Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4b seksyen yang berikut:
“Pentadbiran Pasukan Bomba Sukarela 4ba. (1) Pasukan Bomba Sukarela hendaklah mengadakan perlembagaan dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Pasukan Bomba Sukarela hendaklah ditadbir oleh suatu jawatankuasa yang dipilih mengikut perlembagaan
Pasukan Bomba Sukarela itu.
Kuasa Pendaftar untuk meminta maklumat 4bb.
Pendaftar boleh meminta daripada mana-mana
Pasukan Bomba Sukarela apa-apa maklumat atau dokumen sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar berhubung dengan pentadbiran Pasukan Bomba Sukarela itu bagi memuaskan hatinya bahawa pentadbiran Pasukan Bomba Sukarela itu dibuat mengikut Akta ini dan perintah tetap yang dikeluarkan di bawah seksyen 7b.
6
Undang-Undang Malaysia
Akta A1764
Peruntukan yang terpakai bagi Pasukan Bomba Sukarela 4bc. (1) Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai bagi
Pasukan Bomba Sukarela:
(a)
harta alih sesuatu Pasukan Bomba Sukarela, jika tidak terletak hak pada pemegang amanah, hendaklah disifatkan terletak hak pada jawatankuasa Pasukan
Bomba Sukarela itu, dan boleh, dalam semua prosiding sivil dan jenayah, diperihalkan sebagai harta jawatankuasa Pasukan Bomba Sukarela itu;
(b)
harta tak alih sesuatu Pasukan Bomba Sukarela boleh, jika tidak didaftarkan atas nama pemegang amanah, walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, didaftarkan atas nama
Pasukan Bomba Sukarela itu, dan segala surat cara yang berhubungan dengan harta itu adalah sah dan berkuat kuasa seolah-olah surat cara itu telah disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan jawatankuasa
Pasukan Bomba Sukarela pada masa itu, dan pelantikan mereka disahkan oleh suatu perakuan
Pendaftar, dan dimeteraikan oleh Pasukan Bomba
Sukarela itu;
(c)
sesuatu Pasukan Bomba Sukarela boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya atas nama mana-mana seorang daripada pemegang jawatan jawatankuasa sebagaimana yang dinyatakan kepada
Pendaftar;
(d)
tiada guaman atau prosiding oleh atau terhadap sesuatu
Pasukan Bomba Sukarela dalam mana-mana mahkamah sivil boleh terhenti atau diberhentikan disebabkan oleh orang yang membawa atau yang terhadapnya guaman atau prosiding itu dibawa atau diteruskan, meninggal dunia atau tidak lagi memegang jawatan yang atas namanya dia telah membawa guaman atau dibawa guaman, tetapi guaman atau prosiding yang sama boleh diteruskan atas nama atau terhadap pengganti orang itu;
Perkhidmatan Bomba (Pindaan)
(e)
tiada penghakiman dalam apa-apa guaman terhadap sesuatu Pasukan Bomba Sukarela boleh dikuatkuasakan terhadap orang atau harta orang yang dibawa guaman itu kecuali terhadap harta Pasukan Bomba Sukarela itu; dan
(f)
permohonan bagi pelaksanaan sesuatu penghakiman hendaklah mengandungi penghakiman itu, fakta pihak yang terhadapnya penghakiman itu telah didapati yang telah membawa guaman atau dibawa guaman, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi pihak Pasukan
Bomba Sukarela itu, dan hendaklah menghendaki supaya penghakiman itu dikuatkuasakan terhadap harta Pasukan Bomba Sukarela itu.
(2)
Mana-mana anggota sesuatu Pasukan Bomba Sukarela yang—
(a)
gagal membayar yuran mengikut perlembagaan
Pasukan Bomba Sukarela itu;
(b)
terhutang wang kepada Pasukan Bomba Sukarela itu;
(c)
mengambil milik atau menahan apa-apa harta
Pasukan Bomba Sukarela itu berlawanan dengan perlembagaan Pasukan Bomba Sukarela itu; atau
(d)
merosakkan atau memusnahkan apa-apa harta
Pasukan Bomba Sukarela itu, boleh dibawa guaman bagi yuran atau wang itu atau bagi kerosakan yang timbul daripada perbuatan memiliki secara salah, menahan, merosakkan atau memusnahkan harta itu.
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), jika anggota yang disebut dalam subseksyen (2) berjaya dalam guaman itu dan diawardkan kos, anggota itu boleh memilih untuk menuntut kos itu daripada orang yang atas namanya guaman itu telah dibawa atau daripada Pasukan Bomba Sukarela itu dan, jika daripada
Pasukan Bomba Sukarela itu, boleh mendapat pelaksanaan terhadap harta Pasukan Bomba Sukarela itu.
8
Undang-Undang Malaysia
Akta A1764
Sumber kewangan Pasukan Bomba Sukarela 4bd. (1) Sesuatu Pasukan Bomba Sukarela boleh menjalankan apa-apa aktiviti untuk mendapatkan sumber kewangan bagi
Pasukan Bomba Sukarela itu dengan syarat aktiviti itu hendaklah selaras dengan perintah tetap yang dikeluarkan di bawah seksyen 7b.
(2)
Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, memberikan bantuan kewangan kepada mana-mana Pasukan Bomba Sukarela.
Pengemukaan maklumat kepada Pendaftar oleh Pasukan
Bomba Sukarela 4be.
Tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar dalam masa enam puluh hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunannya atau sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, dalam tempoh enam puluh hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar—
(a)
suatu salinan yang benar dan lengkap apa-apa pindaan kepada perlembagaan Pasukan Bomba Sukarela itu yang dibuat sejak tarikh pendaftaran atau tarikh penyata terakhir;
(b)
suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan dan bilangan anggota Pasukan Bomba
Sukarela itu pada tarikh penyata itu;
(c)
butir-butir alamat atau tempat urusan Pasukan Bomba
Sukarela itu;
(d)
akaun bagi tahun kewangan terakhir bagi
Pasukan Bomba Sukarela itu bersama dengan kunci kira-kira yang menunjukkan kedudukan kewangan pada penutup tahun kewangan terakhir Pasukan
Bomba Sukarela itu;
Perkhidmatan Bomba (Pindaan)
(e)
butir-butir nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan atau mana-mana kumpulan orang lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, di luar Malaysia yang dengannya Pasukan Bomba
Sukarela itu mengikut apa-apa cara bekerjasama;
(f)
perihalan apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau keuntungan kewangan yang diterima oleh
Pasukan Bomba Sukarela itu daripada mana-mana sumber di luar Malaysia atau di dalam Malaysia dan butir-butir lain yang berkaitan; dan
(g)
apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar.
Pertikaian 4bf. (1) Tiap-tiap Pasukan Bomba Sukarela hendaklah menyelesaikan apa-apa pertikaian yang berbangkit dalam kalangan anggotanya mengikut tatacara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Jika sesuatu pertikaian tidak boleh diselesaikan mengikut tatacara yang ditentukan di bawah subseksyen (1), mana-mana anggota yang terkilan atau Pasukan Bomba Sukarela itu sendiri boleh merujuk pertikaian itu kepada Pendaftar untuk keputusannya.
(3)
Mana-mana pihak kepada pertikaian yang terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah subseksyen (2)
boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad.
Pembatalan pendaftaran Pasukan Bomba Sukarela 4bg. (1) Tertakluk pada subseksyen (2), Pendaftar boleh membatalkan pendaftaran sesuatu Pasukan Bomba Sukarela yang—
(a)
telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau perintah tetap yang dikeluarkan di bawah seksyen 7b;
10
Undang-Undang Malaysia
Akta A1764
(b)
telah memungkiri mana-mana syarat pendaftaran sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; atau
(c)
telah disabitkan atas kesalahan di bawah Akta ini.
(2)
Sebelum pendaftaran sesuatu Pasukan Bomba Sukarela dibatalkan di bawah subseksyen (1), Pendaftar hendaklah, melalui notis secara bertulis, memberikan peluang kepada
Pasukan Bomba Sukarela itu untuk menunjuk sebab terhadap pembatalan itu, dan sementara menunggu keputusan mengenai pembatalan itu, pendaftaran Pasukan Bomba Sukarela itu hendaklah digantung dari tarikh penerimaan notis itu.
(3)
Sesuatu Pasukan Bomba Sukarela yang pendaftarannya telah dibatalkan hendaklah disifatkan telah dibubarkan dan
Pasukan Bomba Sukarela itu tidak berhak kepada apa-apa pampasan bagi apa-apa kerugian yang disebabkan oleh pembatalan itu.
(4)
Mana-mana Pasukan Bomba Sukarela yang terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1)
boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad.
Akibat pembatalan pendaftaran Pasukan Bomba Sukarela 4bh. (1) Apabila pendaftaran mana-mana Pasukan Bomba
Sukarela dibatalkan oleh Pendaftar, akibat yang berikut hendaklah berlaku:
(a)
harta Pasukan Bomba Sukarela itu hendaklah dengan serta-merta terletak hak pada Ketua Pengarah
Insolvensi;
(b)
Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah meneruskan penggulungan hal ehwal Pasukan Bomba Sukarela itu, dan setelah menyelesaikan dan mengadakan peruntukan bagi segala hutang dan liabiliti
Pasukan Bomba Sukarela itu hendaklah membayar aset lebihan Pasukan Bomba Sukarela itu, jika ada, kepada anggota Pasukan Bomba Sukarela itu mengikut perlembagaan Pasukan Bomba Sukarela itu; dan
Perkhidmatan Bomba (Pindaan)
(c)
bagi maksud penggulungan hal ehwal Pasukan Bomba
Sukarela itu, Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah mempunyai segala kuasa yang terletak hak pada
Ketua Pengarah Insolvensi melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebankrapan bagi maksud penemuan dan penyelesaian harta seseorang penghutang, dan juga apa-apa kuasa yang melalui mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat yang terletak hak pada pelikuidasi rasmi dan segala peruntukan undang-undang tersebut yang berhubungan dengan kebankrapan dan penggulungan syarikat, setakat yang peruntukan itu berhubung dengan penemuan dan penyelesaian harta seseorang penghutang dan penggulungan sesuatu syarikat, hendaklah terpakai, mutatis mutandis, bagi penggulungan hal ehwal
Pasukan Bomba Sukarela itu di bawah Akta ini.
(2)
Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Ketua Pengarah
Insolvensi boleh mengarahkan mana-mana pihak untuk menguruskan harta Pasukan Bomba Sukarela sehingga proses penggulungan selesai.”.
Seksyen baharu 4da, 4db dan 4dc