Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
(a)
dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:
“(1) Pegawai Bomba Sukarela boleh, mengikut cara dan tertakluk pada syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri, memohon kepada Pendaftar untuk menubuhkan suatu Pasukan Bomba Sukarela.”;
(b)
dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:
“(3) Pendaftar hendaklah, apabila meluluskan permohonan di bawah subseksyen (2)—
(a)
mendaftarkan Pasukan Bomba Sukarela itu;
(b)
mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dan mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; dan
(c)
menentukan suatu kawasan jagaan kepada
Pasukan Bomba Sukarela itu.”; dan
Perkhidmatan Bomba (Pindaan)
(c)
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:
“(3a) Perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah perenggan (3)(b), melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan, hendaklah menjadi keterangan konklusif bagi segala maksud bahawa Pasukan Bomba
Sukarela itu telah didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta ini.
(3b)
Pasukan Bomba Sukarela hendaklah tertakluk pada kawalan dan arahan langsung Ketua Pengarah.”.
Seksyen baharu 4ba, 4bb, 4bc, 4bd, 4be, 4bf, 4bg dan 4bh