/akn/my/act/amendment_act/2026/A1785

AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Amendment Act
Status
In force
Enacted
2026
Sections
48
Languages
MS · EN

Quick answer

About this amendment act

AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1785 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

Open as pageSuggest a correction

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan Akta ini.

Pindaan seksyen 2

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dengan memotong takrif “inspektor”;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1785

AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

(PINDAAN) 2026

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1785

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan sebelum takrif “jawatankuasa” takrif yang berikut:

‘ “bantuan kewangan latihan kemahiran” ertinya apa-apa wang atau pemberian atau apa-apa bentuk bantuan kewangan lain yang diluluskan dan dibayar oleh Perbadanan kepada pelatih di bawah Akta ini bagi maksud latihan kemahiran atau latihan lain selain pinjaman latihan kemahiran;’;

Suggest a correction

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Eksekutif”

takrif yang berikut:

‘ “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”

ertinya Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Kemahiran

Kebangsaan 2006 [Akta 652];’;

Suggest a correction

(d)

dengan memotong takrif “Majlis Latihan Vokasional

Kebangsaan”;

Suggest a correction

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:

‘ “pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai Perbadanan yang diberi kuasa di bawah seksyen 71b;’:

Suggest a correction

(f)

dalam takrif “pelatih”, dengan memasukkan selepas perkataan “latihan kemahiran” perkataan “atau latihan lain”;

Suggest a correction

(g)

dengan memasukkan selepas takrif “pelatih” takrif yang berikut:

‘ “penerima bantuan kewangan” ertinya seseorang pelatih yang kepadanya telah diluluskan, dan yang menerima, suatu bantuan kewangan latihan kemahiran di bawah Akta ini;’;

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

Suggest a correction

(h)

dengan menggantikan takrif “penyedia latihan kemahiran”

dengan takrif yang berikut:

‘ “penyedia latihan kemahiran” ertinya suatu pertubuhan, badan atau organisasi, sama ada yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, yang menyediakan latihan kemahiran atau latihan lain sama ada secara persendirian atau dengan pembiayaan

Kerajaan;’;

Suggest a correction

(i)

dalam takrif “pinjaman latihan kemahiran”, dengan memasukkan selepas perkataan “suatu pinjaman”

perkataan “, dalam apa-apa jua bentuk atau dengan apa-apa jua namanya dipanggil,”; dan

Suggest a correction

(j)

dengan menggantikan takrif “program latihan yang diluluskan” dengan takrif yang berikut:

‘ “program latihan kemahiran yang diluluskan” ertinya suatu program latihan kemahiran atau program latihan lain yang dijalankan di Malaysia dan diluluskan oleh

Perbadanan di bawah seksyen 44;’.

Pindaan seksyen 3

Suggest a correction

Seksyen 3

Subseksyen 3(2) Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam perenggan (e), dengan memasukkan selepas perkataan

“pembayaran balik” perkataan “atau pemulangan balik”;

dan

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas perenggan (e) perenggan yang berikut:

“(ea) apa-apa wang yang dibayar kepada Perbadanan berkenaan dengan pemulangan balik apa-apa bantuan kewangan latihan kemahiran, yang diberikan daripada Kumpulan Wang;”.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1785

Pindaan seksyen 4

Suggest a correction

Seksyen 4

Perenggan 4(b) Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menggantikan perkataan “bantuan kewangan”

dengan perkataan “bantuan kewangan latihan kemahiran”;

dan

Suggest a correction

(b)

dengan memotong perkataan “selain dengan cara pinjaman latihan kemahiran”.

Pindaan seksyen 5

Suggest a correction

Seksyen 5

Subseksyen 5(4) Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran,”; dan

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan perkataan “bon dan sekuriti kerajaan”

dengan perkataan “bon dan sekuriti Kerajaan”.

Pindaan seksyen 8

Suggest a correction

Seksyen 6

Seksyen 8 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a)  mengenal pasti dan meluluskan program latihan kemahiran atau program latihan lain yang layak bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran;”; dan

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b)  mengadakan dan memberikan pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran kepada pelatih, dan memberikan perkhidmatan dalam mentadbir, mengawas dan memungut pembayaran balik dan pemulangan balik pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran;”.

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

7

Pindaan seksyen 9

Suggest a correction

Seksyen 7

Perenggan 9(2)(c) Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan perkataan “program latihan yang diluluskan” dengan perkataan “program latihan kemahiran yang diluluskan”.

