Malaysia legislation
Section 15
of AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (PINDAAN) 2024
Seksyen 15
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian V bahagian yang berikut:
“Bahagian Va
PELESENAN DAN CAJ
Lesen perkhidmatan udara 36a. (1) Tiada seorang pun boleh mengusahakan untuk membawa melalui udara atau menggunakan apa-apa kapal udara bagi membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah bagi perjalanan berjadual di antara dua tempat atau lebih yang sekurang-kurangnya satu daripada tempat itu berada di Malaysia kecuali di bawah dan mengikut lesen perkhidmatan udara yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.
(2)
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi orang yang dibenarkan untuk mengendalikan perjalanan berjadual ke atau dari suatu tempat di Malaysia mengikut terma mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh Kerajaan.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah itu, sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan dalam subseksyen ini, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1723
Permit perkhidmatan udara 36b. (1) Tiada seorang pun boleh mengusahakan untuk membawa melalui udara atau menggunakan mana-mana kapal udara bagi membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah bagi perjalanan tidak berjadual di antara dua tempat atau lebih yang sekurang-kurangnya satu daripada tempat itu berada di Malaysia kecuali di bawah dan mengikut suatu permit perkhidmatan udara yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.
(2)
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi orang yang dibenarkan untuk mengendalikan perjalanan tidak berjadual ke atau dari suatu tempat di Malaysia mengikut terma mana-mana perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh Kerajaan.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah itu, sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan dalam subseksyen ini, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Lesen pengendalian darat 36c. (1) Tiada seorang pun boleh mengusahakan apa-apa perkhidmatan pengendalian darat di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua kecuali di bawah dan mengikut lesen yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.
(2)
Tiada seorang pun boleh mengambil khidmat mana-mana pengendali pengendalian darat melainkan jika pengendali itu dilesenkan di bawah Akta ini.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, pesalah itu, sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan dalam subseksyen ini, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)
15
Lesen pengendali aerodrom 36d. (1) Tiada seorang pun boleh mengendalikan suatu aerodrom di Malaysia untuk pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal udara yang terlibat dalam membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah kecuali di bawah dan mengikut lesen yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, pesalah itu, sebagai tambahan kepada penalti yang diperuntukkan dalam subseksyen ini, boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit bagi tiap-tiap hari semasa kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Permohonan bagi lesen atau permit 36e. (1) Seseorang pemohon bagi suatu lesen atau permit di bawah Akta ini hendaklah mengemukakan permohonan mengikut bentuk dan cara berserta dengan apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Permohonan itu hendaklah disertakan dengan apa-apa fi sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Selepas menerima permohonan, dokumen, maklumat dan fi itu, Pihak Berkuasa hendaklah menimbangkan permohonan itu dengan mengambil kira apa-apa kehendak sebagaimana yang ditetapkan.
(4)
Jika Pihak Berkuasa tidak berpuas hati bahawa pemohon itu telah memenuhi kehendak itu, Pihak Berkuasa hendaklah memberikan pemohon peluang untuk meminda, membetulkan atau menambah permohonannya dalam apa-apa masa sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
(5)
Kegagalan pemohon untuk meminda, membetulkan atau menambah permohonannya di bawah subseksyen (4) sehingga memuaskan hati Pihak Berkuasa hendaklah menyebabkan permohonan itu disifatkan sebagai telah ditarik balik.
Undang-Undang Malaysia 16
Akta A1723
(6)
Jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa pemohon telah memenuhi kehendak itu, Pihak Berkuasa boleh mengeluarkan apa-apa lesen atau permit, tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan.
Kuasa untuk mengenakan syarat 36f. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Pihak Berkuasa boleh mengenakan atas sesuatu lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Bahagian ini apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa, dan khususnya, apa-apa syarat yang difikirkan wajar oleh Pihak Berkuasa demi kepentingan awam, demi kepentingan perihal selamat, keselamatan dan kemudahan, atau untuk menghalang persaingan yang tidak menguntungkan.
