Malaysia legislation

Section 13

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025

Seksyen 13

Pindaan seksyen 50c

Seksyen 50c Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan apa-apa garis panduan secara bertulis mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik.

(1b)

Suruhanjaya boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan apa-apa garis panduan secara bertulis mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan atribut hijau termasuk—

(a)

penentuan pemunyaan atribut hijau;

(b)

pengesahan amaun atribut hijau; dan

(c)

pensijilan atribut hijau daripada elektrik yang dijana atau dibekalkan daripada mana-mana sumber tenaga dapat dibaharui.”.

Pindaan seksyen 50e