Malaysia legislation
Section 16
of AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024
Seksyen 16
Seksyen 21b Akta ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis lain, jika dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini suatu rekod elektronik bagi—
(a)
mana-mana borang yang ditetapkan dikemukakan melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elekronik di bawah seksyen 21c; atau
(b)
mana-mana dokumen lain yang disimpan atau diterima oleh atau disampaikan kepada
Ketua Pengarah melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik, rekod elektronik atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan atau terkandung dalamnya:
Dengan syarat bahawa rekod elektronik atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu—
(i)
diperakui oleh Ketua Pengarah sebagai mengandungi semua atau mana-mana maklumat yang dikemukakan, disimpan, disampaikan atau diterima melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik di bawah seksyen ini; atau
(ii)
selainnya disahkan mengikut cara yang diperuntukkan dalam Akta Keterangan 1950
[Akta 56] bagi pengesahan dokumen yang dikeluarkan oleh komputer.”; dan
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)
(b)
dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Jika rekod elektronik bagi mana-mana borang yang ditetapkan atau dokumen, atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu boleh diterima di bawah subseksyen (1), ia hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, bahawa rekod elektronik atau salinan atau cetakan rekod elektronik itu mengeluarkan semula dengan tepat kandungan borang yang ditetapkan atau dokumen itu.”.
Seksyen baharu 21c