kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan oleh
Menteri supaya didaftarkan.
Daftar 36b. Daftar di bawah perenggan 36a(c) hendaklah disimpan dalam apa-apa cara dan hendaklah mengandungi apa-apa butir-butir sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
16
Undang-Undang Malaysia
Akta A1764
Kehendak bagi pendaftaran perunding keselamatan kebakaran dan firma perunding keselamatan kebakaran 36c. Tiada seorang pun boleh menyediakan laporan analisis risiko kebakaran melainkan jika orang itu berdaftar sebagai perunding keselamatan kebakaran atau firma perunding keselamatan kebakaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Bahagian ini.
Kehendak bagi pendaftaran orang kompeten dan kontraktor keselamatan kebakaran 36d. (1) Tiada seorang pun boleh memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang ditetapkan oleh Menteri supaya didaftarkan, melainkan jika orang itu berdaftar sebagai orang kompeten mengikut kategori sebagaimana yang ditetapkan atau sebagai kontraktor keselamatan kebakaran, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Bahagian ini.