/akn/my/act/amendment_act/2025/A1775

AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Amendment Act
Status
In force
Enacted
2025
Sections
16
Languages
MS · EN

Quick answer

About this amendment act

AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1775 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Bekalan Elektrik 1990. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

Pindaan tajuk panjang

Suggest a correction

Seksyen 2

Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], yang disebut “Akta ibu”

Open as pageSuggest a correction

dalam Akta ini, dipinda dalam tajuk panjang dengan memasukkan selepas perkataan “harga yang munasabah,” perkataan “pelesenan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik, pengawalan semua perkara yang berhubungan dengan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik,”.

Undang-Undang Malaysia

Akta A1775

Akta Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1775

Seksyen 3

Pindaan seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan memasukkan sebelum takrif “bahaya” takrif yang berikut:

‘ “atribut hijau” ertinya set lengkap dengan ciri-ciri alam sekitar, sumber kuasa dan pelepasan, sama ada dalam bentuk kredit, faedah, penurunan pelepasan, ofset, elaun atau melalui apa-apa penentuan lain, yang boleh dikaitkan dengan tenaga dapat dibaharui dari mana-mana pepasangan;’;

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas takrif “lesen” takrif yang berikut:

‘ “lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 22d;’;

Suggest a correction

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen”

takrif yang berikut:

‘ “pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik” ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 22d;’;

Suggest a correction

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “penebat” takrif yang berikut:

‘ “pengeksportan elektrik” ertinya pembekalan dan penjualan elektrik melalui mana-mana pepasangan di Malaysia kepada mana-mana orang atau tempat di luar Malaysia;’;

Suggest a correction

(e)

dengan memasukkan selepas takrif baharu “pengeksportan elektrik” takrif yang berikut:

‘ “Pengendali Pasaran” ertinya mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang diberi kuasa di bawah seksyen 22c bertanggungjawab bagi pengurusan pengadaan dan transaksi elektrik dan perkhidmatan yang berkaitan, termasuklah perancangan, penjadualan, pengadaan dan penyelesaian, dan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan;’;

Bekalan Elektrik (Pindaan)

Suggest a correction

(f)

dengan memasukkan selepas takrif “pengguna” takrif yang berikut:

‘ “pengimportan elektrik” ertinya pembekalan dan pembelian elektrik ke dalam mana-mana pepasangan di Malaysia daripada mana-mana orang atau tempat di luar Malaysia;’; dan

Suggest a correction

(g)

dengan memasukkan selepas takrif “tanah rizab” takrif yang berikut:

‘ “tenaga dapat dibaharui” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Suruhanjaya

Tenaga 2001 [Akta 610];’.

Pindaan seksyen 4

Suggest a correction

Seksyen 4

Seksyen 4 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (lc);

dan

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (lc) perenggan yang berikut:

“(ld) untuk mengeluarkan lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik di bawah seksyen 22d Akta ini;

(le) untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik; dan”.

Pindaan seksyen 9e

Suggest a correction

Seksyen 5

Seksyen 9e Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen”

perkataan “, pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, Pengendali Pasaran”; dan

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “perolehan”

perkataan “atau pengadaan elektrik atau apa-apa urus niaga”.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1775

Seksyen baharu 22c

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22b seksyen yang berikut:

“Pengendali Pasaran 22c.  (1)  Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, memberi kuasa atau membatalkan pemberian kuasa mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian untuk menjadi Pengendali

Pasaran melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(2)

Pengendali Pasaran hendaklah mematuhi apa-apa peraturan, kod, garis panduan atau arahan berkaitan dengan fungsinya sebagaimana yang dibuat atau dikeluarkan oleh Menteri atau

Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah

Akta ini.

Suggest a correction

(3)

Pengendali Pasaran, semasa menunaikan fungsinya di bawah Akta ini, hendaklah memastikan kelakuan tidak berdiskriminasi dan pengendalian optimum sistem kuasa itu setakat yang ia tidak menjejaskan kebolehpercayaan, keterjaminan dan keselamatan sistem kuasa itu.”.

Bahagian baharu IVa

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen baharu 22c bahagian yang berikut:

“Bahagian IVa

PENGIMPORTAN ELEKTRIK DAN PENGEKSPORTAN

ELEKTRIK

Lesen dikehendaki bagi pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik 22d.  (1)  Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang diberikan di bawah Akta ini, tiada seorang pun boleh—

(a)

mengimport apa-apa elektrik dari mana-mana orang atau tempat di luar Malaysia; atau

Bekalan Elektrik (Pindaan)

Suggest a correction

(b)

mengeksport apa-apa elektrik kepada mana-mana orang atau tempat di luar Malaysia, sama ada dijana dalam, atau diimport dari luar, Malaysia, kecuali di bawah dan mengikut terma dan syarat lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik sebagaimana yang ditetapkan yang membenarkan pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Suggest a correction

(2)

Lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik boleh diberikan oleh Suruhanjaya dengan kelulusan Menteri apabila dibayar apa-apa fi dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai manfaat mengambil kira tugas yang dikenakan oleh seksyen 4.

