Malaysia legislation
Section 26
of AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024
Seksyen 26
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 27
seksyen yang berikut:
“Peruntukan mengenai keterangan 27a. (1) Dalam suatu guaman di bawah seksyen 14, pengemukaan suatu perakuan yang ditandatangani oleh
Ketua Pengarah memberi nama dan alamat defendan dan amaun cukai yang genap masa untuk dibayar olehnya menjadi keterangan yang cukup mengenai amaun yang genap masa untuk dibayar itu dan juga kuasa yang cukup bagi mahkamah membuat hukuman bagi amaun itu.
(2)
Dalam prosiding jenayah atau sivil di bawah Akta ini apa-apa kenyataan yang berupa sebagai ditandatangani oleh
Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa yang merupakan sebahagian daripada atau dilampirkan kepada maklumat, aduan atau pernyataan tuntutan, hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, menjadi bukti apa-apa fakta yang dinyatakan di dalamnya:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi—
(a)
pernyataan tentang niat orang yang dituduh atau defendan lain; atau
(b)
prosiding bagi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan.
(3)
Suatu transkrip bagi apa-apa butir-butir yang terkandung dalam suatu penyata atau dokumen lain yang berhubungan dengan cukai, jika transkrip itu diperakui oleh Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa sebagai suatu salinan butir-butir yang benar, hendaklah diterima sebagai keterangan sebagai bukti butir-butir tersebut.
(4)
Tiada pernyataan yang dibuat atau dokumen yang dikemukakan oleh atau bagi pihak seseorang boleh menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan terhadap orang itu dalam mana-mana prosiding terhadapnya bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 23a atau 23b, atau tuntutan bagi apa-apa jumlah tertunggak sebagai cukai atau penalti, dengan alasan
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No. 2)
21
hanya oleh sebab fakta bahawa dia telah atau mungkin telah didorong untuk membuat pernyataan atau mengemukakan dokumen itu dengan apa-apa dorongan atau janji yang sah daripada Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa.
(5)
Kecuali sebagaimana diperuntukkan dalam perenggan (b), tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh—
(i)
menyentuh penjalanan kuat kuasa Bab IX