Malaysia legislation

Section 13

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026

Seksyen 13

Seksyen baharu 25a

seksyen yang berikut:

“Pewakilan kuasa dan kewajipan Ketua Eksekutif 25a.  (1)  Ketua Eksekutif boleh mewakilkan secara bertulis mana-mana kuasa atau kewajipannya di bawah Akta, kecuali kuasa pewakilan, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, kepada mana-mana pegawai Perbadanan.

(2)

Mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan atau dijalankan oleh pegawai Perbadanan atas nama dan bagi pihak Ketua

Eksekutif.

(3)

Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Ketua Eksekutif itu sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakilkan itu.”.

Pindaan seksyen 33