Malaysia legislation

Section 2

of AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025

Seksyen 2

Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 104 seksyen yang berikut:

“Perintah khidmat masyarakat 104a.  (1)  Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan bagi pelanggaran mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah subperenggan 73(1)(a)(ii), mahkamah yang di hadapannya orang itu disabitkan boleh, sebagai tambahan kepada denda yang ia boleh kenakan di bawah undang-undang kecil itu, membuat suatu perintah khidmat masyarakat yang menghendaki orang yang disabitkan itu untuk melaksanakan khidmat masyarakat tidak melebihi dua belas jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dan selama bilangan jam tertentu setiap hari tidak melebihi empat sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Sebelum membuat suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1), mahkamah hendaklah—

(a)

menimbangkan keadaan fizikal dan mental orang yang disabitkan itu, jika wajar baginya untuk melaksanakan khidmat masyarakat; dan

(b)

menerangkan kepada orang yang disabitkan itu dalam bahasa biasa—

(i)

kesan perintah khidmat masyarakat itu; dan

(ii)

akibat tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat itu.

(3)

Mana-mana pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis hendaklah, selepas suatu perintah khidmat masyarakat dibuat di bawah subseksyen (1), menentukan masa dan tempat bagi pelaksanaan khidmat masyarakat itu dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan oleh orang yang disabitkan itu, dan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memaklumkan orang yang disabitkan yang diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat itu mengenai masa dan tempat itu, dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan.

(4)

Dalam tempoh perintah khidmat masyarakat itu, pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan itu hendaklah diawasi oleh pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis.

(5)

Pengawasan oleh pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis itu terhadap pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan di bawah subseksyen (4) hendaklah mengikut cara sebagaimana yang boleh ditetapkan dalam apa-apa undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini.

(6)

Pihak berkuasa tempatan boleh membuat undang-undang kecil—

(a)

untuk menetapkan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan di bawah suatu perintah khidmat masyarakat;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1772

(b)

untuk menetapkan cara pengawasan pelaksanaan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat.

(7)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(8)

Jika suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1) dibuat terhadap seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah atas suatu kesalahan bagi pelanggaran mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah subperenggan 73(1)(a)(ii), peruntukan yang berhubungan dengan perintah khidmat masyarakat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001

[Akta 611] hendaklah terpakai.

(9)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun;

(b)

“khidmat masyarakat” ertinya suatu kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan yang tidak dibayar yang dilaksanakan atau dijalankan bagi maksud mengekalkan atau menambah baik kebersihan suatu tempat awam.”.

Seksyen baharu 121a

Section 2 — AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025 | mylaw.my