Pindaan seksyen 10

Suggest a correction

Seksyen 8

Perenggan 10(2)(a) Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menggantikan subperenggan (ii) dengan subperenggan yang berikut:

“(ii)  mana-mana bank berlesen atau bank pelaburan berlesen di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 [Akta 758];”;

Suggest a correction

(b)

dengan memotong perkataan “atau” di hujung subperenggan (ii); dan

Suggest a correction

(c)

dengan memasukkan selepas subperenggan (ii)

subperenggan yang berikut:

“(iia) mana-mana bank Islam berlesen di bawah

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

[Akta 759];

(iib) mana-mana institusi yang ditetapkan di bawah

Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002

[Akta 618]; atau”.

Pindaan seksyen 11

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Perenggan 11(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Akta Syarikat 1965 [Akta 125]” dengan perkataan

“Akta Syarikat 2016 [Akta 777]”.

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1785

Seksyen 10

Pindaan seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“Peruntukan pinjaman latihan kemahiran” perkataan

“dan bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan

Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “bagi maksud pinjaman latihan kemahiran”

perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”.

Pindaan seksyen 16

Suggest a correction

Seksyen 11

Seksyen 16 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“Lembaga Perbadanan” dengan perkataan “Lembaga

Pengarah”; dan

Suggest a correction

(i)

dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “Ketua Pengarah Majlis Latihan

Vokasional Kebangsaan” dengan perkataan

“Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”; dan

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (e)

perenggan yang berikut:

“(ea) seorang wakil daripada Kementerian

Sumber Manusia;

(eb) seorang wakil daripada Kementerian

Ekonomi;”.

Pindaan seksyen 24

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Perenggan 24(4)(b) Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “Perbadanan”.

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

9

Seksyen 13

Seksyen baharu 25a

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Pewakilan kuasa dan kewajipan Ketua Eksekutif 25a.  (1)  Ketua Eksekutif boleh mewakilkan secara bertulis mana-mana kuasa atau kewajipannya di bawah Akta, kecuali kuasa pewakilan, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkannya patut, kepada mana-mana pegawai Perbadanan.

(2)

Mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan atau dijalankan oleh pegawai Perbadanan atas nama dan bagi pihak Ketua

Eksekutif.

Suggest a correction

(3)

Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Ketua Eksekutif itu sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan mana-mana kuasa atau kewajipan yang diwakilkan itu.”.

Pindaan seksyen 33

Suggest a correction

Seksyen 14

Seksyen 33 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Tiada penyedia latihan kemahiran boleh memohon bagi kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran melainkan jika—

Suggest a correction

(b)

ia menjalankan program latihan kemahiran yang diluluskan.”; dan

Undang-Undang Malaysia 10

Akta A1785

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Penyedia latihan kemahiran tidak boleh didaftarkan di bawah Bahagian ini melainkan jika penyedia latihan kemahiran itu menjalankan suatu program latihan kemahiran yang diluluskan.”.

Pindaan seksyen 35

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Perenggan 35(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “program latihan” dengan perkataan “program latihan kemahiran atau program latihan lain”.

Seksyen 16

Pindaan seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Perakuan pendaftaran hendaklah menyatakan premis utama di mana latihan kemahiran atau latihan lain yang disediakan oleh penyedia latihan kemahiran dijalankan.”; dan

Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“menyediakan latihan kemahiran” dengan perkataan

“menyediakan latihan kemahiran atau latihan lain”.

Pindaan seksyen 37

Suggest a correction

Seksyen 17

Subseksyen 37(1) Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(b)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perengan yang berikut:

“(b) penyedia latihan kemahiran tidak lagi menjalankan apa-apa program latihan kemahiran yang diluluskan;”; dan

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

Suggest a correction

(c)

dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan

“seksyen 34” dengan perkataan “seksyen 39”.

Pindaan seksyen 38

Suggest a correction

Seksyen 18

Seksyen 38 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“diberitahu mengenai” perkataan “penggantungan atau”; dan

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan perkataan “fakta pembatalan”

dengan perkataan “fakta penggantungan atau pembatalan”.

Pindaan Bahagian VII

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk Bahagian VII dengan tajuk yang berikut:

“PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN YANG DILULUSKAN”.

Seksyen 20

Penggantian seksyen 44

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 44 dengan seksyen yang berikut:

Quoted provision

Seksyen 44

Suggest a correction

Perbadanan boleh mengenal pasti dan meluluskan mana-mana program latihan kemahiran atau program latihan lain yang ditauliahkan atau diiktiraf di bawah

Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 sebagai suatu program latihan kemahiran yang diluluskan bagi maksud suatu kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran di bawah Akta ini.”

