Malaysia legislation

Section 14

of AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025

Seksyen 14

Seksyen 31 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti—

(a)

dalam hal seseorang itu merupakan seorang individu, didenda tidak melebihi lapan ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;

(b)

dalam hal sesuatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit  atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.