(2)
Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa menurut budi bicaranya, menambah, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen atau permit di bawah seksyen ini.
(3)
Seseorang pemegang lesen atau pemegang permit yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen atau permitnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Tempoh lesen atau permit 36g. Suatu lesen atau permit yang diberikan atau dikeluarkan di bawah Bahagian ini hendaklah sah bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan.
Pembaharuan lesen atau permit 36h. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Pihak Berkuasa boleh, atas suatu permohonan oleh pemegang lesen atau pemegang permit, membaharui lesen atau permit orang itu atas apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa atau menolak permohonan itu.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)
(2)
Suatu permohonan bagi pembaharuan lesen atau permit di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen atau permit yang sedia ada, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah disertakan dengan fi pembaharuan yang ditetapkan.
(3)
Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (2) dan tidak memberikan apa-apa sebab yang difikirkan munasabah oleh Pihak Berkuasa, Pihak Berkuasa boleh menolak untuk meneruskan, mendengar atau menentukan permohonan itu.
(4)
Jika tiada permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen atau permit dikemukakan, pemegang lesen atau pemegang permit hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen atau permit itu, mengembalikan lesen atau permit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada Pihak Berkuasa.
Penggantungan atau pembatalan lesen atau permit 36i. (1) Pihak Berkuasa boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen atau pemegang permit dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung lesen atau permit yang diberikan atau dikeluarkan di bawah Bahagian ini—
(a)
jika mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiari di bawah Akta ini, atau mana-mana syarat lesen atau permit tidak dipatuhi;
(b)
jika pengeluaran lesen atau permit telah didorong oleh representasi palsu tentang fakta oleh atau bagi pihak pemohon, pemegang lesen atau pemegang permit;
(c)
sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, penyelesaian pemegang lesen atau pemegang permit atau jika seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan pemegang lesen atau pemegang permit itu; atau
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1723
(d)
jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa lesen atau permit yang diberikan atau dikeluarkan di bawah
Bahagian ini telah atau diniatkan untuk digunakan bagi suatu maksud yang menyalahi undang-undang atau maksud asal yang baginya lesen atau permit itu telah diberikan atau dikeluarkan tidak lagi wujud.
(2)
Pihak Berkuasa tidak boleh membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau permit melainkan jika Pihak
Berkuasa berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen atau pemegang permit itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi secara bertulis yang dia berhasrat untuk buat, lesen atau permit itu patut dibatalkan atau digantung.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), sekiranya pemegang lesen perkhidmatan udara atau pemegang permit perkhidmatan udara terhenti daripada memegang suatu perakuan pengendali udara yang sah, lesen perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan udara yang diberikan atau dikeluarkan di bawah
Bahagian ini hendaklah disifatkan telah dibatalkan berkuat kuasa dari tarikh pemegang lesen perkhidmatan udara atau pemegang permit perkhidmatan udara itu terhenti daripada memegang perakuan pengendali udara.
(4)
Menjadi kewajipan setiap pemegang lesen perkhidmatan udara atau pemegang permit perkhidmatan udara untuk memaklumkan Pihak Berkuasa, tidak lewat daripada dua hari selepas berlakunya kejadian yang dinyatakan dalam subseksyen (3), mengenai berlakunya kejadian itu dan tarikh kuat kuasa kejadian itu dan menyerahkan balik lesen perkhidmatan udara atau permit perkhidmatan udara yang diberikan atau dikeluarkan di bawah Bahagian ini kepada
Pihak Berkuasa mengikut subseksyen (5).
