Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2025
Sections
13
Languages
MS · EN

Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1758 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1758

AKTA YAYASAN LABUAN (PINDAAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1758

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

8 April 2025

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

22 April 2025

Hakcipta Pencetak H

Yayasan Labuan (Pindaan)

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Yayasan Labuan 2010. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Akta Yayasan Labuan 2010 [Akta 706], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(b)

dalam takrif “pemastautin”, dengan menggantikan perkataan “menurut seksyen 43 Akta Kawalan

Pertukaran Wang 1953 [Akta 17]” dengan perkataan

“menurut perenggan 214(6)(a) Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 [Akta 758] dan perenggan 225(6)(a)

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 [Akta 759].”.

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1758

AKTA YAYASAN LABUAN (PINDAAN) 2025

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1758

Pindaan seksyen 5

Subseksyen 5(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “apa-apa harta Malaysia” dengan perkataan

“apa-apa harta yang terletak di Malaysia”.

Penggantian seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 6 dengan seksyen yang berikut:

“Benefisiari di bawah yayasan Labuan

Quoted provision

Seksyen 6

Benefisiari bagi yayasan Labuan bolehlah seorang pemastautin atau bukan pemastautin.”.

Pindaan seksyen 9

Seksyen 9 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(4)  Setiausaha hendaklah, dalam masa tiga puluh hari selepas pindaan piagam, memfailkan dengan Lembaga suatu salinan piagam yang dipinda itu.”.

Pindaan seksyen 13

Seksyen 13 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Nama sesuatu yayasan Labuan hendaklah termasuk perkataan “Labuan Foundation”, “(L) Foundation”,

“Yayasan Labuan” atau “Yayasan (L)” sebagai sebahagian nama yayasan Labuan itu.”.

Pindaan seksyen 20

Perenggan 20(1)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 68” dengan perkataan “seksyen 70”.

Yayasan Labuan (Pindaan)

5

Bahagian baharu IVa

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 24

bahagian yang berikut:

“Bahagian IVa

PEMUNYAAN BENEFISIAL

Pemunya benefisial yayasan Labuan 24a.  Dalam Akta ini, “pemunya benefisial” ertinya orang sebenar yang mengawal atau mendapat faedah daripada, secara keseluruhan atau sebahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, harta atau aset yang diderma secara kekal kepada sesuatu yayasan Labuan dan termasuklah seseorang yang menjalankan kawalan dan pengaruh yang berkesan dalam suatu yayasan Labuan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

Daftar pemunya benefisial yayasan Labuan 24b.  (1)  Tiap-tiap yayasan Labuan hendaklah menyimpan suatu daftar pemunya benefisial bagi yayasan Labuan dan merekodkan dalam daftar itu—

(a)

nama penuh, alamat, kewarganegaraan, pengenalan dan tempat kediaman biasa orang yang merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu;

(b)

tarikh orang itu menjadi seorang pemunya benefisial yayasan Labuan itu;

(c)

tarikh orang itu terhenti daripada menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan itu; dan

(d)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Daftar pemunya benefisial yayasan Labuan hendaklah disimpan di pejabat berdaftar yayasan Labuan itu.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1758

(3)

Setiausaha suatu yayasan Labuan hendaklah menyerahkan kepada Lembaga suatu notis tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu.

(4)

Apa-apa notis yang dikehendaki di bawah subseksyen (3)

hendaklah diserahkan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh perubahan itu direkodkan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu.

(5)

Setiausaha suatu yayasan Labuan hendaklah memegang maklumat orang sebenar yang telah direkodkan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu sebagai pemunya benefisial tetapi kemudiannya terhenti menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan itu selama enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

(6)

Suatu catatan yang berhubungan dengan orang sebenar yang terhenti menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan di bawah subseksyen (5) hendaklah dikeluarkan daripada daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu selepas tamat tempoh enam tahun dari tarikh orang sebenar itu terhenti menjadi seorang pemunya benefisial.

