Malaysia legislation
Section 2
of AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025
Seksyen 2
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
[Akta 342], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
(a)
dengan memotong takrif “inspektor kesihatan”;
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta A1742
AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT
BERJANGKIT (PINDAAN) 2025
Undang-Undang Malaysia 4
Akta A1742
(b)
dalam takrif “pegawai diberi kuasa”, dengan menggantikan perkataan “mana-mana inspektor kesihatan,” dengan perkataan “mana-mana Pegawai Kesihatan Persekitaran,”;
(c)
dalam takrif “Pegawai Kesihatan”—
(i)
dengan menggantikan perkataan “had lapangan terbang dan pelabuhannya,” dengan perkataan
“had lapangan terbang, pelabuhan dan sempadan daratnya,”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “Timbalan Ketua
Pengarah Kesihatan, Pengarah Perkhidmatan
Kesihatan, mana-mana Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Pengarah
Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Negeri, mana-mana Timbalan Pengarah Perkhidmatan
Perubatan dan Kesihatan Negeri, Pengarah
Perkhidmatan Perubatan Negeri Sabah dan
Timbalannya dan Pengarah Perkhidmatan
Perubatan Negeri Sarawak dan Timbalannya”
dengan perkataan “mana-mana Timbalan Ketua
Pengarah Kesihatan, Pengarah Kawalan Penyakit, mana-mana Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit,
Pengarah Kesihatan Negeri dan mana-mana
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri”;
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “Pegawai Kesihatan”
takrif yang berikut:
‘ “Pegawai Kesihatan Persekitaran” ertinya mana-mana Pegawai Kesihatan Persekitaran dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan termasuk Penolong Pegawai Kesihatan
Persekitaran;’; dan
(e)
dalam takrif “stesen kuarantin”, dengan menggantikan perkataan “sesuatu hospital penyakit berjangkit dan mana-mana tempat” dengan perkataan “mana-mana hospital dan tempat”.
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Pindaan)
5
Pindaan seksyen 10