(5)
Jika suatu lesen atau permit—
(a)
telah dibatalkan, lesen atau permit itu tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan dan pemegang lesen atau pemegang permit hendaklah dalam masa empat belas hari dari tarikh pembatalan lesen atau permit itu mengembalikan lesen atau permit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada
Pihak Berkuasa; atau
(b)
telah digantung, lesen atau permit itu tidak mempunyai kuat kuasa semasa tempoh penggantungan itu.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)
19
Penyerahan balik lesen atau permit 36j. (1) Seseorang pemegang lesen atau pemegang permit boleh menyerahkan balik lesen atau permitnya dengan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa suatu notis bertulis mengenai penyerahan balik lesen atau permit itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak kurang daripada enam bulan sebelum tarikh penyerahan balik yang dicadangkan.
(2)
Penyerahan balik lesen atau permit hendaklah berkuat kuasa enam bulan dari tarikh Pihak Berkuasa menerima notis di bawah subseksyen (1) atau pada apa-apa tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
(3)
Penyerahan balik lesen atau permit di bawah subseksyen (1)
tidak boleh ditarik balik melainkan jika Pihak Berkuasa melalui notis secara bertulis kepada pemegang lesen atau pemegang permit membenarkan penyerahan balik itu ditarik balik sebelum tarikh kuat kuasa penyerahan balik lesen atau permit itu.
(4)
Pemegang lesen atau pemegang permit hendaklah—
(a)
mengambil segala langkah dan memberikan segala bantuan sebagaimana yang dikehendaki oleh
Pihak Berkuasa menurut penyerahan balik lesen atau permit itu; dan
(b)
mengemukakan lesen atau permit itu kepada
Pihak Berkuasa pada tarikh kuat kuasa penyerahan balik lesen atau permit itu.
Pemindahmilikan atau penyerahhakan lesen atau permit 36k. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), suatu lesen atau permit yang diberikan atau dikeluarkan di bawah Bahagian ini adalah khas untuk pemegang lesen atau pemegang permit dan tidak boleh dipindahmilikkan atau diserahhakkan.
(2)
Seseorang pemegang lesen atau pemegang permit yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta A1723
(3)
Walau apa pun perenggan 36i(1)(c), Pihak Berkuasa boleh, sekiranya terdapat penyelesaian seseorang pemegang lesen atau pemegang permit, atau jika penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan pemegang lesen atau pemegang permit itu, atau jika atas apa-apa sebab
Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahmilikan lesen atau permit itu.
Caj perkhidmatan penerbangan 36l. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mengawal selia caj bagi perkhidmatan penerbangan.
(2)
Dalam menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (1),
Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk—
(a)
menetapkan caj, termasuk caj maksimum, bagi perkhidmatan penerbangan termasuk caj perkhidmatan penumpang, fi pendaratan dan fi parkir, caj pengendalian darat pihak ketiga dan apa-apa caj perkhidmatan penerbangan lain pada apa-apa lat tempoh yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa, atau mewujudkan kaedah bagi penentuan apa-apa caj itu;
(b)
menjalankan kajian semula bagi caj yang ditetapkan atau kaedah yang diwujudkan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (a); dan
(c)
berikutan kajian semula itu, menyemak apa-apa caj yang ditetapkan atau kaedah yang diwujudkan di bawah perenggan (a) sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa.
(3)
Bagi maksud perenggan (2)(a) dan (c), Pihak Berkuasa hendaklah mengambil kira—
(a)
kos membekalkan perkhidmatan penerbangan;
(b)
keperluan untuk menggalakkan caj yang bersaing;
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)
(c)
apa-apa penanda aras yang berkaitan termasuk penanda aras antarabangsa bagi harga, kos dan pulangan atas aset dalam industri yang setanding;
(d)
implikasi kewangan yang mungkin berbangkit daripada penentuan Pihak Berkuasa;
(e)
kepentingan pengguna dan pelabur;
(f)
pulangan atas aset bagi pemegang lesen atau pemegang permit; dan
(g)
apa-apa faktor lain yang difikirkan berkaitan oleh
Pihak Berkuasa.
(4)
Caj yang ditetapkan dan kaedah bagi penentuan caj oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam Warta.
Bahagian Vb
PERSAINGAN