Malaysia legislation
Section 7
of AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2025
Seksyen 7
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen baharu 21a bahagian yang berikut:
“Bahagian IVa
PENGUATKUASAAN
Kuasa penyiasatan 21b. Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang perlu untuk menjalankan penyiasatan di bawah Akta ini mengikut Kanun Tatacara Jenayah
[Akta 593].
Kuasa untuk menghendaki maklumat 21c. Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit.”.