/akn/my/act/amendment_act/2025/A1772

AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Amendment Act
Status
In force
Enacted
2025
Sections
3
Languages
MS · EN

Quick answer

About this amendment act

AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1772 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976. [ ]

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Bahawasanya adalah suai manfaat semata-mata bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar untuk membuat suatu undang-undang berkenaan dengan kerajaan tempatan: Maka, oleh yang demikian, menurut Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini hendaklah terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Suggest a correction

(3)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri berhubung dengan sesuatu Negeri, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri itu, melalui pemberitahuan dalam

Warta dan Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak Berkuasa

Undang-Undang Malaysia

Akta A1772

Akta Kerajaan Tempatan (Pindaan) 2025

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1772

Negeri, menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan atau bahagian-bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan yang berlainan.

Suggest a correction

(4)

Akta ini mula berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah

Persekutuan Labuan pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui pemberitahuan dalam Warta.

Suggest a correction

(5)

Walau apa pun subseksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta—

(a)

mengecualikan mana-mana bahagian mana-mana kawasan pihak berkuasa tempatan daripada peruntukan Akta ini;

dan

Suggest a correction

(b)

meluaskan peruntukan Akta ini supaya terpakai bagi keseluruhan atau mana-mana kawasan atau bahagian mana-mana kawasan dalam Negeri itu yang bukan di bawah mana-mana pihak berkuasa tempatan.

Seksyen baharu 104a

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 2

Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], yang disebut

Open as pageSuggest a correction

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 104 seksyen yang berikut:

“Perintah khidmat masyarakat 104a.  (1)  Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan bagi pelanggaran mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah subperenggan 73(1)(a)(ii), mahkamah yang di hadapannya orang itu disabitkan boleh, sebagai tambahan kepada denda yang ia boleh kenakan di bawah undang-undang kecil itu, membuat suatu perintah khidmat masyarakat yang menghendaki orang yang disabitkan itu untuk melaksanakan khidmat masyarakat tidak melebihi dua belas jam secara agregat dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dan selama bilangan jam tertentu setiap hari tidak melebihi empat sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(2)

Sebelum membuat suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1), mahkamah hendaklah—

(a)

menimbangkan keadaan fizikal dan mental orang yang disabitkan itu, jika wajar baginya untuk melaksanakan khidmat masyarakat; dan

Suggest a correction

(b)

menerangkan kepada orang yang disabitkan itu dalam bahasa biasa—

Suggest a correction

(i)

kesan perintah khidmat masyarakat itu; dan

(ii)

akibat tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat itu.

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis hendaklah, selepas suatu perintah khidmat masyarakat dibuat di bawah subseksyen (1), menentukan masa dan tempat bagi pelaksanaan khidmat masyarakat itu dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan oleh orang yang disabitkan itu, dan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memaklumkan orang yang disabitkan yang diperintahkan untuk melaksanakan khidmat masyarakat itu mengenai masa dan tempat itu, dan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan.

Suggest a correction

(4)

Dalam tempoh perintah khidmat masyarakat itu, pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan itu hendaklah diawasi oleh pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis.

Suggest a correction

(5)

Pengawasan oleh pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis itu terhadap pelaksanaan khidmat masyarakat oleh orang yang disabitkan di bawah subseksyen (4) hendaklah mengikut cara sebagaimana yang boleh ditetapkan dalam apa-apa undang-undang kecil yang dibuat di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(6)

Pihak berkuasa tempatan boleh membuat undang-undang kecil—

(a)

untuk menetapkan jenis khidmat masyarakat yang hendaklah dilaksanakan di bawah suatu perintah khidmat masyarakat;

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1772

Suggest a correction

(b)

untuk menetapkan cara pengawasan pelaksanaan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat.

Suggest a correction
Suggest a correction

(7)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Suggest a correction

(8)

Jika suatu perintah khidmat masyarakat di bawah subseksyen (1) dibuat terhadap seseorang kanak-kanak yang didapati bersalah atas suatu kesalahan bagi pelanggaran mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah subperenggan 73(1)(a)(ii), peruntukan yang berhubungan dengan perintah khidmat masyarakat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001

[Akta 611] hendaklah terpakai.

Suggest a correction

(9)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

“kanak-kanak” ertinya seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun;

Suggest a correction

(b)

“khidmat masyarakat” ertinya suatu kerja, perkhidmatan atau pelaksanaan arahan yang tidak dibayar yang dilaksanakan atau dijalankan bagi maksud mengekalkan atau menambah baik kebersihan suatu tempat awam.”.

Seksyen baharu 121a

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 3

Kerajaan Tempatan (Pindaan)

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Kuasa pengawasan khidmat masyarakat 121a.

Seseorang pegawai pihak berkuasa tempatan yang diberi kuasa secara bertulis hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawasi pelaksanaan apa-apa khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen 104a(1).”.

Common questions

What is AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025?
AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1772 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025 still in force?
Yes — AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025 is currently in force.
When did AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025 take effect?
AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025 have?
AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025 contains 3 sections.
Where can I read the official version of AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025?
The official text of AKTA KERAJAAN TEMPATAN (PINDAAN) 2025 is published at lom.agc.gov.my.