbangkan telah dibuat kepada Pihak Berkuasa mengikut subseksyen (1) dan percantuman yang dijangkakan itu dilaksanakan sebelum Pihak Berkuasa membuat keputusan di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan permohonan itu, permohonan yang berhubungan dengan percantuman yang dijangkakan itu—

(a)

boleh dianggap oleh Pihak Berkuasa seolah-olah ia adalah permohonan bagi percantuman yang berbangkit yang hendak dipertimbangkan yang dibuat mengikut seksyen 36v; dan

Suggest a correction

(b)

Pihak Berkuasa boleh membuat keputusan di bawah seksyen 36v berkenaan dengan percantuman yang berbangkit itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Bagi maksud subseksyen (6), Pihak Berkuasa boleh membuat suatu keputusan di bawah subperenggan 36v(3)(b)(ii)

walau apa pun pengecualian telah diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen 36y(2) berkenaan dengan percantuman yang dijangkakan itu.

Suggest a correction

(8)

Walau apa pun subseksyen (6), Pihak Berkuasa boleh menolak untuk membuat apa-apa keputusan berkenaan dengan percantuman yang disebut dalam subseksyen (6) dan menghendaki mana-mana pihak yang terlibat dalam percantuman itu memohon kepada Pihak Berkuasa supaya percantuman itu dipertimbangkan di bawah subseksyen 36v(1).

Undang-Undang Malaysia 34

Akta A1723

Suggest a correction

(9)

Dalam seksyen ini, “percantuman yang dijangkakan bagi jenis yang berkaitan” ertinya suatu percantuman yang dijangkakan bagi jenis yang diperihalkan oleh garis panduan yang dibuat di bawah perenggan 36zf(2)(c).

Pemberitahuan percantuman 36v.  (1)  Suatu pihak yang terlibat dalam suatu percantuman yang memohon supaya percantuman itu dipertimbangkan di bawah seksyen ini hendaklah—

(a)

memberitahu Pihak Berkuasa mengenai percantuman itu; dan

Suggest a correction

(b)

memohon kepada Pihak Berkuasa bagi suatu keputusan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada seksyen 36y dan 36zb, atas suatu permohonan di bawah seksyen ini, Pihak Berkuasa boleh membuat keputusan mengenai—

(a)

sama ada larangan dalam seksyen 36t telah dilanggar;

dan

Suggest a correction

(b)

jika larangan itu tidak dilanggar, sama ada hal itu—

Suggest a correction

(i)

disebabkan oleh kesan suatu pengecualian;

(ii)

disebabkan oleh percantuman itu dikecualikan oleh Menteri daripada pemakaian larangan di bawah subseksyen 36y(2); atau

Suggest a correction

(iii)

disebabkan oleh suatu aku janji telah diterima menurut seksyen 36zb.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Suatu sebutan dalam mana-mana peruntukan Akta ini mengenai permohonan atau pemberitahuan di bawah seksyen 36v hendaklah termasuk sebutan mengenai permohonan atau pemberitahuan di bawah seksyen 36u yang Pihak Berkuasa anggap sebagai permohonan atau pemberitahuan di bawah seksyen 36v menurut subseksyen 36u(5).

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

Penggal 5

Penggal 5

Keputusan oleh Pihak Berkuasa

Suggest a correction

Langkah interim 36w.  (1)  Seksyen ini terpakai jika Pihak Berkuasa telah memulakan tetapi belum menyiapkan penyiasatan di bawah seksyen 36zx.

(2)

Jika Pihak Berkuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana larangan di bawah

Bahagian ini telah dilanggar atau mungkin akan dilanggar dan Pihak Berkuasa berpendapat bahawa adalah perlu baginya untuk bertindak di bawah seksyen ini oleh sebab perkara keterdesakan bagi maksud—

(a)

menghalang kerugian serius dan tidak boleh dibaiki, dari segi ekonomi atau selainnya, kepada seseorang atau suatu kategori orang tertentu; atau

Suggest a correction

(b)

melindungi kepentingan awam,

Pihak Berkuasa boleh memberikan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya sesuai dan bersekadar bagi maksud itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Suatu arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2)

boleh termasuk menghendaki atau menyebabkan mana-mana orang—

(a)

untuk menggantung kuat kuasa, dan menghentikan daripada bertindak mengikut, mana-mana perjanjian yang disyaki melanggar mana-mana larangan di bawah Bahagian ini;

Suggest a correction

(b)

untuk menghentikan daripada apa-apa kelakuan yang disyaki melanggar mana-mana larangan di bawah

Bahagian ini; atau

Suggest a correction

(c)

untuk melakukan, atau menahan diri daripada melakukan, apa-apa perbuatan, tetapi yang tidak menghendaki pembayaran wang.

Undang-Undang Malaysia 36

Akta A1723

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Pihak Berkuasa hendaklah, sebelum memberikan suatu arahan di bawah subseksyen (2)—

(a)

menyampaikan suatu notis kepada orang yang kepadanya

Pihak Berkuasa bercadang untuk memberikan arahan itu; dan

Suggest a correction

(b)

memberi orang itu suatu peluang untuk membuat representasi bertulis dalam tempoh sekurang-kurangnya tujuh hari dari tarikh notis itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Suatu notis di bawah subseksyen (4) hendaklah menunjukkan jenis arahan yang dicadangkan untuk diberikan oleh Pihak Berkuasa dan sebab memberikan arahan itu.

Suggest a correction

(6)

Pihak Berkuasa boleh pada bila-bila masa menarik balik suatu arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(7)

Tanpa menjejaskan subseksyen (6), apa-apa arahan yang diberikan di bawah subseksyen (2) hendaklah terhenti berkuat kuasa—

(a)

pada tarikh keputusan oleh Pihak Berkuasa selepas siap siasatan di bawah seksyen 36zx; atau

Suggest a correction

(b)

dua belas bulan dari tarikh arahan itu diberikan, mengikut mana-mana yang lebih awal.

