Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pindaan seksyen 2
(a)
dengan memasukkan sebelum takrif “bahaya” takrif yang berikut:
‘ “atribut hijau” ertinya set lengkap dengan ciri-ciri alam sekitar, sumber kuasa dan pelepasan, sama ada dalam bentuk kredit, faedah, penurunan pelepasan, ofset, elaun atau melalui apa-apa penentuan lain, yang boleh dikaitkan dengan tenaga dapat dibaharui dari mana-mana pepasangan;’;
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “lesen” takrif yang berikut:
‘ “lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik” ertinya suatu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 22d;’;
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen”
takrif yang berikut:
‘ “pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik” ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 22d;’;
(d)
dengan memasukkan selepas takrif “penebat” takrif yang berikut:
‘ “pengeksportan elektrik” ertinya pembekalan dan penjualan elektrik melalui mana-mana pepasangan di Malaysia kepada mana-mana orang atau tempat di luar Malaysia;’;
(e)
dengan memasukkan selepas takrif baharu “pengeksportan elektrik” takrif yang berikut:
‘ “Pengendali Pasaran” ertinya mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian yang diberi kuasa di bawah seksyen 22c bertanggungjawab bagi pengurusan pengadaan dan transaksi elektrik dan perkhidmatan yang berkaitan, termasuklah perancangan, penjadualan, pengadaan dan penyelesaian, dan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditetapkan;’;
Bekalan Elektrik (Pindaan)
(f)
dengan memasukkan selepas takrif “pengguna” takrif yang berikut:
‘ “pengimportan elektrik” ertinya pembekalan dan pembelian elektrik ke dalam mana-mana pepasangan di Malaysia daripada mana-mana orang atau tempat di luar Malaysia;’; dan
(g)
dengan memasukkan selepas takrif “tanah rizab” takrif yang berikut:
‘ “tenaga dapat dibaharui” mempunyai erti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Suruhanjaya
Tenaga 2001 [Akta 610];’.
Pindaan seksyen 4