Malaysia legislation
Section 6
of AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025
Seksyen 6
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21
seksyen yang berikut:
“Arahan Ketua Pengarah 21a. (1) Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan mengikut apa-apa cara, sama ada secara am atau khusus, kepada mana-mana orang atau golongan orang supaya mengambil apa-apa langkah bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit.
(2)
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan apa-apa arahan, perintah atau garis panduan kepada mana-mana pengamal perubatan bagi maksud mencegah dan mengawal apa-apa penyakit berjangkit.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar apa-apa arahan, perintah atau garis panduan yang dikeluarkan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan.”.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1742
Bahagian baharu IVa