Dapatan tiada pelanggaran 36x.  Jika Pihak Berkuasa telah membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran suatu larangan di bawah Bahagian ini,

Pihak Berkuasa hendaklah, tanpa kelengahan, memberikan notis keputusan itu kepada mana-mana orang yang terjejas dengan keputusan itu dengan menyatakan fakta yang berasaskannya

Pihak Berkuasa membuat keputusannya dan sebab membuat keputusan itu.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

37

Dapatan pelanggaran 36y.  (1)  Jika Pihak Berkuasa memutuskan bahawa terdapat pelanggaran suatu larangan di bawah Bahagian ini,

Pihak Berkuasa—

Suggest a correction

(a)

hendaklah menghendaki supaya pelanggaran itu dihentikan dengan serta-merta;

Suggest a correction

(b)

boleh menyatakan langkah yang dikehendaki untuk diambil oleh perusahaan yang melanggar, yang pada hemat Pihak Berkuasa adalah sesuai untuk menghentikan pelanggaran itu;

Suggest a correction

(c)

boleh mengenakan penalti kewangan yang tidak melebihi sepuluh peratus daripada pusing ganti seluruh dunia suatu perusahaan sepanjang tempoh pelanggaran itu berlaku; atau

Suggest a correction

(d)

boleh memberikan apa-apa arahan lain yang difikirkannya sesuai.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Pihak Berkuasa hendaklah, dalam masa empat belas hari selepas membuat keputusan di bawah Bahagian ini, memberitahu mana-mana orang yang terjejas dengan keputusan itu dan orang itu boleh, dalam masa empat belas hari dari tarikh notis itu, memohon kepada Menteri bagi aktiviti komersial, perjanjian, percantuman atau percantuman yang dijangkakan yang terpakai, mengikut mana-mana yang berkenaan, supaya dikecualikan daripada larangan itu atas alasan pertimbangan kepentingan awam.

Suggest a correction

(3)

Menteri boleh membatalkan pengecualian yang diberikan di bawah subseksyen (2) jika Menteri mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa maklumat yang berasaskannya Menteri membuat keputusan adalah tidak lengkap, palsu atau mengelirukan dalam butir-butir material.

Suggest a correction

(4)

Pihak Berkuasa hendaklah menyediakan dan menyiarkan sebab bagi setiap keputusan yang dibuatnya di bawah seksyen ini.

Undang-Undang Malaysia 38

Akta A1723

Rejim kelonggaran 36z.  (1)  Maka hendaklah ada suatu rejim kelonggaran, dengan suatu pengurangan sehingga maksimum seratus peratus bagi apa-apa penalti yang sepatutnya akan dikenakan, yang boleh diadakan dalam mana-mana kes perusahaan yang telah—

(a)

mengakui penglibatannya dalam suatu pelanggaran mana-mana larangan di bawah subseksyen 36o(2);

dan

Suggest a correction

(b)

memberikan maklumat atau bentuk kerjasama yang lain kepada Pihak Berkuasa yang membantu secara signifikan, atau mungkin membantu secara signifikan, dalam pengenalpastian atau penyiasatan apa-apa dapatan pelanggaran mana-mana larangan oleh mana-mana perusahaan yang lain.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Suatu rejim kelonggaran boleh membenarkan peratusan pengurangan yang berlainan diadakan bagi sesuatu perusahaan bergantung pada—

(a)

sama ada perusahaan itu ialah orang yang pertama sekali yang membawa pelanggaran yang disyaki itu kepada perhatian Pihak Berkuasa;

Suggest a correction

(i)

suatu penglibatan dalam pelanggaran itu diakui; atau

(ii)

apa-apa maklumat atau kerjasama lain telah diberikan; atau

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

apa-apa hal keadaan lain yang difikirkan sesuai oleh

Pihak Berkuasa untuk diambil kira.

Penguatkuasaan arahan atau keputusan 36za.  (1)  Pihak Berkuasa boleh membawa prosiding di hadapan Mahkamah Tinggi terhadap mana-mana orang yang tidak mematuhi suatu arahan yang diberikan oleh

Pihak Berkuasa di bawah seksyen 36w atau suatu keputusan di bawah seksyen 36y.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika Mahkamah Tinggi mendapati bahawa orang yang disebut dalam subseksyen (1) telah tidak mematuhi arahan atau keputusan itu, Mahkamah Tinggi hendaklah membuat suatu perintah menghendaki orang itu supaya mematuhi arahan atau keputusan itu.

Suggest a correction

(3)

Bagi maksud subseksyen (2), jika Mahkamah Tinggi mendapati bahawa kegagalan untuk mematuhi arahan atau keputusan itu termasuk kegagalan untuk membayar penalti dalam tempoh yang dinyatakan, Mahkamah Tinggi hendaklah, sebagai tambahan kepada perintah supaya orang itu membayar penalti itu, memerintahkan supaya orang itu membayar bunga atas kadar penghakiman biasa bermula dari hari yang berikutan hari yang padanya bayaran itu kena dibuat.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana pelanggaran suatu perintah Mahkamah Tinggi yang dibuat menurut seksyen ini boleh dihukum sebagai suatu penghinaan mahkamah.

Kuasa untuk menerima aku janji 36zb.  (1)  Pihak Berkuasa boleh, tertakluk kepada syarat yang boleh dikenakan oleh Pihak Berkuasa, menerima daripada suatu perusahaan suatu aku janji untuk membuat atau menahan daripada membuat apa-apa jua sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa.

Suggest a correction

(2)

Jika Pihak Berkuasa menerima aku janji di bawah subseksyen (1), Pihak Berkuasa hendaklah, berhubung dengan suatu pelanggaran, menutup penyiasatan itu tanpa membuat apa-apa dapatan pelanggaran dan tidak boleh mengenakan penalti ke atas perusahaan itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana aku janji yang diterima oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu dokumen yang tersedia untuk diperiksa oleh orang awam mengikut cara yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

Suggest a correction

(4)

Peruntukan mana-mana aku janji yang diterima oleh

Pihak Berkuasa di bawah seksyen ini boleh dikuatkuasakan oleh

Pihak Berkuasa seolah-olah peruntukan itu telah dinyatakan dalam suatu keputusan yang diberikan kepada perusahaan yang memberikan aku janji itu menurut seksyen 36y.

Undang-Undang Malaysia 40

Akta A1723

Suggest a correction

Penggal 6

Penggal 6

Am

Suggest a correction

Rayuan kepada Mahkamah Tinggi 36zc.  (1)  Mana-mana orang atau badan yang terkilan dengan mana-mana keputusan Pihak Berkuasa di bawah Bahagian ini boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh tiga bulan bermula dari tarikh dia diberitahu tentang keputusan itu, merayu kepada Mahkamah Tinggi.

(2)

Apa-apa rayuan itu hendaklah dibuat mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada masa itu yang berhubungan dengan tatacara sivil, dan Mahkamah Tinggi hendaklah membuat apa-apa perintah yang difikirkannya adil.

Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini, “keputusan” termasuklah apa-apa perbuatan, peninggalan, keengganan, arahan atau perintah.

Kajian semula pasaran perkhidmatan penerbangan 36zd.  (1)  Pihak Berkuasa boleh, atas inisiatifnya sendiri atau atas permintaan Menteri, menjalankan suatu kajian semula ke atas mana-mana pasaran perkhidmatan penerbangan untuk menentukan sama ada apa-apa ciri atau gabungan ciri pasaran itu menghalang, menyekat atau mengganggu persaingan dalam pasaran itu.