Undang-Undang Malaysia 12

Akta A1785

Pindaan seksyen 45

Seksyen 21

“Program latihan kemahiran yang diluluskan

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“untuk kelulusan program latihan” dengan perkataan

“berhubung dengan program latihan kemahiran yang diluluskan”; dan

Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan

“program latihannya” dengan perkataan “program latihan kemahiran atau program latihan lainnya”.

Pindaan seksyen 46

Suggest a correction

Seksyen 22

Seksyen 46 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“program latihan yang diluluskan” dengan perkataan

“program latihan kemahiran yang diluluskan”;

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, membatalkan kelulusan sesuatu program latihan kemahiran atau program latihan lain di bawah seksyen 44 jika Perbadanan menentukan bahawa program latihan kemahiran atau program latihan lain itu bukan lagi merupakan suatu program yang sesuai bagi maksud kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran.”;

Suggest a correction

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan

“program latihan kemahiran” dengan perkataan

“atau program latihan lain”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “menjalankan program latihan berkenaan” dengan perkataan

“menjalankan program latihan kemahiran atau program latihan lain itu”;

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “program latihan kemahiran” dengan perkataan

“atau program latihan lain”; dan

Suggest a correction

(e)

dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan “program latihan kemahiran” dengan perkataan

“atau program latihan lain, mengikut mana-mana yang berkenaan,”.

Pindaan Bahagian VIII

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dalam tajuk Bahagian VIII dengan memasukkan selepas perkataan “PINJAMAN LATIHAN

KEMAHIRAN” perkataan “DAN BANTUAN KEWANGAN

LATIHAN KEMAHIRAN”.

Seksyen 24

Pindaan seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah seksyen 34 boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran kepada Perbadanan untuk pelatih-pelatih yang menjalani latihan kemahiran atau latihan lain yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran dalam suatu program latihan kemahiran yang diluluskan.”;

Suggest a correction

(c)

dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan

“atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;

Suggest a correction

(d)

dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan

“permohonan pinjaman latihan kemahiran” dengan perkataan “permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan

Undang-Undang Malaysia 14

Akta A1785

Suggest a correction

(e)

dalam subseksyen (8), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan

“atau bantuan kewangan latihan kemahiran”.

Pindaan seksyen 48

Suggest a correction

Seksyen 25

Seksyen 48 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) meluluskan permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran yang dibuat di bawah seksyen 47;”.

Pindaan seksyen 49

Suggest a correction

Seksyen 26

Seksyen 49 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;

Suggest a correction

(c)

dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan

“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;

Suggest a correction

(i)

dengan menggantikan perkataan “program latihan”

dengan perkataan “program latihan kemahiran atau program latihan lain”; dan

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

(ii)

dengan menggantikan perkataan “program latihan yang diluluskan” dengan perkataan “program latihan kemahiran yang diluluskan”;

Suggest a correction
Suggest a correction

(e)

dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:

“(e) bahawa kelulusan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran berkenaan dengan program latihan kemahiran atau program latihan lain itu telah dibatalkan di bawah seksyen 53;”; dan

Suggest a correction

(f)

dalam perenggan (f), dengan menggantikan perkataan

“program latihan” dengan perkataan “program latihan kemahiran atau program latihan lain”.

Pindaan seksyen 50

Suggest a correction

Seksyen 27

Seksyen 50 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menggantikan nota bahu dengan nota bahu yang berikut:

“Pertukaran penyedia latihan kemahiran atau program latihan kemahiran yang diluluskan”;

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Ketua Eksekutif boleh meluluskan mana-mana permohonan bagi pertukaran penyedia latihan kemahiran atau program latihan kemahiran yang diluluskan kepada penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah seksyen 34 atau program latihan kemahiran yang diluluskan yang lain oleh seorang pelatih.”; dan

Suggest a correction

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“penyedia latihan atau program latihan” dengan perkataan

“penyedia latihan kemahiran atau program latihan kemahiran yang diluluskan di bawah subseksyen (1)”.

Undang-Undang Malaysia 16

Akta A1785

Pindaan seksyen 51

Suggest a correction

Seksyen 28

Seksyen 51 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;

Suggest a correction

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “Pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “program latihan yang diluluskan” dengan perkataan “program latihan kemahiran yang diluluskan”; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(a)

menetapkan apa-apa ujian kemampuan sebagaimana yang disifatkan perlu dan suai manfaat oleh

Perbadanan untuk menentukan dan memilih pelatih yang layak bagi pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran; dan

Suggest a correction

(b)

menghendaki melalui suatu notis bertulis, pelatih atau penyedia latihan kemahiran, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menyediakan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditentukan dalam notis itu pada bila-bila masa selepas permohonan untuk pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran diluluskan tetapi sebelum pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran dibayar.”.

