Malaysia legislation
Section 43b
of AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (PINDAAN) 2024
Seksyen 43b
(2)
Tiap-tiap garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah disiarkan oleh Pihak Berkuasa mengikut apa-apa cara bagi memastikan bahawa garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis itu dibawa kepada perhatian orang yang perlu mematuhi garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis itu.
(3)
Pihak Berkuasa boleh mengenakan suatu penalti kewangan bagi apa-apa ketidakpatuhan terhadap mana-mana garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis yang dikeluarkan di bawah seksyen ini—
(a)
jika orang itu merupakan seorang individu, setakat suatu amaun yang tidak melebihi satu juta ringgit;
atau
(b)
jika orang itu merupakan suatu pertubuhan perbadanan, setakat suatu amaun yang tidak melebihi lima peratus daripada pusing ganti tahunan pertubuhan perbadanan itu dari tahun kewangan yang sebelumnya.
(4)
Pihak Berkuasa boleh membatalkan, mengubah, menyemak semula atau meminda keseluruhan atau mana-mana bahagian garis panduan, pekeliling, arahan, nota amalan atau notis yang dikeluarkan di bawah seksyen ini.
(5)
Bagi maksud seksyen ini—
“tahun kewangan” ertinya tempoh yang berkenaan dengannya apa-apa penyata kewangan disediakan sama ada tempoh itu genap satu tahun atau tidak;
Undang-Undang Malaysia 62
Akta A1723
“pusing ganti tahunan” ertinya agregat semua jumlah wang yang diterima semasa menjalankan perniagaan sepanjang tahun kewangan, sebagaimana yang dinyatakan atau selainnya ditunjukkan dalam akaun perniagaan, termasuk pemberian daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.”.
Pindaan Jadual