Suggest a correction

(2)

Kajian semula pasaran perkhidmatan penerbangan itu termasuklah kajian mengenai—

(a)

struktur pasaran perkhidmatan penerbangan yang berkenaan;

Suggest a correction

(b)

perlakuan perusahaan dalam pasaran perkhidmatan penerbangan;

Suggest a correction

(c)

perlakuan pembekal dan pengguna kepada perusahaan dalam pasaran perkhidmatan penerbangan; atau

Suggest a correction

(d)

apa-apa perkara berkaitan yang lain.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Apabila selesai kajian semula pasaran perkhidmatan penerbangan itu, Pihak Berkuasa hendaklah menyiarkan laporan mengenai dapatan dan syornya.

Suggest a correction

(4)

Laporan Pihak Berkuasa itu hendaklah dijadikan tersedia kepada orang awam.

Hak tindakan persendirian 36ze.  (1)  Mana-mana orang yang mengalami kehilangan atau kerugian secara langsung akibat suatu pelanggaran mana-mana larangan di bawah Bahagian ini hendaklah mempunyai hak tindakan bagi relief dalam prosiding sivil dalam mahkamah di bawah seksyen ini terhadap mana-mana perusahaan yang menjadi atau pada masa material itu telah menjadi suatu pihak kepada pelanggaran itu.

Suggest a correction

(2)

Tindakan boleh dibawa oleh mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) tanpa mengira sama ada orang itu berurusan secara langsung atau tidak langsung dengan perusahaan itu.

Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan 36zf.  (1)  Pihak Berkuasa boleh mengeluarkan dan menyiarkan apa-apa garis panduan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Bahagian ini dengan lebih baik.

Suggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Pihak Berkuasa boleh mengeluarkan garis panduan mengenai—

(a)

analisis ekonomi dan perundangan yang akan digunakan untuk menentukan kes di bawah Bahagian ini;

Suggest a correction

(b)

prinsip yang akan digunakan untuk menentukan apa-apa penalti atau remedi yang dikenakan di bawah Bahagian ini;

Undang-Undang Malaysia 42

Akta A1723

Suggest a correction

(c)

jenis percantuman yang dijangkakan yang boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen 36u; dan

Suggest a correction

(d)

tatacara yang hendaklah diikuti oleh mana-mana pihak yang membuat permohonan di bawah seksyen 36u atau 36v.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pihak Berkuasa boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(4)

Pihak Berkuasa boleh mengenakan suatu penalti kewangan bagi apa-apa ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini—

(a)

jika orang itu merupakan seorang individu, setakat suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit;

atau

Suggest a correction

(b)

jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, setakat suatu amaun yang tidak melebihi lima peratus daripada pusing ganti tahunan pertubuhan perbadanan itu dari tahun kewangan yang sebelumnya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

“tahun kewangan” ertinya tempoh yang berkenaan dengannya apa-apa penyata kewangan disediakan sama ada tempoh itu genap satu tahun atau tidak;

“pusing ganti tahunan” ertinya agregat semua jumlah wang yang diterima semasa menjalankan perniagaan sepanjang tahun kewangan, sebagaimana yang dinyatakan atau selainnya ditunjukkan dalam akaun perniagaan, termasuk pemberian daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

Bahagian VC

Bahagian Vc

HAK TRAFIK UDARA DAN PENGUNTUKAN SLOT

Suggest a correction

Hak trafik udara 36zg.  (1)  Pihak Berkuasa hendaklah bertanggungjawab untuk mentadbir, menguntukkan dan menguruskan hak trafik udara bagi kedua-dua laluan domestik dan antarabangsa.

Seksyen 16

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Audit industri penerbangan awam 42a.  (1)  Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa, menjalankan atau melantik seorang juruaudit untuk menjalankan suatu audit ke atas mana-mana aspek industri penerbangan awam termasuk pengendalian lapangan terbang dan perkhidmatan yang berkaitan.

(2)

Pihak Berkuasa hendaklah, secepat yang mungkin, menghantar suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri dan Menteri hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

57

Penyata, laporan, akaun dan maklumat 42b.  (1)  Pihak Berkuasa hendaklah mengemukakan kepada

Menteri dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(2)

Pihak Berkuasa hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri, dan jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Pihak Berkuasa semasa tahun kewangan yang sebelumnya.

Suggest a correction

(3)

Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar

Pihak Berkuasa dan apa-apa perkara lain yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

Penjalanan pendakwaan 42c.  Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah

Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 42d.  (1)  Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, pertubuhan perbadanan itu hanya boleh dihukum dengan denda yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.

Suggest a correction

(2)

Jika suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai, pekerja, wakil atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu atau yang

Undang-Undang Malaysia 58

Akta A1723

berupa bertindak atas apa-apa kapasiti sedemikian atau dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusannya—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

Suggest a correction

(b)

hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankannya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas kapasiti itu dan semua hal keadaan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Jika seseorang yang merupakan pekerja sesuatu pertubuhan perbadanan melanggar mana-mana peruntukan

Akta ini, pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah melanggar peruntukan itu.

Suggest a correction

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “pegawai” berhubung dengan seseorang pengarah suatu perbadanan, termasuklah—

(a)

seseorang yang menjawat atau bertindak dalam jawatan seorang pengarah perbadanan itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan sama ada dilantik secara sah atau tidak untuk menjawat atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak dalam jawatan itu;

Suggest a correction

(b)

seseorang yang mengikut arahan atau petunjuk yang pengarah suatu perbadanan itu lazimnya bertindak; dan

Suggest a correction

(c)

jika perbadanan itu diperbadankan di luar Malaysia—

Suggest a correction

(i)

seorang anggota lembaga perbadanan itu;

(ii)

seorang yang menjawat atau bertindak dalam jawatan pengarah lembaga perbadanan itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

59

sama ada dilantik secara sah atau tidak untuk menjawat atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak dalam jawatan itu; dan

Suggest a correction

(iii)

seorang yang mengikut arahan atau petunjuk yang anggota lembaga perbadanan itu pada kebiasaannya bertindak.”.

Pindaan seksyen 43

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 17

Seksyen 43 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan

Open as pageSuggest a correction

“meminda Jadual” dengan perkataan “meminda mana-mana Jadual”.

Seksyen 18

Seksyen baharu 43a dan 43b

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan 43a.  (1)  Menteri boleh membuat peraturan-peraturan sebagaimana yang perlu atau suai manfaat bagi—

(a)

menguatkuasakan dengan sepenuhnya peruntukan

Akta ini;

Suggest a correction

(b)

menjalankan atau mencapai matlamat dan maksud

Akta ini; atau

Suggest a correction

(c)

pelaksanaan peruntukan Akta ini dengan lebih lanjut, lebih baik atau sesuai.

Suggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—

(a)

menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengeluaran lesen dan permit di bawah Akta ini, termasuk kelayakan orang yang memohon lesen dan permit itu, fi lesen dan permit, tempoh lesen dan permit, bentuk lesen dan permit, syarat standard lesen dan permit, fi permohonan, fi tahunan, fi pembaharuan dan caj pemprosesan yang lain;

Undang-Undang Malaysia 60

Akta A1723

Suggest a correction

(b)

menetapkan perkara yang berkaitan dengan penguntukan hak trafik udara;

Suggest a correction

(c)

menetapkan perkara yang berkaitan dengan penguntukan slot di aerodrom;

Suggest a correction

(d)

menetapkan perkara yang berkaitan dengan obligasi perkhidmatan awam;

Suggest a correction

(e)

menetapkan perkara yang berkaitan dengan penyelesaian pertikaian;

Suggest a correction

(f)

menetapkan perkara yang berkaitan dengan persaingan dalam industri penerbangan awam;

Suggest a correction

(g)

menetapkan perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan pengendalian darat;

Suggest a correction

(h)

menetapkan fi dan caj yang kena dibayar kepada

Pihak Berkuasa di bawah Akta ini dan cara untuk memungut dan membayar fi itu, yang termasuklah mengecualikan secara sepenuhnya atau sebahagiannya bayaran apa-apa fi dan caj yang kena dibayar kepada

Pihak Berkuasa di bawah Akta ini oleh mana-mana kapal udara, penerbangan atau orang atau kelas kapal udara, penerbangan, atau orang atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa;

Suggest a correction

(i)

mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan kesemua atau mana-mana aktiviti Pihak Berkuasa dan secara amnya pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Pihak Berkuasa di bawah Akta ini; dan

Suggest a correction

(j)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain sebagaimana yang dijangkakan oleh, atau perlu bagi menguatkuasakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan bagi pentadbiran sewajarnya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

61

Kuasa untuk mengeluarkan garis panduan, pekeliling, arahan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 43b

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disiarkan oleh Pihak Berkuasa mengikut apa-apa cara bagi memastikan bahawa garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis itu dibawa kepada perhatian orang yang perlu mematuhi garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis itu.

Suggest a correction

(3)

Pihak Berkuasa boleh mengenakan suatu penalti kewangan bagi apa-apa ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis yang dikeluarkan di bawah seksyen ini—

(a)

jika orang itu merupakan seorang individu, setakat suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit;

atau

Suggest a correction

(b)

jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, setakat suatu amaun yang tidak melebihi lima peratus daripada pusing ganti tahunan pertubuhan perbadanan itu dari tahun kewangan yang sebelumnya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Pihak Berkuasa boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.

Suggest a correction

(5)

Bagi maksud seksyen ini—

“tahun kewangan” ertinya tempoh yang berkenaan dengannya apa-apa penyata kewangan disediakan sama ada tempoh itu genap satu tahun atau tidak;

Undang-Undang Malaysia 62

Akta A1723

“pusing ganti tahunan” ertinya agregat semua jumlah wang yang diterima semasa menjalankan perniagaan sepanjang tahun kewangan, sebagaimana yang dinyatakan atau selainnya ditunjukkan dalam akaun perniagaan, termasuk pemberian daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.”.

Pindaan Jadual

Suggest a correction

Seksyen 19

Jadual kepada Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menggantikan tajuk “Jadual” dengan tajuk

“Jadual Pertama”; dan

Suggest a correction

(i)

dalam subperenggan (3), dengan menggantikan perkataan “lima anggota” dengan perkataan

“tujuh anggota”;

(ii)

dengan memasukkan selepas subperenggan (8)

subperenggan yang berikut:

“(9)  Mana-mana anggota Pihak Berkuasa boleh meminta supaya diadakan atau untuk menyertai mana-mana mesyuarat melalui peranti telekomunikasi serta-merta seperti telefon, sidang video atau kaedah elektronik lain bagi komunikasi audio atau audio-visual.

Suggest a correction
Suggest a correction

(10)

Penyambungan bersama dengan serentak beberapa bilangan anggota melalui peranti telekomunikasi serta-merta itu cukup untuk membentuk suatu kuorum, walaupun pada hakikatnya anggota itu tidak hadir bersama di satu tempat pada mesyuarat itu bersidang, hendaklah menjadi mesyuarat yang diadakan dan dibentuk dengan sewajarnya dengan syarat bahawa—

(a)

Pengerusi telah meluluskan pengadaan atau penyertaan dalam mesyuarat itu melalui peranti telekomunikasi serta-merta;

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

(b)

semua anggota Pihak Berkuasa telah menerima notis mengenai mesyuarat itu dan kaedah yang mesyuarat itu akan dijalankan;

Suggest a correction

(c)

setiap anggota Pihak Berkuasa yang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu melalui peranti telekomunikasi serta-merta mestilah boleh mendengar setiap anggota lain yang mengambil bahagian pada masa permulaan dan selama tempoh mesyuarat itu; dan

Suggest a correction

(d)

pada permulaan mesyuarat dan sebelum pengundian tentang apa-apa ketetapan, setiap anggota Pihak Berkuasa hendaklah mengesahkan kehadirannya bagi maksud mesyuarat itu kepada semua anggota lain yang mengambil bahagian.”.

Jadual baharu Kedua dan Ketiga

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Pertama yang dinamakan semula jadual yang berikut:

“Jadual Kedua

[Subseksyen 36c(1)]

SENARAI PERKHIDMATAN PENGENDALIAN DARAT

Seksyen 1

Pentadbiran dan penyeliaan darat, merangkumi—

Suggest a correction

(a)

perkhidmatan representasi dan perhubungan dengan pihak berkuasa tempatan atau mana-mana entiti lain, pembayaran bagi pihak pengguna lapangan terbang dan peruntukan ruang pejabat bagi wakilnya;

Suggest a correction

(c)

pengendalian, penyimpanan dan pentadbiran peranti beban unit;

Suggest a correction

(d)

apa-apa perkhidmatan penyeliaan lain sebelum, semasa atau selepas penerbangan;

Suggest a correction

(e)

apa-apa perkhidmatan pentadbiran yang lain yang diminta oleh pengguna lapangan terbang.

Undang-Undang Malaysia 64

Akta A1723

Suggest a correction

Seksyen 2

Suggest a correction

Pengendalian penumpang, merangkumi apa-apa jenis bantuan kepada penumpang yang tiba, berlepas, berpindah atau dalam transit, termasuk penyemakan tiket dan dokumen perjalanan, pendaftaran bagasi dan membawanya ke kawasan pengisihan.

Seksyen 3

Pengendalian muatan dan mel, merangkumi—

Suggest a correction

(a)

bagi muatan: pengendalian dokumen yang berhubungan, tatacara kastam dan pelaksanaan mana-mana tatacara keselamatan yang dipersetujui antara pihak-pihak atau yang dikehendaki dalam hal keadaan itu;

Suggest a correction

(b)

bagi mel: pengendalian dokumen yang berhubungan dan pelaksanaan mana-mana tatacara keselamatan antara pihak-pihak atau yang dikehendaki oleh hal keadaan itu.

