Malaysia legislation
Section 16
of AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (PINDAAN) 2024
Seksyen 16
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 42
seksyen yang berikut:
“Audit industri penerbangan awam 42a. (1) Pihak Berkuasa boleh, pada bila-bila masa, menjalankan atau melantik seorang juruaudit untuk menjalankan suatu audit ke atas mana-mana aspek industri penerbangan awam termasuk pengendalian lapangan terbang dan perkhidmatan yang berkaitan.
(2)
Pihak Berkuasa hendaklah, secepat yang mungkin, menghantar suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri dan Menteri hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)
57
Penyata, laporan, akaun dan maklumat 42b. (1) Pihak Berkuasa hendaklah mengemukakan kepada
Menteri dan mana-mana pihak berkuasa awam sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan aktiviti dan kewangannya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(2)
Pihak Berkuasa hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri, dan jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Pihak Berkuasa semasa tahun kewangan yang sebelumnya.
(3)
Penyata, laporan, akaun dan maklumat itu hendaklah dalam apa-apa bentuk dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar
Pihak Berkuasa dan apa-apa perkara lain yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Penjalanan pendakwaan 42c. Tiada pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah
Akta ini boleh dimulakan kecuali dengan keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 42d. (1) Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini ialah suatu pertubuhan perbadanan, pertubuhan perbadanan itu hanya boleh dihukum dengan denda yang diperuntukkan bagi kesalahan itu.
(2)
Jika suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu merupakan seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, pegawai, pekerja, wakil atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu atau yang
Undang-Undang Malaysia 58
Akta A1723
berupa bertindak atas apa-apa kapasiti sedemikian atau dengan apa-apa cara atau pada apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusannya—
(a)
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
(b)
hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pengetahuannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankannya, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas kapasiti itu dan semua hal keadaan.
(3)
Jika seseorang yang merupakan pekerja sesuatu pertubuhan perbadanan melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini, pertubuhan perbadanan itu hendaklah disifatkan telah melanggar peruntukan itu.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “pegawai” berhubung dengan seseorang pengarah suatu perbadanan, termasuklah—
(a)
seseorang yang menjawat atau bertindak dalam jawatan seorang pengarah perbadanan itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan sama ada dilantik secara sah atau tidak untuk menjawat atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak dalam jawatan itu;
(b)
seseorang yang mengikut arahan atau petunjuk yang pengarah suatu perbadanan itu lazimnya bertindak; dan
(c)
jika perbadanan itu diperbadankan di luar Malaysia—
(i)
seorang anggota lembaga perbadanan itu;
(ii)
seorang yang menjawat atau bertindak dalam jawatan pengarah lembaga perbadanan itu, dengan apa jua nama yang dipanggil, dan
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)
59
sama ada dilantik secara sah atau tidak untuk menjawat atau diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak dalam jawatan itu; dan
(iii)
seorang yang mengikut arahan atau petunjuk yang anggota lembaga perbadanan itu pada kebiasaannya bertindak.”.
Pindaan seksyen 43