Malaysia legislation
Section 5
of AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025
Seksyen 5
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 15
seksyen yang berikut:
“Perintah bagi maksud pengesanan dan pemantauan 15a. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, bagi maksud pengesanan dan pemantauan, mengeluarkan apa-apa perintah untuk dipatuhi oleh orang yang dijangkiti atau yang pegawai diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk percaya telah dijangkiti, atau mana-mana kontak, bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan patut oleh pegawai diberi kuasa atau sehingga orang itu tidak lagi membahayakan orang ramai.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1), perintah itu boleh termasuk suatu perintah—
(a)
untuk memakai, membawa atau menggunakan apa-apa bentuk peranti pengesanan yang disediakan oleh pegawai diberi kuasa; dan
(b)
untuk memasang dan menggunakan apa-apa aplikasi digital dalam apa-apa peranti digital sebagaimana yang ditentukan oleh pegawai diberi kuasa itu.
(3)
Mana-mana orang yang diperintahkan untuk memakai, membawa atau menggunakan apa-apa bentuk peranti pengesanan hendaklah memastikan bahawa peranti pengesanan itu berfungsi dalam keadaan baik dan tidak boleh memusnahkan, merosakkan, menghilangkan atau mengubah peranti pengesanan itu semasa tempoh yang dinyatakan dalam perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).
(4)
Mana-mana orang yang diperintahkan untuk memakai, membawa atau menggunakan apa-apa bentuk peranti pengesanan hendaklah mengembalikan peranti pengesanan itu kepada pegawai diberi kuasa pada akhir tempoh yang dinyatakan dalam perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Pindaan)
(5)
Mana-mana orang yang diperintahkan untuk memasang dan menggunakan apa-apa aplikasi digital dalam mana-mana peranti digital—
(a)
hendaklah memastikan bahawa aplikasi digital itu berfungsi dalam keadaan baik;
(b)
hendaklah membawa peranti digital itu pada setiap masa; dan
(c)
tidak boleh memindahkan, memanipulasi, mengubah atau menganggu aplikasi digital itu, semasa tempoh yang dinyatakan dalam perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).
(6)
Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”.
Seksyen baharu 21a