Suggest a correction

Seksyen 4

Perkhidmatan kapal udara, merangkumi—

Suggest a correction

(a)

pembersihan luaran dan dalaman kapal udara, dan perkhidmatan tandas dan air;

Suggest a correction

(b)

pendinginan dan pemanasan kabin, pengalihan salji dan ais, dan penyahaisan kapal udara;

Suggest a correction

(c)

pengaturan semula kabin dengan kelengkapan kabin yang sesuai, penstoran kelengkapan.

Suggest a correction

Seksyen 5

Penyenggaraan kapal udara, merangkumi—

Suggest a correction

(a)

perkhidmatan rutin yang dilakukan sebelum penerbangan;

Suggest a correction

(b)

perkhidmatan bukan rutin yang diminta oleh pengguna lapangan terbang;

Suggest a correction

(c)

pengadaan dan pentadbiran barang ganti dan kelengkapan yang sesuai;

Suggest a correction

(d)

permintaan bagi atau tempahan parkir atau ruang hangar yang sesuai.

Suggest a correction

Seksyen 6

Operasi penerbangan dan pentadbiran anak kapal, merangkumi—

Suggest a correction

(a)

persediaan penerbangan di lapangan terbang pelepasan atau di mana-mana tempat lain;

Suggest a correction

(b)

bantuan dalam penerbangan, termasuk penghantaran semula jika diperlukan;

Suggest a correction

(d)

pentadbiran anak kapal.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

Seksyen 7

Pengangkutan permukaan, merangkumi—

Suggest a correction

(a)

pengaturan dan pelaksanaan pengangkutan anak kapal, penumpang, bagasi, muatan dan mel antara terminal yang berlainan di lapangan terbang yang sama, tetapi tidak termasuk pengangkutan yang sama antara kapal udara dengan mana-mana tempat lain dalam perimeter lapangan terbang yang sama;

Suggest a correction

(b)

apa-apa pengangkut khas yang diminta oleh pengguna lapangan terbang.

Suggest a correction

Seksyen 8

Perkhidmatan katering, merangkumi—

Suggest a correction

(a)

perhubungan dengan pembekal dan pengurusan pentadbiran;

Suggest a correction

(b)

penyimpanan makanan dan minuman dan kelengkapan yang diperlukan bagi penyediaan makanan dan minuman itu;

Suggest a correction

(d)

penyediaan dan penghantaran kelengkapan serta bekalan bar dan makanan.

Suggest a correction

Seksyen 9

Suggest a correction

Pengendalian bagasi, merangkumi pengendalian bagasi dalam kawasan pengisihan yang mengisihkannya, menyediakannya bagi pelepasan, memuatkannya ke dalam dan memunggahkannya daripada alat yang direka bentuk untuk menggerakkannya daripada kapal udara kepada kawasan pengisihan dan begitu juga sebaliknya, serta mengangkut bagasi daripada kawasan pengisihan ke kawasan menuntut bagasi.

Seksyen 10

Suggest a correction

Pengendalian muatan dan mel berkenaan dengan pengendalian fizikal muatan dan mel sama ada masuk, keluar atau sedang dipindahkan, antara terminal udara dengan kapal udara.

Seksyen 11

Pengendalian tanjakan, merangkumi—

Suggest a correction

(a)

mengiringi kapal udara atas landasan semasa ketibaan dan pelepasan;

Suggest a correction

(b)

bantuan untuk parkir kapal udara dan pengadaan peranti yang sesuai;

Suggest a correction

(c)

komunikasi antara kapal udara dengan penyedia perkhidmatan di kawasan udara;

Suggest a correction

(d)

pemuatan dan pemunggahan kapal udara, termasuk pengadaan dan operasi kaedah yang sesuai, serta pengangkutan anak kapal dan penumpang antara kapal udara dengan terminal, dan pengangkutan bagasi antara kapal udara dengan terminal;

Suggest a correction

(e)

pengadaan dan pengendalian unit yang sesuai bagi menghidupkan enjin;

Undang-Undang Malaysia 66

Akta A1723

Suggest a correction

(f)

pergerakan kapal udara semasa ketibaan dan pelepasan, serta pengadaan dan pengendalian peranti yang sesuai;

Suggest a correction

(g)

pengangkutan, pemuatan ke dalam dan pemunggahan makanan dan minuman daripada kapal udara.

Suggest a correction

Seksyen 12

Pengendalian bahan api dan minyak, merangkumi—

Suggest a correction

(a)

pengaturan dan pelaksanaan operasi pengisian minyak dan pembuangan minyak, termasuk penstoran bahan api dan kawalan kualiti dan kuantiti penghantaran bahan api;

Suggest a correction

(b)

pengisian semula bahan api, minyak dan bendalir lain.

Suggest a correction

Seksyen 13

Apa-apa perkhidmatan lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Suggest a correction

Pihak Berkuasa dari semasa ke semasa.

(2)

Dalam menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (1),

Pihak Berkuasa boleh—

(a)

menilai prestasi syarikat penerbangan dalam memberikan perkhidmatan pengangkutan udara dan, sekiranya terdapat pelanggaran apa-apa syarat yang dikenakan pada pemberian hak trafik udara kepada sesuatu syarikat penerbangan, Pihak Berkuasa boleh—

Suggest a correction

(i)

mengenakan penalti kewangan ke atas syarikat penerbangan itu sehingga satu juta ringgit;

(ii)

menggantung pemberian hak trafik udara kepada syarikat penerbangan itu; atau

Suggest a correction

(iii)

membatalkan pemberian hak trafik udara kepada syarikat penerbangan itu;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

mempertimbangkan kesan penguntukan hak trafik udara yang dicadangkan itu terhadap pengguna, industri penerbangan awam dan kepentingan awam;

Suggest a correction

(c)

mempertimbangkan manfaat penguntukan hak trafik udara pada laluan yang sama kepada dua pemohon atau lebih;

Suggest a correction

(d)

mempertimbangkan persaingan antara syarikat penerbangan yang memberikan perkhidmatan pengangkutan udara; dan

Suggest a correction

(e)

mempertimbangkan apa-apa faktor lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

Undang-Undang Malaysia 44

Akta A1723

Penguntukan slot 36zh.  (1)  Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat mana-mana atau semua yang berikut:

Suggest a correction

(a)

menyelia dan memantau penguntukan slot oleh mana-mana orang yang dinamakan oleh Pihak Berkuasa;

Suggest a correction

(b)

mengeluarkan arahan yang berhubungan dengan penguntukan slot kepada orang yang dinamakan oleh Pihak Berkuasa itu;

Suggest a correction

(c)

menentukan apa-apa pertikaian yang berhubungan dengan penguntukan slot.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Mana-mana kapal udara yang beroperasi di aerodrom tidak boleh dengan sengaja—

(a)

mengendalikan perkhidmatan udara pada masa yang secara signifikan berbeza daripada slot yang diuntukkan; atau

Suggest a correction

(b)

menggunakan slot dengan cara yang secara signifikan berbeza daripada yang ditunjukkan pada masa penguntukan, jika penggunaan itu menjejaskan aerodrom atau operasi trafik udara.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “penguntukan slot” ertinya penguntukan slot masa bagi maksud membenarkan kapal udara mengakses kemudahan aerodrom bagi pendaratan dan pelepasan pada tarikh dan masa yang tertentu.

