Malaysia legislation
Section 9
of AKTA PIHAK BERKUASA PENERBANGAN AWAM MALAYSIA (PINDAAN) 2024
Seksyen 9
Pindaan seksyen 16
Subseksyen 16(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perenggan (q) perenggan yang berikut:
“(qa) untuk mengawal selia perkara ekonomi yang berhubungan dengan industri penerbangan awam termasuk—
(i)
untuk memperbaiki perhubungan, di peringkat global dan tempatan, supaya dapat menggalakkan pertalian ekonomi, integrasi dan pertumbuhan, dan perdagangan, pelaburan dan pelancongan;
(ii)
untuk menggalakkan persaingan yang berkesan dalam industri penerbangan awam dengan menggalakkan suatu persekitaran ekonomi yang membenarkan syarikat penerbangan Malaysia mengekalkan keupayaan mereka untuk bersaing dengan berkesan dalam pasaran penerbangan awam melalui cara yang menguntungkan, cekap dan adil yang mampan;
(iii)
untuk menggalakkan pengendalian aerodrom dan perkhidmatan pengendalian darat yang cekap, ekonomi dan menguntungkan;
(iv)
untuk menggalakkan pelaburan yang tepat pada waktunya dalam industri penerbangan awam bagi memenuhi permintaan dan keperluan pembangunan
Malaysia yang berkembang; dan
(v)
untuk memaksimumkan nilai ekonomi mana-mana bantuan kewangan yang diberikan oleh Kerajaan
Persekutuan kepada industri penerbangan awam dan untuk mendapatkan dan menggalakkan cara untuk mengurangkan apa-apa bantuan kewangan sedemikian mengikut masa;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1723
(qb) untuk menasihati dan memberikan syor daripada perspektif ekonomi kepada—
(i)
Menteri mengenai dasar dan rancangan mengenai segala perkara yang berhubungan dengan penerbangan awam dan membangunkan strategi selaras dengan dasar dan rancangan sedemikian;
dan
(ii)
agensi kerajaan yang berkaitan mengenai segala perkara yang berhubungan dengan penerbangan awam;
(qc) untuk memperuntukkan suatu mekanisme bagi perlindungan pengguna termasuk—
(i)
untuk menggalakkan suatu persekitaran yang membenarkan pengguna berhubung dengan industri penerbangan awam mendapat akses dengan cara yang telus kepada pilihan produk dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan pada harga yang berpatutan;
(ii)
untuk menerima dan menyebarkan maklumat dan pandangan mengenai perkara yang menjadi kepentingan kepada pengguna atau perkhidmatan yang diberikan oleh pemegang lesen dan pemegang permit;
(iii)
untuk berunding dengan industri, kerajaan dan kumpulan pengguna lain mengenai perkara yang menjadi kepentingan kepada pengguna; dan
(iv)
untuk memperuntukkan suatu mekanisme bagi penyelesaian aduan pengguna;
(qd) untuk memperuntukkan suatu mekanisme bagi penyelesaian pertikaian antara penyedia perkhidmatan penerbangan;
(qe) untuk mentadbir, menguntukkan dan menguruskan hak trafik udara;
(qf) untuk memantau penguntukan slot bagi syarikat penerbangan atau pengendali kapal udara lain;
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (Pindaan)
11
(qg) untuk mentadbir dan menguruskan obligasi perkhidmatan awam;
(qh) untuk memudahkan dan menyelaras perkara yang menjadi kepentingan kepada industri penerbangan awam Malaysia antara penyedia perkhidmatan penerbangan dengan agensi kerajaan, di peringkat tempatan dan antarabangsa;”.
Pindaan seksyen 17