Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Pindaan seksyen 37
Seksyen 37 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (15) subseksyen yang berikut:
“(15a) Mana-mana orang yang, berlanggaran dengan seksyen 22d, mengimport atau mengeksport elektrik tanpa lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun atau kedua-duanya.
(15b)
Mana-mana pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, yang tanpa sebab yang sah, tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan ke atas lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik di bawah seksyen 22d, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.
Pindaan seksyen 44b