Malaysia legislation
Section 21
of AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024
Seksyen 21
“Kesalahan dan penalti
seksyen yang berikut:
“Keingkaran mengemukakan penyata keuntungan 23a. (1) Mana-mana orang yang ingkar dalam mengemukakan suatu penyata keuntungan mengikut seksyen 5 atau 10
berkenaan dengan mana-mana satu tahun taksiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(2)
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah subseksyen (1), beban bagi membuktikan bahawa suatu penyata keuntungan telah dibuat hendaklah terletak atas orang tertuduh.
(3)
Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membuat perintah selanjutnya bahawa orang itu hendaklah mematuhi peruntukan berkaitan Akta ini yang di bawahnya kesalahan itu telah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari, atau tempoh lain yang difikirkan patut oleh mahkamah, dari tarikh perintah itu dibuat.
(4)
Jika berhubung dengan suatu tahun taksiran seseorang ingkar dalam mengemukakan suatu penyata keuntungan mengikut seksyen 5 atau 10 dan tiada pendakwaan di bawah subseksyen (1) telah dimulakan berhubung dengan keingkaran itu—
(a)
Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu membayar penalti bersamaan dengan tiga kali ganda amaun cukai itu yang, sebelum apa-apa pembayaran balik di bawah Akta ini, yang kena dibayar bagi tahun itu; dan
(b)
jika orang itu membayar penalti itu, atau jika penalti itu dikurangkan atau diremit di bawah subseksyen 24(5), sekian banyak, jika ada, daripada penalti yang tidak dikurangkan atau diremit itu, dia tidak boleh dipertuduhkan atas fakta yang sama dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).
(5)
Ketua Pengarah boleh menghendaki mana–mana orang untuk membayar suatu amaun tambahan penalti mengikut subseksyen (4) berkenaan dengan apa-apa cukai tambahan yang kena dibayar oleh orang itu bagi suatu tahun taksiran.
Penalti bagi penyata keuntungan dan maklumat yang tidak betul 23b. (1) Mana-mana orang yang—
(a)
membuat suatu penyata keuntungan yang tidak betul dengan meninggalkan atau memberi angka yang rendah mana-mana keuntungan bersih yang dia dikehendaki oleh Akta ini untuk membuat suatu penyata keuntungan bagi pihak dirinya atau seorang lain; atau
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1741
(b)
memberi apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara mengenai pengenaan cukai dirinya atau pengenaan cukai mana-mana orang lain, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua puluh ribu ringgit dan tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(2)
Jika seseorang—
(a)
membuat suatu penyata keuntungan yang tidak betul dengan meninggalkan atau memberi angka yang rendah mana-mana keuntungan bersih yang dia dikehendaki oleh Akta ini untuk membuat suatu penyata keuntungan bagi pihak dirinya atau seorang lain; atau
(b)
memberi apa-apa maklumat yang tidak betul berhubung dengan apa-apa perkara mengenai pengenaan cukai dirinya atau pengenaan cukai mana-mana orang lain, maka, jika tiada pendakwaan di bawah subseksyen (1) dimulakan berkenaan dengan penyata keuntungan atau maklumat yang tidak betul itu, Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu membayar penalti yang sama dengan amaun cukai yang telah terkurang dikenakan akibat penyata keuntungan atau maklumat yang tidak betul itu atau yang telah terkurang dikenakan jika penyata keuntungan atau maklumat telah diterima sebagai betul; dan, jika orang itu membayar penalti itu, atau jika penalti dikurangkan atau diremitkan di bawah subseksyen 24(5), sekian banyak, jika ada, penalti yang belum dikurangkan atau diremitkan, dia tidak boleh dipertuduhkan atas fakta yang sama dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).
Mendapatkan penalti 23c. Apa-apa penalti yang dikenakan ke atas mana-mana orang di bawah subseksyen 23a(4), 23a(5) atau 23b(2) hendaklah dipungut seolah-olah penalti itu sebahagian daripada cukai yang kena dibayar oleh orang itu, tetapi tidak boleh dianggap sebagai cukai yang kena dibayar bagi maksud mana-mana peruntukan Akta ini selain seksyen 11, 13b dan 14.”.
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)
19
Pindaan seksyen 24