Bahagian Vd

OBLIGASI PERKHIDMATAN AWAM

Obligasi perkhidmatan awam 36zi.  (1)  Pihak Berkuasa hendaklah menasihati Menteri berkenaan dengan dasar bagi obligasi perkhidmatan awam.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

(2)

Dalam menjalankan fungsi mentadbir dan menguruskan obligasi perkhidmatan awam, Pihak Berkuasa hendaklah—

(a)

mengenal pasti kriteria yang akan terpakai bagi penetapan laluan obligasi perkhidmatan awam;

Suggest a correction

(b)

menilai amaun yang dikehendaki bagi menjadikan sesuatu laluan obligasi perkhidmatan awam boleh berdaya maju secara komersial kepada sesuatu syarikat penerbangan;

Suggest a correction

(c)

mentadbir program mengenai obligasi perkhidmatan awam oleh syarikat penerbangan;

Suggest a correction

(d)

menyelia, memantau dan mengurus pelaksanaan obligasi perkhidmatan awam oleh syarikat penerbangan; dan

Suggest a correction

(e)

menghendaki syarikat penerbangan yang berkaitan untuk mematuhi segala perjanjian dan undang-undang yang terpakai dalam menjalankan obligasi perkhidmatan awam.

Bahagian Ve

PERLINDUNGAN PENGGUNA

Kod pengguna 36zj.  (1)  Pihak Berkuasa hendaklah, tertakluk kepada kelulusan

Menteri, menentukan suatu kod pengguna yang boleh termasuk kehendak mengenai dasar dan amalan minimum bagi—

Suggest a correction

(a)

memenuhi dengan munasabahnya kehendak pengguna;

Suggest a correction

(b)

pengendalian aduan pengguna dan pampasan pengguna dalam hal pelanggaran kod pengguna;

Suggest a correction

(c)

meningkatkan kesedaran pengguna termasuklah pengadaan maklumat kepada pengguna mengenai perkhidmatan penerbangan, caj dan tahap perkhidmatan dan standard pelaksanaan yang minimum;

Suggest a correction

(d)

perlindungan maklumat pengguna;

Undang-Undang Malaysia 46

Akta A1723

Suggest a correction

(e)

penentuan fi atau caj yang dikenakan ke atas pengguna oleh penyedia perkhidmatan penerbangan; dan

Suggest a correction

(f)

apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan pengguna.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Dalam penyediaan kod pengguna di bawah subseksyen (1)

dan apa-apa pindaan berikutnya kepada kod pengguna itu,

Pihak Berkuasa hendaklah berunding dengan pihak berkepentingan termasuklah syarikat penerbangan, pengendali aerodrom dan badan dan organisasi yang berkaitan yang lain dalam industri penerbangan awam.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang memberikan apa-apa perkhidmatan penerbangan hendaklah mematuhi kod pengguna.

Suggest a correction

(4)

Pihak Berkuasa hendaklah menyiarkan kod pengguna yang ditentukan di bawah subseksyen (1) dalam Warta.

Suggest a correction

(5)

Pihak Berkuasa boleh mengenakan penalti kewangan bagi apa-apa ketidakpatuhan suatu amaun yang tidak melebihi dua ratus ribu ringgit, dan dalam hal ketidakpatuhan kedua atau berikutnya, suatu amaun sepuluh kali daripada penalti kewangan yang telah dikenakan bagi ketidakpatuhan yang pertama.

Aduan pengguna 36zk.  Suatu aduan yang berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan penerbangan boleh dibuat oleh mana-mana pengguna kepada

Pihak Berkuasa.

Penentuan aduan pengguna 36zl.  (1)  Selepas menerima suatu aduan di bawah seksyen 36zk,

Pihak Berkuasa boleh melantik mana-mana satu daripada anggotanya atau menubuhkan suatu jawatankuasa untuk mendengar dan menentukan aduan itu.

Suggest a correction

(2)

Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1)

boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

(3)

Dalam menentukan aduan itu, anggota atau jawatankuasa itu boleh menghendaki supaya kos dibayar kepada pihak yang keputusan itu dibuat memihak kepadanya.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang didapati telah membuat aduan yang menyusahkan atau remeh hendaklah tertakluk kepada penalti kewangan sebanyak dua ratus ringgit.

Mendapatkan balik penalti kewangan atau kos yang tidak dibayar 36zm.  Apa-apa penalti kewangan di bawah seksyen 36zj atau kos yang dikenakan di bawah seksyen 36zl yang tidak dibayar boleh dibawa guaman terhadapnya dan didapatkan balik sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa dan sebagai tambahan, Mahkamah Tinggi boleh memerintahkan suatu pembayaran penalti bagi pembayaran lewat setakat suatu amaun yang bersamaan dengan sekali ganda amaun penalti kewangan atau kos yang tidak dibayar dan kos untuk mendapatkan balik amaun itu termasuk apa-apa kos prosiding undang-undang.

Penguatkuasaan keputusan mengenai aduan pengguna 36zn.  (1)  Suatu keputusan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa di bawah Bahagian ini, atas permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk didaftarkan sebagai penghakiman Mahkamah Tinggi, hendaklah dikuatkuasakan sebagai sedemikian.

Suggest a correction

(2)

Dalam hal jika keputusan Pihak Berkuasa memihak kepada pengguna dan orang yang terhadapnya keputusan itu dibuat tidak mematuhi keputusan itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu, Pihak Berkuasa boleh, jika difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa, membawa perkara itu ke Mahkamah Tinggi bagi pihak pengguna itu untuk mendapatkan suatu perintah yang menghendaki orang itu mematuhi keputusan itu.

Undang-Undang Malaysia 48

Akta A1723

Bahagian Vf

PENYELESAIAN PERTIKAIAN

Pertikaian 36zo.  (1)  Apa-apa pertikaian antara dua penyedia perkhidmatan penerbangan atau lebih berkenaan dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini hendaklah terlebih dahulu diselesaikan melalui pengantaraan.