Suggest a correction

(3)

Suruhanjaya boleh, sama ada notis telah diserahkan atau tidak, mengenakan suatu surcaj bagi pembayaran lewat fi yang kena dibayar oleh seseorang pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik kepada Suruhanjaya, pada kadar satu peratus sebulan atau sebahagian daripada satu bulan atas fi sedemikian atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya boleh memberikan suatu lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik apabila fi dibayar dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai manfaat mengambil kira tugas yang dikenakan oleh seksyen 4 berkenaan dengan apa-apa pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(5)

Tiada lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik boleh dipindah milik melainkan jika keizinan bertulis

Menteri telah diberikan.

Suggest a correction

(6)

Tempoh lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik adalah selama apa-apa tempoh yang diluluskan oleh

Suruhanjaya dengan syarat bahawa tanpa kelulusan nyata daripada Menteri, tiada lesen boleh mempunyai tempoh melebihi dua puluh satu tahun.

Suggest a correction

(7)

Tempoh lamanya lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik hendaklah dinyatakan di dalamnya.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1775

Suggest a correction

(8)

Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, pada bila-bila masa—

(a)

mengenakan apa-apa terma atau syarat tambahan ke atas lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik; atau

Suggest a correction

(b)

meminda apa-apa terma atau syarat yang dikenakan ke atas lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik itu, mengikut tatacara sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(9)

Semua peruntukan Akta yang terpakai bagi seseorang pemegang lesen di bawah seksyen 9 hendaklah juga terpakai bagi seseorang pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik di bawah seksyen ini.”.

Pindaan seksyen 26

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 26 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” di mana-mana jua terdapat perkataan

“atau Pengendali Pasaran”.

Bahagian baharu VIa

Seksyen 9

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

bahagian yang berikut:

“Bahagian VIa

ATRIBUT HIJAU

Atribut hijau 32a.  Menteri boleh, dengan syor Suruhanjaya, menentukan standard, spesifikasi, amalan dan langkah yang hendak diterima pakai dan apa-apa perkara lain berhubung dengan atribut hijau.”.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

9

Seksyen 10

Pindaan seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 37 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (15) subseksyen yang berikut:

“(15a)  Mana-mana orang yang, berlanggaran dengan seksyen 22d, mengimport atau mengeksport elektrik tanpa lesen melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun atau kedua-duanya.

(15b)

Mana-mana pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, yang tanpa sebab yang sah, tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan ke atas lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik di bawah seksyen 22d, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 44b

Suggest a correction

Seksyen 11

Seksyen 44b Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“pemegang lesen” perkataan “, dsb.”; dan

Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “Seseorang pemegang lesen” perkataan

“, pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, Pengendali Pasaran atau Pembeli Tunggal”.

Pindaan seksyen 44c

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Perenggan 44c(2)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pemegang lesen” perkataan “, pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, Pengendali

Pasaran atau Pembeli Tunggal”.

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1775

Seksyen 13

Pindaan seksyen 50c

Open as pageSuggest a correction

Seksyen 50c Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan apa-apa garis panduan secara bertulis mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik.

(1b)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan apa-apa garis panduan secara bertulis mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan atribut hijau termasuk—

(c)

pensijilan atribut hijau daripada elektrik yang dijana atau dibekalkan daripada mana-mana sumber tenaga dapat dibaharui.”.

Pindaan seksyen 50e

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 14

Seksyen 50e Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana garis panduan Suruhanjaya yang berhubungan dengan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik yang dikeluarkan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

11

Pindaan seksyen 53

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Perenggan 53(1)(xh) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Pengendali Sistem” perkataan “, Pengendali

Pasaran”.

Seksyen 16

Peralihan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang, sama ada bersendirian atau bersesama atau bersama dengan orang lain, menjalankan aktiviti pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah memohon lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik di bawah Akta ibu dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

Common questions

What is AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025?
AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1775 2025, currently marked in force and first recorded in 2025.
Is AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025 still in force?
Yes — AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025 is currently in force.
When did AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025 take effect?
AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025 was first recorded in 2025.
How many sections does AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025 have?
AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025 contains 16 sections.
Where can I read the official version of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025?
The official text of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025 (A1775) | mylaw.my