Malaysia legislation

Section 6

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025

Seksyen 6

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 22b seksyen yang berikut:

“Pengendali Pasaran 22c.  (1)  Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, memberi kuasa atau membatalkan pemberian kuasa mana-mana orang atau sesuatu unit, jabatan atau bahagian untuk menjadi Pengendali

Pasaran melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

(2)

Pengendali Pasaran hendaklah mematuhi apa-apa peraturan, kod, garis panduan atau arahan berkaitan dengan fungsinya sebagaimana yang dibuat atau dikeluarkan oleh Menteri atau

Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah

Akta ini.

(3)

Pengendali Pasaran, semasa menunaikan fungsinya di bawah Akta ini, hendaklah memastikan kelakuan tidak berdiskriminasi dan pengendalian optimum sistem kuasa itu setakat yang ia tidak menjejaskan kebolehpercayaan, keterjaminan dan keselamatan sistem kuasa itu.”.

Bahagian baharu IVa