Malaysia legislation

Section 19

of AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024

Seksyen 19

Seksyen baharu 22eb

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22ea seksyen yang berikut:

“Kewajipan untuk memberikan maklumat dan mengemukakan dokumen untuk menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar 22eb.  (1)  Jika seseorang telah mengemukakan kepada

Ketua Pengarah penyata keuntungan mengikut seksyen 5 atau 10, orang itu hendaklah memberikan maklumat dan mengemukakan dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar atau keuntungan bersihnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh genap masa pengemukaan penyata keuntungan itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seksyen 21c hendaklah terpakai dengan mana-mana ubah suaian yang perlu.”.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1741

Penggantian seksyen 23

Section 19 — AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024