Malaysia legislation
Section 3
of AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (PINDAAN) 2024
Seksyen 3
Pindaan seksyen 2
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “aerodrom” takrif yang berikut:
‘ “ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“hak trafik udara” ertinya—
(a)
berhubung dengan laluan domestik, hak sesuatu syarikat penerbangan yang dilesenkan oleh Pihak Berkuasa untuk mengadakan perkhidmatan udara bagi perjalanan berjadual dalam Malaysia, dan termasuklah tempat yang hendak dihubungkan, jenis kapal udara yang hendak digunakan dan kapasiti yang hendak diberikan; atau
(b)
berhubung dengan laluan antarabangsa, hak sesuatu syarikat penerbangan yang dilesenkan oleh Pihak Berkuasa dan ditetapkan, dinamakan atau selainnya dibenarkan oleh Kerajaan untuk mengadakan perkhidmatan udara bagi perjalanan berjadual dari, ke atau merentas sesuatu negara di bawah suatu perjanjian perkhidmatan udara, dan termasuklah tempat yang hendak dihubungkan, laluan yang padanya perkhidmatan udara hendak diberikan, jenis kapal udara yang hendak digunakan dan kapasiti yang hendak diberikan;
“jawatankuasa” ertinya mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Pihak Berkuasa di bawah seksyen 11 atau 36zl;’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:
‘ “obligasi perkhidmatan awam” ertinya pengadaan suatu perkhidmatan bagi membawa melalui udara atau penggunaan mana-mana kapal udara untuk
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)
5
membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah bagi suatu perjalanan berjadual antara aerodrom—
(a)
yang satu aerodrom atau lebih menghubungkan suatu wilayah dalam Malaysia yang terpencil atau kurang penduduk atau mempunyai isu perhubungan yang signifikan oleh sebab kepinggiran geografinya atau kekurangan pilihan pengangkutan darat yang mencukupi;
atau
(b)
yang menghubungkan suatu laluan yang dianggap penting bagi pembangunan ekonomi dan sosial
Malaysia atau demi kepentingan negara, yang tidak akan dibuat oleh syarikat penerbangan jika syarikat penerbangan itu hanya menimbangkan kepentingan komersialnya semata-mata;
“pemegang lesen” ertinya seseorang yang dilesenkan di bawah Akta ini;
“pemegang permit” ertinya seseorang yang memegang suatu permit di bawah Akta ini;’;
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “Pengerusi” takrif yang berikut:
‘ “pengguna” ertinya seseorang yang memperoleh atau menggunakan apa-apa perkhidmatan penerbangan untuk kegunaan peribadi dan tidak memperoleh atau menggunakan perkhidmatan itu terutamanya bagi maksud membekalkan semula perkhidmatan itu atau memberikan apa-apa perkhidmatan penerbangan;
“perjalanan berjadual” ertinya satu daripada siri perjalanan yang dilakukan antara dua tempat yang sama dan yang kesemuanya menjadi suatu perkhidmatan yang sistematik;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1723
“perjalanan tidak berjadual” ertinya suatu perjalanan yang bukan perjalanan berjadual;
“perkhidmatan penerbangan” ertinya mana-mana daripada perkhidmatan yang berikut:
(a)
membawa penumpang, mel atau kargo untuk sewa atau upah melalui udara atau dengan menggunakan mana-mana kapal udara antara dua tempat atau lebih, yang sekurang-kurangnya satu tempat itu berada di Malaysia;
(b)
pengadaan mana-mana perkhidmatan pengendalian darat di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;
(c)
pengendalian sesuatu aerodrom di Malaysia bagi pelepasan dan pendaratan mana-mana kapal udara yang terlibat dalam membawa penumpang, mel atau kargo bagi sewa atau upah;
(d)
apa-apa perkhidmatan lain yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa sebagai perlu atau suai manfaat bagi membawa penumpang, mel atau kargo yang disebut dalam perenggan (a), sama ada atau tidak perkhidmatan itu diadakan oleh pemegang lesen, pemegang permit atau selainnya;
“perkhidmatan pengangkutan udara” ertinya suatu perkhidmatan udara komersial yang dikendalikan bagi maksud mengangkut orang, barang peribadi, bagasi, barangan atau kargo dalam sesuatu kapal udara antara dua tempat;’;
(d)
dalam takrif “Pihak Berkuasa”, dengan menggantikan noktah di hujung takrif itu dengan koma bernoktah; dan
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)
(e)
dengan memasukkan selepas takrif “Pihak Berkuasa”
takrif yang berikut:
‘ “sewa atau upah” ertinya apa-apa bayaran, balasan, ganjaran atau manfaat, yang dicaj, diminta, diterima atau dikutip secara langsung atau secara tidak langsung oleh mana-mana orang bagi penggunaan sesuatu kapal udara.’.
Pindaan seksyen 5