Malaysia legislation
Section 4
of AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025
Seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 14
seksyen yang berikut:
“Pengasingan atau pengawasan orang yang dijangkiti dan orang yang disyaki 14a. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh memerintahkan mana-mana orang yang dijangkiti atau yang dia mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti oleh sesuatu penyakit berjangkit untuk menjalani pengasingan atau pengawasan di mana-mana tempat bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai diberi kuasa atau sehingga orang itu boleh dilepaskan tanpa membahayakan orang ramai.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang pegawai diberi kuasa boleh menggunakan kekerasan yang perlu untuk memastikan perintahnya dipatuhi.”.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1742
Seksyen baharu 15a