Malaysia legislation

Section 14

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025

Seksyen 14

Seksyen 50e Akta ibu dipinda—

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1); dan

(b)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang tidak mematuhi mana-mana garis panduan Suruhanjaya yang berhubungan dengan pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik yang dikeluarkan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

Bekalan Elektrik (Pindaan)

11

Pindaan seksyen 53