Suggest a correction

(2)

Walau apa pun mana-mana peruntukan dalam

Akta Pengantaraan 2012 [Akta 749], pihak-pihak hendaklah menyelesaikan pertikaian itu melalui pengantaraan dalam tempoh tiga puluh hari atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa yang tidak boleh melebihi enam puluh hari.

Pihak Berkuasa hendaklah membuat keputusan mengenai pertikaian 36zp.  Jika pihak-pihak kepada pertikaian itu tidak dapat menyelesaikan pertikaian itu melalui pengantaraan dalam masa yang dinyatakan di bawah subseksyen 36zo(2), Pihak Berkuasa hendaklah mula untuk memutuskan pertikaian itu.

Keputusan hendaklah secara bertulis 36zq.  (1)  Terma dan syarat apa-apa penyelesaian sesuatu pertikaian oleh Pihak Berkuasa hendaklah secara bertulis dan hendaklah mengandungi sebab bagi keputusan itu.

Suggest a correction

(2)

Pihak Berkuasa hendaklah memberikan salinan keputusannya kepada pihak-pihak kepada pertikaian itu secepat yang dapat dilaksanakan.

Pendaftaran keputusan 36zr.  (1)  Pihak Berkuasa hendaklah menyenggarakan suatu daftar mengenai semua keputusan di bawah Bahagian ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

(2)

Daftar itu hendaklah mengandungi—

(b)

suatu perihalan am mengenai perkara yang berkaitan dengan keputusan itu dan keputusan itu; dan

Suggest a correction

(c)

tarikh keputusan itu.

Penguatkuasaan keputusan 36zs.  (1)  Suatu keputusan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa, atas permohonan kepada Mahkamah Tinggi supaya didaftarkan sebagai penghakiman Mahkamah Tinggi, hendaklah dikuatkuasakan sebagai sedemikian.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), jika Mahkamah Tinggi mendapati orang yang disebut dalam keputusan itu tidak mematuhi keputusan itu, Mahkamah Tinggi hendaklah membuat suatu perintah yang menghendaki orang itu mematuhi keputusan itu.

Bahagian Vg

PENYIASATAN DAN PENGUATKUASAAN

Pegawai diberi kuasa 36zt.  (1)  Pihak Berkuasa boleh secara bertulis memberi mana-mana pegawai Pihak Berkuasa kuasa untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Dalam menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kuasa yang diberikan kepadanya oleh Pihak Berkuasa.

Undang-Undang Malaysia 50

Akta A1723

Kuasa penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan 36zu.  Pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara

Jenayah [Akta 593], kecuali kuasa untuk menangkap tanpa waran, berhubung dengan penguatkuasaan, pemeriksaan dan penyiasatan, dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangannya.

Kuasa untuk menghendaki maklumat 36zv.  (1)  Pegawai diberi kuasa boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (2) terhadap mana-mana orang jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang itu—

(a)

mempunyai apa-apa maklumat atau apa-apa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(b)

berupaya memberikan apa-apa keterangan yang pegawai diberi kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa keterangan itu berkaitan dengan pelaksanaan fungsi dan kuasa di bawah Akta ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Perintah di bawah subseksyen (1) boleh menghendaki orang itu—

(a)

untuk memberi pegawai diberi kuasa apa-apa maklumat itu;

Suggest a correction

(b)

untuk mengemukakan kepada Pihak Berkuasa apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik;

Suggest a correction

(c)

untuk membuat salinan apa-apa dokumen dan mengemukakan salinan itu kepada Pihak Berkuasa;

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction

(d)

jika orang itu ialah seorang individu, untuk hadir dalam suatu pendengaran tertutup di hadapan

Pihak Berkuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik;

Suggest a correction

(e)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan atau badan awam, untuk menyebabkan pegawai berwibawa pertubuhan perbadanan atau badan awam itu untuk hadir dalam suatu pendengaran tertutup di hadapan Pihak

Berkuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik; atau

Suggest a correction

(f)

jika orang itu ialah suatu perkongsian, untuk menyebabkan seorang individu yang merupakan seorang pekongsi dalam perkongsian itu atau seorang pekerja dalam perkongsian itu untuk hadir dalam suatu pendengaran tertutup di hadapan Pihak Berkuasa pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam notis itu untuk memberikan apa-apa keterangan, sama ada secara lisan atau bertulis, dan untuk mengemukakan apa-apa dokumen, sama ada dalam bentuk fizikal atau perantara elektronik.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Orang yang diperintahkan sedemikian di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

memberikan maklumat atau dokumen yang dikehendaki dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu atau apa-apa masa lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Pihak Berkuasa; dan

Suggest a correction

(b)

memastikan bahawa maklumat atau dokumen yang diberikan adalah benar, tepat dan lengkap dan hendaklah memberikan suatu representasi mengenai hakikat itu, termasuklah representasi bahawa dia tidak tahu tentang apa-apa maklumat atau dokumen lain yang mungkin menjadikan maklumat atau dokumen yang diberikan itu tidak benar atau mengelirukan.

Undang-Undang Malaysia 52

Akta A1723

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Seseorang yang tidak mematuhi perintah Pihak Berkuasa di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Kuasa untuk menjalankan pemeriksaan 36zw.  (1)  Bagi maksud menentukan pematuhan Akta ini atau pelanggaran kod kelakuan di bawah seksyen 14 atau kod pengguna di bawah seksyen 36zj, pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai akses kepada mana-mana tempat atau bangunan dan boleh memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk disimpan oleh Pihak Berkuasa atau perlu bagi maksud menentukan pematuhan Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Bagi maksud seksyen ini, pegawai diberi kuasa boleh melalui notis secara bertulis menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau di bawah kawalan orang itu.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang—

(a)

tidak mengemukakan apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa di bawah seksyen ini; atau

Suggest a correction

(b)

menggalang, mengugut, mengganggu, mengacau atau menghalang pegawai diberi kuasa semasa menjalankan apa-apa kuasa di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

53

Kuasa untuk menyiasat 36zx.  Pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk menjalankan penyiasatan jika terdapat sebab untuk mengesyaki bahawa—

Suggest a correction

(a)

suatu kesalahan, kemungkiran atau pelanggaran mana-mana larangan telah atau sedang dilakukan;

Suggest a correction

(b)

terdapat percubaan untuk melakukan suatu kesalahan, kemungkiran atau pelanggaran mana-mana larangan;

atau

Suggest a correction

(c)

terdapat komplot untuk melakukan suatu kesalahan, kemungkiran atau pelanggaran mana-mana larangan, berhubung dengan Akta ini atau pelanggaran kod kelakuan di bawah seksyen 14 atau kod pengguna di bawah seksyen 36zj.

