Malaysia legislation
Section 2
of AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN (PINDAAN) (NO. 2) 2024
Seksyen 2
Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 [Akta 445], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)—
(a)
dalam takrif “aktiviti perdagangan Labuan”, dengan memotong perkataan “, operasi perkapalan”;
(b)
dengan memotong takrif “operasi perkapalan”;
(c)
dengan memotong takrif “syarikat domestik”;
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “tahun taksiran” takrif yang berikut:
‘ “taksiran” bermaksud apa-apa taksiran atau taksiran tambahan yang dibuat di bawah Akta ini;’; dan
(e)
dalam takrif “tempoh asas”, dengan menggantikan perkataan
“sebaik sebelum” dengan perkataan “berbetulan dengan”.
Pindaan seksyen 2b