Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24
bahagian yang berikut:
“Bahagian IVa
PEMUNYAAN BENEFISIAL
Pemunya benefisial yayasan Labuan 24a. Dalam Akta ini, “pemunya benefisial” ertinya orang sebenar yang mengawal atau mendapat faedah daripada, secara keseluruhan atau sebahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, harta atau aset yang diderma secara kekal kepada sesuatu yayasan Labuan dan termasuklah seseorang yang menjalankan kawalan dan pengaruh yang berkesan dalam suatu yayasan Labuan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Daftar pemunya benefisial yayasan Labuan 24b. (1) Tiap-tiap yayasan Labuan hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial bagi yayasan Labuan dan merekodkan dalam daftar itu—
(a)
nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu;
(b)
tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial yayasan Labuan itu;
(c)
tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan itu; dan
(d)
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(2)
Daftar pemunya benefisial yayasan Labuan hendaklah disimpan di pejabat berdaftar yayasan Labuan itu.
Undang-Undang Malaysia 6
Akta A1758
(3)
Setiausaha suatu yayasan Labuan hendaklah menyerahkan kepada Lembaga suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu.
(4)
Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)
hendaklah diserahkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu.
(5)
Setiausaha suatu yayasan Labuan hendaklah memegang maklumat orang sebenar yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan itu selama enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.
(6)
Suatu catatan yang berhubungan dengan orang sebenar yang terhenti menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan di bawah subseksyen (5) hendaklah dikeluarkan daripada daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu selepas tamat tempoh enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.
(7)
Jika yayasan Labuan mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Lembaga di bawah seksyen ini, yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan Labuan itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(8)
Lembaga hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan diserahkan di bawah subseksyen (3).
(9)
Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan yayasan Labuan untuk menyerahkan kepada Lembaga dalam suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis, maklumat berhubung dengan pemunya benefisial yang disimpan oleh yayasan Labuan itu.
(10)
Daftar pemunya benefisial suatu yayasan Labuan hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah Akta ini.
Yayasan Labuan (Pindaan)
(11)
Lembaga boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial yayasan Labuan yang disimpan di pejabat berdaftar yayasan Labuan itu atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserahkan kepada Lembaga, menentukan—
(a)
mana-mana orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial yayasan Labuan atau maklumat pemunyaan benefisial;
(b)
cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial yayasan Labuan atau maklumat pemunyaan benefisial; dan
(c)
fi bagi pembekalan maklumat pemunyaan benefisial.
(12)
Seksyen 71 Akta tidak terpakai jika penzahiran atau akses telah ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen (11).
(13)
Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi subseksyen (1), (2), (3), (4), (5), (6) atau (9), yayasan Labuan, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan Labuan itu yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran.
Kuasa yayasan Labuan untuk menghendaki penzahiran maklumat pemunyaan benefisial 24c. (1) Suatu yayasan Labuan hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
(a)
untuk memaklumkan kepada yayasan Labuan sama ada pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu atau jika pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu bukan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, setakat yang mungkin
Undang-Undang Malaysia 8
Akta A1758
untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial yayasan Labuan itu;
dan
(b)
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 24b(1).
(2)
Jika sesuatu yayasan Labuan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
(a)
untuk menyatakan sama ada dia merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu atau jika dia bukan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, untuk menyatakan sama ada dia mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang itu yang dalam pengetahuannya; dan
(b)
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 24b(1).
(3)
Jika suatu yayasan Labuan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu atau orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—
(a)
untuk menyatakan sama ada dia mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu
Yayasan Labuan (Pindaan)
9
merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir orang itu yang dalam pengetahuannya; dan
(b)
untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 24b(1).
(4)
Apabila suatu yayasan Labuan menerima maklumat daripada orang yang kepadanya notis itu diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), yayasan Labuan itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu—
(a)
tarikh notis yang menghendaki maklumat itu telah dikeluarkan; dan
(b)
butir-butir maklumat yang diterima daripada orang itu.
(5)
Jika suatu yayasan Labuan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial yayasan
Labuan yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial yayasan Labuan itu—
(a)
untuk mengesahkan sama ada atau tidak perubahan itu telah berlaku; dan
(b)
jika perubahan itu telah berlaku—
(i)
untuk menyatakan tarikh perubahan itu; dan
(ii)
untuk memberikan butir-butir mengenai perubahan itu.
(6)
Jika suatu yayasan Labuan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial yayasan Labuan yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan mungkin tidak betul, yayasan Labuan itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial yayasan Labuan itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak, untuk memberikan butir-butir yang betul.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta A1758
(7)
Setiausaha yayasan Labuan hendaklah memastikan bahawa yayasan Labuan itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.
(8)
Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi seksyen ini, yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan
Labuan itu yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran.
Kewajipan pemunya benefisial yayasan Labuan untuk memberikan maklumat 24d. (1) Seseorang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan hendaklah dalam masa tiga puluh hari—
(a)
memberitahu yayasan Labuan itu bahawa dia merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu; dan
(b)
memberikan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
(2)
Seseorang yang merupakan pemunya benefisial yayasan
Labuan hendaklah, dalam masa tiga puluh hari, memberitahu yayasan Labuan itu mengenai apa-apa perubahan butir-butirnya dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu.
(3)
Seseorang yang terhenti menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan hendaklah memberitahu yayasan Labuan itu, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai perubahan itu dengan menyatakan—
(a)
tarikh pemberhentian itu berlaku; dan
(b)
butir-butir pemberhentian itu.
(4)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Yayasan Labuan (Pindaan)
11
Obligasi yayasan Labuan untuk menyenggara dan menyimpan maklumat yang kemas kini 24e. (1) Sesuatu yayasan Labuan hendaklah menyenggara dan menyimpan butir-butir pemunyaan benefisial dalam daftar pemunya benefisial di bawah seksyen 24b yang dikemas kini dari semasa ke semasa.
(2)
Setiausaha yayasan Labuan itu hendaklah memastikan yayasan Labuan itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.
(3)
Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi seksyen ini, yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan
Labuan itu yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran.
Kuasa Lembaga untuk menjalankan pemeriksaan terhadap daftar pemunya benefisial yayasan Labuan 24f. Lembaga boleh menjalankan pemeriksaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 28c Akta Lembaga
Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 terhadap daftar pemunya benefisial yang disimpan oleh yayasan Labuan di bawah
Bahagian ini.”.
Pindaan seksyen 42