Memberikan maklumat, keterangan atau dokumen palsu atau mengelirukan 36zy.  Seseorang yang tidak mendedahkan atau meninggalkan untuk memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang berkaitan, atau memberikan apa-apa maklumat, keterangan atau dokumen yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk mempercayai adalah palsu atau mengelirukan, sebagai respons kepada suatu arahan yang dikeluarkan oleh

Pihak Berkuasa, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Perintah pematuhan 36zz.  (1)  Jika pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa seseorang itu telah melakukan atau mungkin akan melakukan suatu kesalahan atau telah melanggar atau mungkin akan melanggar suatu larangan di bawah Akta ini, dia boleh membuat suatu perintah pematuhan di bawah seksyen ini.

Undang-Undang Malaysia 54

Akta A1723

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang terhadapnya suatu perintah pematuhan dibuat hendaklah mematuhi perintah itu.

Suggest a correction

(3)

Suatu perintah pematuhan boleh menghendaki seseorang supaya menahan diri daripada pelakuan yang melanggar

Akta ini atau mengambil tindakan yang dikehendaki untuk diambil bagi mematuhi Akta ini.

Suggest a correction

(4)

Suatu perintah pematuhan hendaklah dibuat secara bertulis yang menyatakan alasan bagi pembuatannya.

Pemberian maklumat 36zaa.  (1)  Mana-mana orang yang—

(a)

mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa seseorang pegawai diberi kuasa sedang bertindak, atau bercadang untuk bertindak, berkaitan dengan suatu penyiasatan yang sedang, atau akan, dijalankan di bawah atau bagi maksud Akta ini dan mendedahkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan penyiasatan atau penyiasatan yang dicadangkan itu; atau

Suggest a correction

(b)

mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu pendedahan telah dibuat kepada seseorang pegawai diberi kuasa di bawah

Akta ini dan mendedahkan kepada mana-mana orang lain maklumat atau apa-apa perkara lain yang mungkin menjejaskan apa-apa penyiasatan yang mungkin akan dijalankan berikutan pendedahan itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Tiada apa pun dalam subseksyen (1) menjadikannya suatu kesalahan bagi seseorang peguam bela dan peguam cara atau pekerjanya untuk mendedahkan apa-apa maklumat atau perkara lain—

(a)

kepada pelanggannya atau wakil pelanggannya berkaitan dengan memberi nasihat kepada pelanggan itu dalam penjalanan dan bagi maksud pengambilan khidmat profesional peguam bela dan peguam cara itu; atau

Suggest a correction

(b)

kepada mana-mana orang pada menjangkakan, atau berkaitan dengan dan bagi maksud, apa-apa prosiding undang-undang.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Subseksyen (2) tidak terpakai berhubung dengan apa-apa maklumat atau perkara lain yang didedahkan dengan tujuan untuk melaksanakan apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang.

Suggest a correction

(4)

Dalam prosiding terhadap seseorang bagi suatu kesalahan di bawah seksyen ini, menjadi pembelaan jika orang itu membuktikan bahawa—

(a)

dia tidak mengetahui atau mengesyaki bahawa pendedahan yang dibuat di bawah perenggan (1)(b)

mungkin menjejaskan penyiasatan itu; atau

Suggest a correction

(b)

dia mempunyai kuasa sah atau alasan munasabah untuk membuat penzahiran itu.

Ancaman atau tindakan balas dilarang 36zab.  (1)  Tiada seorang pun boleh—

Suggest a correction

(a)

memaksa atau cuba untuk memaksa mana-mana orang untuk menahan diri daripada melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3); atau

Suggest a correction

(b)

menjadikan mana-mana orang tertakluk kepada apa-apa keadaan merugikan dari segi komersial atau selainnya sebagai tindakan balas terhadap orang itu kerana melakukan apa-apa perbuatan yang disebut dalam subseksyen (3).

Undang-Undang Malaysia 56

Akta A1723

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Bagi maksud dan tanpa menjejaskan keluasan perenggan (1)(b), keadaan merugikan dari segi komersial atau selainnya boleh termasuk suatu ancaman pembayaran lewat amaun yang kena dibayar dengan sewajarnya kepada orang itu, pembawaan atau penjalanan litigasi yang tidak munasabah terhadap orang itu, pembatalan pesanan dengan orang itu, atau pengalihan perniagaan daripada, atau keengganan untuk berdagang dengan, orang itu.

Suggest a correction

(3)

Perbuatan yang disebut dalam subseksyen (1) adalah seperti yang berikut:

(b)

bekerjasama dengan, atau menawarkan atau bersetuju untuk bekerjasama dengan, Pihak Berkuasa berkaitan dengan apa-apa penyiasatan oleh Pihak Berkuasa.

Suggest a correction
Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, didenda tidak melebihi dua juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.”.

Seksyen baharu 42a, 42b, 42c dan 42d

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

Jadual Ketiga

[Subseksyen 36n(3)]

AKTIVITI KOMERSIAL, PERJANJIAN DAN PERCANTUMAN YANG

DIKECUALIKAN

1. Pentadbiran dan peruntukan obligasi perkhidmatan awam dan perjanjian yang dibuat berkenaan dengan obligasi perkhidmatan awam.

2. Perjanjian yang sedia ada yang dibuat dengan Kerajaan sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.

3. Suatu perjanjian atau perlakuan setakat yang ia terlibat dalam suatu perintah untuk mematuhi suatu kehendak perundangan.

4. Aktiviti perundingan kolektif atau perjanjian kolektif berkenaan dengan terma dan syarat penggajian dan yang dirunding atau diselesaikan antara pihak-pihak yang termasuk kedua-dua majikan dan pekerja atau organisasi yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan majikan atau pekerja.

5. Suatu perusahaan yang dipertanggungjawabkan dengan operasi perkhidmatan yang berkepentingan ekonomi am atau mempunyai ciri monopoli pengeluaran hasil setakat yang larangan di bawah Penggal 2

Bahagian Vb akan menghalang pelaksanaan, di sisi undang-undang atau pada hakikatnya, tugas yang tertentu yang diberikan kepada perusahaan itu.”.

Common questions

What is CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA (AMENDMENT) ACT 2024?
AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (PINDAAN) 2024 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1723 2024, currently marked in force and first recorded in 2024.
Is CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA (AMENDMENT) ACT 2024 still in force?
Yes — CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA (AMENDMENT) ACT 2024 is currently in force.
When did CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA (AMENDMENT) ACT 2024 take effect?
CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA (AMENDMENT) ACT 2024 was first recorded in 2024.
How many sections does CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA (AMENDMENT) ACT 2024 have?
CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA (AMENDMENT) ACT 2024 contains 35 sections.
Where can I read the official version of CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA (AMENDMENT) ACT 2024?
The official text of CIVIL AVIATION AUTHORITY OF MALAYSIA (AMENDMENT) ACT 2024 is published at lom.agc.gov.my.