(7)

Jika yayasan Labuan mengemukakan maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat kepada Lembaga di bawah seksyen ini, yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan Labuan itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(8)

Lembaga hendaklah menentukan bentuk, cara dan takat maklumat yang perlu disimpan di bawah subseksyen (1) dan diserahkan di bawah subseksyen (3).

(9)

Lembaga boleh, melalui notis secara bertulis, mengarahkan yayasan Labuan untuk menyerahkan kepada Lembaga dalam suatu tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam notis, maklumat berhubung dengan pemunya benefisial yang disimpan oleh yayasan Labuan itu.

(10)

Daftar pemunya benefisial suatu yayasan Labuan hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan dalam daftar di bawah Akta ini.

Yayasan Labuan (Pindaan)

(11)

Lembaga boleh, berhubung dengan akses kepada daftar pemunya benefisial yayasan Labuan yang disimpan di pejabat berdaftar yayasan Labuan itu atau maklumat pemunyaan benefisial yang diserahkan kepada Lembaga, menentukan—

(a)

mana-mana orang yang boleh mengakses daftar pemunya benefisial yayasan Labuan atau maklumat pemunyaan benefisial;

(b)

cara dan terma dan syarat bagi mengakses daftar pemunya benefisial yayasan Labuan atau maklumat pemunyaan benefisial; dan

(c)

fi bagi pembekalan maklumat pemunyaan benefisial.

(12)

Seksyen 71 Akta tidak terpakai jika penzahiran atau akses telah ditentukan oleh Lembaga di bawah subseksyen (11).

(13)

Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi subseksyen (1), (2), (3), (4), (5), (6) atau (9), yayasan Labuan, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan Labuan itu yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran.

Kuasa yayasan Labuan untuk menghendaki penzahiran maklumat pemunyaan benefisial 24c.  (1)  Suatu yayasan Labuan hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk memaklumkan kepada yayasan Labuan sama ada pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu atau jika pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu bukan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, setakat yang mungkin

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1758

untuk berbuat demikian, untuk menunjukkan orang itu dengan nama dan dengan butir-butir lain yang mencukupi untuk membolehkan orang itu dikenal pasti sebagai pemunya benefisial yayasan Labuan itu;

dan

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 24b(1).

(2)

Jika sesuatu yayasan Labuan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk menyatakan sama ada dia merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu atau jika dia bukan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, untuk menyatakan sama ada dia mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir mengenai orang itu yang dalam pengetahuannya; dan

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 24b(1).

(3)

Jika suatu yayasan Labuan mengetahui atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu atau orang mengetahui identiti orang yang merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu hendaklah, melalui notis secara bertulis, menghendaki pengasas, anggota majlis, pegawai, orang yang menyelia atau benefisiari yayasan Labuan itu atau orang itu dalam apa-apa masa yang munasabah dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu—

(a)

untuk menyatakan sama ada dia mengetahui, atau mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana orang lain itu

Yayasan Labuan (Pindaan)

9

merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu dan untuk memberikan apa-apa butir-butir orang itu yang dalam pengetahuannya; dan

(b)

untuk memberikan apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen 24b(1).

(4)

Apabila suatu yayasan Labuan menerima maklumat daripada orang yang kepadanya notis itu diberikan di bawah subseksyen (1), (2) atau (3), yayasan Labuan itu hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh maklumat itu diterima, merekodkan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu—

(a)

tarikh notis yang menghendaki maklumat itu telah dikeluarkan; dan

(b)

butir-butir maklumat yang diterima daripada orang itu.

(5)

Jika suatu yayasan Labuan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu perubahan telah berlaku terhadap butir-butir pemunya benefisial yayasan

Labuan yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu, yayasan Labuan itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial yayasan Labuan itu—

(a)

untuk mengesahkan sama ada atau tidak perubahan itu telah berlaku; dan

(6)

Jika suatu yayasan Labuan mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa apa-apa butir-butir pemunya benefisial yayasan Labuan yang dinyatakan dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan mungkin tidak betul, yayasan Labuan itu hendaklah memberikan notis kepada pemunya benefisial yayasan Labuan itu untuk mengesahkan sama ada butir-butir itu adalah betul, dan jika tidak, untuk memberikan butir-butir yang betul.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1758

(7)

Setiausaha yayasan Labuan hendaklah memastikan bahawa yayasan Labuan itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.

