/akn/my/act/amendment_act/2025/A1742

AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Amendment Act
Status
In force
Enacted
2025
Sections
17
Languages
MS · EN

Quick answer

About this amendment act

AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1742 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

Open as pageSuggest a correction

[Akta 342], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dengan memotong takrif “inspektor kesihatan”;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1742

AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT

BERJANGKIT (PINDAAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1742

Suggest a correction

(b)

dalam takrif “pegawai diberi kuasa”, dengan menggantikan perkataan “mana-mana inspektor kesihatan,” dengan perkataan “mana-mana Pegawai Kesihatan Persekitaran,”;

Suggest a correction

(i)

dengan menggantikan perkataan “had lapangan terbang dan pelabuhannya,” dengan perkataan

“had lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan daratnya,”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “Timbalan Ketua

Pengarah Kesihatan, Pengarah Perkhidmatan

Kesihatan, mana-mana Timbalan Pengarah

Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Pengarah

Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri, mana-mana Timbalan Pengarah Perkhidmatan

Perubatan dan Kesihatan Negeri, Pengarah

Perkhidmatan Perubatan Negeri Sabah dan

Timbalannya dan Pengarah Perkhidmatan

Perubatan Negeri Sarawak dan Timbalannya”

dengan perkataan “mana-mana Timbalan Ketua

Pengarah Kesihatan, Pengarah Kawalan Penyakit, mana-mana Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit,

Pengarah Kesihatan Negeri dan mana-mana

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri”;

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “Pegawai Kesihatan”

takrif yang berikut:

‘ “Pegawai Kesihatan Persekitaran” ertinya mana-mana Pegawai Kesihatan Persekitaran dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan termasuk Penolong Pegawai Kesihatan

Persekitaran;’; dan

Suggest a correction

(e)

dalam takrif “stesen kuarantin”, dengan menggantikan perkataan “sesuatu hospital penyakit berjangkit dan mana-mana tempat” dengan perkataan “mana-mana hospital dan tempat”.

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

(Pindaan)

5

Pindaan seksyen 10

Suggest a correction

Seksyen 3

Subseksyen 10(2) Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menggantikan perkataan “atau mendapat tahu”

dengan perkataan “mana-mana orang yang menghidap apa-apa penyakit berjangkit, atau mendapat tahu atau mempunyai sebab untuk percaya atau mengesyaki”; dan

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan perkataan “dalam borang yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini” dengan perkataan “dalam apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah”.

Seksyen baharu 14a

Suggest a correction

Seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Pengasingan atau pengawasan orang yang dijangkiti dan orang yang disyaki 14a.  (1)  Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan mana-mana orang yang dijangkiti atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti oleh sesuatu penyakit berjangkit untuk menjalani pengasingan atau pengawasan di mana-mana tempat bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai diberi kuasa atau sehingga orang itu boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi.”.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1742

Seksyen baharu 15a

Suggest a correction

Seksyen 5

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Perintah bagi maksud pengesanan dan pemantauan 15a.  (1)  Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, bagi maksud pengesanan dan pemantauan, mengeluarkan apa-apa perintah untuk dipatuhi oleh orang yang dijangkiti atau yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti, atau mana-mana kontak, bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai diberi kuasa atau sehingga orang itu tidak lagi membahayakan orang ramai.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), perintah itu boleh termasuk suatu perintah—

(a)

untuk memakai, membawa atau menggunakan apa-apa bentuk peranti pengesanan yang disediakan oleh pegawai diberi kuasa; dan

Suggest a correction

(b)

untuk memasang dan menggunakan apa-apa aplikasi digital dalam apa-apa peranti digital sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai diberi kuasa itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang diperintahkan untuk memakai, membawa atau menggunakan apa-apa bentuk peranti pengesanan hendaklah memastikan bahawa peranti pengesanan itu berfungsi dalam keadaan baik dan tidak boleh memusnahkan, merosakkan, menghilangkan atau mengubah peranti pengesanan itu semasa tempoh yang dinyatakan dalam perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang diperintahkan untuk memakai, membawa atau menggunakan apa-apa bentuk peranti pengesanan hendaklah mengembalikan peranti pengesanan itu kepada pegawai diberi kuasa pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

(Pindaan)

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang diperintahkan untuk memasang dan menggunakan apa-apa aplikasi digital dalam mana-mana peranti digital—

(a)

hendaklah memastikan bahawa aplikasi digital itu berfungsi dalam keadaan baik;

Suggest a correction

(b)

hendaklah membawa peranti digital itu pada setiap masa; dan

Suggest a correction

(c)

tidak boleh memindahkan, memanipulasi, mengubah atau menganggu aplikasi digital itu, semasa tempoh yang dinyatakan dalam perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction
Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”.

