Malaysia legislation

Section 17

of AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024

Seksyen 17

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21b seksyen yang berikut:

(a)

hendaklah, jika dikehendaki di bawah Akta ini; atau

(b)

boleh, jika dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan mana-mana borang yang ditetapkan melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), syarat dan spesifikasi yang di bawahnya mana-mana borang yang ditetapkan kena dikemukakan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang boleh memberikan kebenaran secara bertulis kepada ejen cukai untuk mengemukakan bagi pihaknya mana-mana borang yang ditetapkan mengikut cara yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Suatu borang yang ditetapkan yang dikemukakan mengikut subseksyen (3) bagi pihak mana-mana orang hendaklah dianggap telah dikemukakan dengan kebenaran orang itu, sehingga dibuktikan sebaliknya, dan orang itu hendaklah disifatkan menyedari kandungannya itu.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1741

(5)

Jika subseksyen (3) terpakai—

(a)

orang yang memberikan kebenaran kepada ejen cukai hendaklah membuat suatu akuan dalam borang yang ditetapkan di bawah Akta ini dengan menyatakan bahawa—

(i)

ejen cukai itu dibenarkan untuk mengemukakan borang yang ditetapkan kepada Ketua

Pengarah bagi pihaknya; dan

(ii)

maklumat yang diberikan olehnya kepada ejen cukai bagi penyediaan borang yang ditetapkan itu adalah benar dan betul;

(b)

ejen cukai itu hendaklah membuat suatu akuan dalam borang yang ditetapkan yang dikemukakan mengikut subseksyen (1) yang menyatakan bahawa—

(i)

borang yang ditetapkan itu disediakan mengikut maklumat yang diberikan oleh orang itu;

dan

(ii)

dia telah menerima suatu akuan yang dibuat oleh orang itu di bawah perenggan (a);

(c)

orang itu hendaklah menyimpan dan mengekalkan dalam jagaan selamat borang yang ditetapkan itu yang merupakan salinan cetak borang yang ditetapkan yang dikemukakan itu dan salinan cetak itu hendaklah dibuat di bawah proses dan tatacara yang dibangunkan untuk memastikan maklumat yang terkandung dalam borang yang ditetapkan itu hendaklah menjadi satu-satunya maklumat yang dikemukakan mengikut seksyen ini;

(d)

salinan cetak yang disebut dalam perenggan (c)

hendaklah ditandatangani oleh orang itu; dan

(e)

salinan cetak yang ditandatangani di bawah perenggan (d)

dan akuan yang dibuat di bawah perenggan (a)

hendaklah disimpan dan dikekalkan bagi tempoh tujuh tahun dari tamat tahun taksiran yang borang yang ditetapkan itu dikemukakan.

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)

(6)

Mana-mana borang yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1) disifatkan telah dikemukakan oleh orang itu kepada Ketua Pengarah pada tarikh yang suatu perakuan penerimaan borang yang ditetapkan itu dihantar secara elektronik oleh Ketua Pengarah kepada orang itu.”.

Pindaan seksyen 22da