Malaysia legislation

Section 7

of AKTA BEKALAN ELEKTRIK (PINDAAN) 2025

Seksyen 7

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen baharu 22c bahagian yang berikut:

“Bahagian IVa

PENGIMPORTAN ELEKTRIK DAN PENGEKSPORTAN

ELEKTRIK

Lesen dikehendaki bagi pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik 22d.  (1)  Tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang diberikan di bawah Akta ini, tiada seorang pun boleh—

(a)

mengimport apa-apa elektrik dari mana-mana orang atau tempat di luar Malaysia; atau

Bekalan Elektrik (Pindaan)

(b)

mengeksport apa-apa elektrik kepada mana-mana orang atau tempat di luar Malaysia, sama ada dijana dalam, atau diimport dari luar, Malaysia, kecuali di bawah dan mengikut terma dan syarat lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik sebagaimana yang ditetapkan yang membenarkan pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(2)

Lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik boleh diberikan oleh Suruhanjaya dengan kelulusan Menteri apabila dibayar apa-apa fi dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai manfaat mengambil kira tugas yang dikenakan oleh seksyen 4.

(3)

Suruhanjaya boleh, sama ada notis telah diserahkan atau tidak, mengenakan suatu surcaj bagi pembayaran lewat fi yang kena dibayar oleh seseorang pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik kepada Suruhanjaya, pada kadar satu peratus sebulan atau sebahagian daripada satu bulan atas fi sedemikian atau pada apa-apa kadar lain sebagaimana yang ditetapkan.

(4)

Walau apa pun subseksyen (2), Suruhanjaya boleh memberikan suatu lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik apabila fi dibayar dan atas apa-apa syarat sebagaimana yang ternyata dikehendaki atau suai manfaat mengambil kira tugas yang dikenakan oleh seksyen 4 berkenaan dengan apa-apa pengimportan elektrik dan pengeksportan elektrik sebagaimana yang ditetapkan.

(5)

Tiada lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik boleh dipindah milik melainkan jika keizinan bertulis

Menteri telah diberikan.

(6)

Tempoh lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik adalah selama apa-apa tempoh yang diluluskan oleh

Suruhanjaya dengan syarat bahawa tanpa kelulusan nyata daripada Menteri, tiada lesen boleh mempunyai tempoh melebihi dua puluh satu tahun.

(7)

Tempoh lamanya lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik hendaklah dinyatakan di dalamnya.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1775

(8)

Suruhanjaya boleh, dengan kelulusan Menteri, pada bila-bila masa—

(a)

mengenakan apa-apa terma atau syarat tambahan ke atas lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik; atau

(b)

meminda apa-apa terma atau syarat yang dikenakan ke atas lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik itu, mengikut tatacara sebagaimana yang ditetapkan.

(9)

Semua peruntukan Akta yang terpakai bagi seseorang pemegang lesen di bawah seksyen 9 hendaklah juga terpakai bagi seseorang pemegang lesen pengimportan elektrik atau pengeksportan elektrik di bawah seksyen ini.”.

Pindaan seksyen 26