Seksyen baharu 21a

Suggest a correction

Seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Arahan Ketua Pengarah 21a.  (1)  Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara, sama ada secara am atau khusus, kepada mana-mana orang atau golongan orang supaya mengambil apa-apa langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit.

(2)

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan, perintah atau garis panduan kepada mana-mana pengamal perubatan bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar apa-apa arahan, perintah atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1742

Bahagian baharu IVa

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen baharu 21a bahagian yang berikut:

“Bahagian IVa

PENGUATKUASAAN

Kuasa penyiasatan 21b.  Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini mengikut Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593].

Kuasa untuk menghendaki maklumat 21c.  Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.”.

Seksyen 8

Seksyen baharu 22a

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan 22a.  (1)  Jika sesuatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas mana-mana sifat sedemikian atau yang mengikut apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan itu atau yang membantu dalam pengurusan sedemikian—

(a)

boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan itu; dan

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

(Pindaan)

Suggest a correction

(b)

jika pertubuhan perbadanan itu didapati bersalah melakukan kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah melakukan kesalahan itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—

Suggest a correction

(i)

bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan, persetujuan atau pembiarannya;

dan

(ii)

bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk mengelakkan pelakuan kesalahan itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Jika mana-mana orang boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman atau penalti bagi perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkarannya, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh—

(b)

ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang itu; atau

Suggest a correction

(c)

pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen yang bertindak bagi pihak orang itu.”.

Penggantian seksyen 23

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 23 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 23

Suggest a correction

Tiada pendakwaan bagi atau berhubung dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.”.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1742

Penggantian seksyen 24

Seksyen 10

“Pendakwaan

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 24

Suggest a correction

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal seseorang itu merupakan seorang individu, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; atau

Suggest a correction

(b)

dalam hal sesuatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.”.

Seksyen baharu 24a

Suggest a correction

Seksyen 11

“Penalti am

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan 24a.  Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang berlawanan, mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.”.

Seksyen 12

Penggantian seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 25 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 25

Suggest a correction

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah secara bertulis boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila

Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit

(Pindaan)

11

masa sebelum sesuatu pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang telah ditetapkan oleh peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah—

(a)

dalam hal seseorang itu merupakan seorang individu, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima ribu ringgit; atau

Suggest a correction

(b)

dalam hal sesuatu pertubuhan perbadanan, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.”.

Pindaan seksyen 26

Suggest a correction

Seksyen 13

“Pengkompaunan kesalahan

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“Rekuisisi premis” perkataan “dan sumbernya”;

Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan

“mana-mana premis” perkataan “dan sumbernya”;

Suggest a correction

(c)

dalam subseksyen (3), dengan menggantikan perkataan

“melalui timbang tara menurut peruntukan Akta Timbang

Tara 1952 [Akta 93]” dengan perkataan “oleh mahkamah”;

dan

Suggest a correction

(d)

dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Bagi maksud seksyen ini, “sumber” termasuklah sumber manusia, kemudahan, utiliti dan aset dan pengawal atau pengurus sumber manusia, kemudahan, utiliti atau aset itu.”.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1742

Pindaan seksyen 31

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 31 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:

“(3)  Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti—

(a)

dalam hal seseorang itu merupakan seorang individu, didenda tidak melebihi lapan ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;

Suggest a correction

(b)

dalam hal sesuatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit  atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025?
AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1742 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025 still in force?
Yes — AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025 is currently in force.
When did AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025 take effect?
AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025 have?
AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025 contains 17 sections.
Where can I read the official version of AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025?
The official text of AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025 is published at lom.agc.gov.my.