(8)

Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi seksyen ini, yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan

Labuan itu yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran.

Kewajipan pemunya benefisial yayasan Labuan untuk memberikan maklumat 24d.  (1)  Seseorang yang mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dia merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan hendaklah dalam masa tiga puluh hari—

(a)

memberitahu yayasan Labuan itu bahawa dia merupakan pemunya benefisial yayasan Labuan itu; dan

(b)

memberikan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(2)

Seseorang yang merupakan pemunya benefisial yayasan

Labuan hendaklah, dalam masa tiga puluh hari, memberitahu yayasan Labuan itu mengenai apa-apa perubahan butir-butirnya dalam daftar pemunya benefisial yayasan Labuan itu.

(3)

Seseorang yang terhenti menjadi pemunya benefisial yayasan Labuan hendaklah memberitahu yayasan Labuan itu, secepat yang dapat dilaksanakan, mengenai perubahan itu dengan menyatakan—

(4)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Yayasan Labuan (Pindaan)

11

Obligasi yayasan Labuan untuk menyenggara dan menyimpan maklumat yang kemas kini 24e.  (1)  Sesuatu yayasan Labuan hendaklah menyenggara dan menyimpan butir-butir pemunyaan benefisial dalam daftar pemunya benefisial di bawah seksyen 24b yang dikemas kini dari semasa ke semasa.

(2)

Setiausaha yayasan Labuan itu hendaklah memastikan yayasan Labuan itu mematuhi obligasi di bawah seksyen ini.

(3)

Jika sesuatu yayasan Labuan tidak mematuhi seksyen ini, yayasan Labuan itu, setiausaha dan tiap-tiap pegawai yayasan

Labuan itu yang ingkar bolehlah dikenakan penalti pentadbiran.

Kuasa Lembaga untuk menjalankan pemeriksaan terhadap daftar pemunya benefisial yayasan Labuan 24f.  Lembaga boleh menjalankan pemeriksaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 28c Akta Lembaga

Perkhidmatan Kewangan Labuan 1996 terhadap daftar pemunya benefisial yang disimpan oleh yayasan Labuan di bawah

Bahagian ini.”.

Pindaan seksyen 42

Seksyen 42 Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen yang sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Jika yayasan Labuan itu tidak melantik seorang setiausaha gantian dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kuat kuasa pemberhentian menurut subseksyen (1), yayasan Labuan itu disifatkan telah dipotong daripada daftar yayasan Labuan.”.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1758

Pindaan seksyen 44

Seksyen 44 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “di Labuan” perkataan “atau disampaikan melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh yayasan Labuan itu”; dan

(b)

dalam subseksyen (4), dengan memasukkan selepas perkataan “di Labuan” perkataan “atau disampaikan melalui cara elektronik kepada alamat atau nombor yang diberikan oleh yayasan Labuan itu”.

Pindaan seksyen 56

Subseksyen 56(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan p e r k a t a a n “ s u b s e k s y e n 5 3 ( 2 ) ” d e n g a n p e r k a t a a n

“subseksyen 55(2)”.

Pindaan seksyen 68

Subseksyen 68(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seksyen 65” dengan perkataan “seksyen 67”.

Pindaan seksyen 78

Subseksyen 78(3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “sepuluh ribu ringgit” dengan perkataan “lima puluh ribu ringgit”.

Common questions

What is Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025?
Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1758 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025 still in force?
Yes — Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025 is currently in force.
When did Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025 take effect?
Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025 have?
Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025 contains 14 sections.
Where can I read the official version of Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025?
The official text of Akta Yayasan Labuan (Pindaan) 2025 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.