Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (PINDAAN) 2024

Seksyen 19

Jadual kepada Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan tajuk “Jadual” dengan tajuk

“Jadual Pertama”; dan

(b)

dalam perenggan 1—

(i)

dalam subperenggan (3), dengan menggantikan perkataan “lima anggota” dengan perkataan

“tujuh anggota”;

(ii)

dengan memasukkan selepas subperenggan (8)

subperenggan yang berikut:

“(9)  Mana-mana anggota Pihak Berkuasa boleh meminta supaya diadakan atau untuk menyertai mana-mana mesyuarat melalui peranti telekomunikasi serta-merta seperti telefon, sidang video atau kaedah elektronik lain bagi komunikasi audio atau audio-visual.

(10)

Penyambungan bersama dengan serentak beberapa bilangan anggota melalui peranti telekomunikasi serta-merta itu cukup untuk membentuk suatu kuorum, walaupun pada hakikatnya anggota itu tidak hadir bersama di satu tempat pada mesyuarat itu bersidang, hendaklah menjadi mesyuarat yang diadakan dan dibentuk dengan sewajarnya dengan syarat bahawa—

(a)

Pengerusi telah meluluskan pengadaan atau penyertaan dalam mesyuarat itu melalui peranti telekomunikasi serta-merta;

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)

(b)

semua anggota Pihak Berkuasa telah menerima notis mengenai mesyuarat itu dan kaedah yang mesyuarat itu akan dijalankan;

(c)

setiap anggota Pihak Berkuasa yang mengambil bahagian dalam mesyuarat itu melalui peranti telekomunikasi serta-merta mestilah boleh mendengar setiap anggota lain yang mengambil bahagian pada masa permulaan dan selama tempoh mesyuarat itu; dan

(d)

pada permulaan mesyuarat dan sebelum pengundian tentang apa-apa ketetapan, setiap anggota Pihak Berkuasa hendaklah mengesahkan kehadirannya bagi maksud mesyuarat itu kepada semua anggota lain yang mengambil bahagian.”.

Jadual baharu Kedua dan Ketiga