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

17

Pindaan seksyen 52

Suggest a correction

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2) Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan boleh—

Suggest a correction

Seksyen 29

Seksyen 52 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”;

Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan

“atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan

Suggest a correction

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“perjanjian latihan kemahiran” dengan perkataan

“perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”.

Pindaan seksyen 53

Suggest a correction

Seksyen 30

Seksyen 53 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;

Suggest a correction

(i)

dengan menggantikan perkataan “Mana-mana pinjaman” dengan perkataan “Mana-mana pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;

(ii)

dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan

“atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan

Suggest a correction

(iii)

dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:

“(e) penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan enggan atau gagal untuk mengikuti program latihan kemahiran atau program latihan lain itu; atau”;

Undang-Undang Malaysia 18

Akta A1785

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“pinjaman” dengan perkataan “pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan

Suggest a correction

(i)

dengan menggantikan perkataan “pembatalan pinjaman” dengan perkataan “pembatalan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “terma perjanjian pinjaman” dengan perkataan “terma perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran itu”.

Pindaan seksyen 54

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 31

Seksyen 54 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”;

Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Perbadanan hendaklah menyebabkan supaya disenggarakan suatu rekod mengenai semua pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran yang dibayar daripada Kumpulan Wang, dan bayaran balik dan pemulangan baliknya.”; dan

Suggest a correction

(i)

dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “penerima pinjaman” perkataan

“dan penerima bantuan kewangan”;

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (b)

perenggan yang berikut:

“(ba) amaun pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran yang perlu dipulangkan dan rekod pemulangan itu;”; dan

Suggest a correction

(iii)

dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

“(c) nama penyedia latihan kemahiran di mana penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan sedang menerima latihan kemahiran atau latihan lainnya, program latihan kemahiran yang diluluskan yang di bawahnya penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan sedang menerima latihan kemahiran atau latihan lainnya, tempoh latihan kemahiran atau latihan lain itu, dan tarikh tamat tentatif bagi latihan kemahiran atau latihan lain itu;

dan”.

Pindaan seksyen 56

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 32

Seksyen 56 Akta ibu dipinda—

Open as pageSuggest a correction

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;

Suggest a correction

(b)

dengan memasukkan selepas perkataan “Mana-mana penerima pinjaman” perkataan “atau penerima bantuan kewangan”;

Suggest a correction

(c)

dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;

Undang-Undang Malaysia 20

Akta A1785

Suggest a correction

(d)

dengan menggantikan perenggan (d) dengan perenggan yang berikut:

“(d) jika latihan kemahiran atau latihan lain tidak ditamatkan oleh penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan mengikut program latihan kemahiran yang diluluskan; atau”; dan

Suggest a correction

(e)

dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:

“(e) jika latihan kemahiran atau latihan lain tidak dihadiri oleh penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan.”.

Seksyen baharu 65a dan 65b

Suggest a correction

Seksyen 33

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 65

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Had masa bagi tindakan berkenaan dengan perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran 65a.  Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, apa-apa tindakan berkenaan dengan perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran tidak boleh dibawa selepas tamat tempoh dua belas tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru.

Kuasa Ketua Eksekutif untuk mengeluarkan perakuan kepada Ketua Pengarah Imigresen 65b.  (1)  Ketua Eksekutif boleh, jika dia berpendapat bahawa mana-mana penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan adalah dijangka atau berkemungkinan meninggalkan

Malaysia tanpa membayar apa-apa wang yang kena dibayar kepada Perbadanan, sama ada dalam bentuk pembayaran balik atau pemulangan balik atau selainnya, mengeluarkan kepada

Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi amaun yang kena dibayar kepada Perbadanan bersama dengan permintaan supaya penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan itu dilarang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga dia membayar semua amaun yang kena dibayar kepada Perbadanan atau mengemukakan jaminan yang memuaskan hati Ketua Eksekutif bagi pembayarannya.

(2)

Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, Ketua Pengarah Imigresen apabila menerima permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah sebagaimana yang perlu untuk melaksanakannya dan langkah yang boleh termasuk penggunaan kekerasan yang munasabah dan penyitaan, pembatalan atau penahanan mana-mana perakuan pengenalan dan apa-apa pasport, atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan itu.

Suggest a correction

(3)

Jika seseorang penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan suatu penyataan bertulis yang ditandatangani pada atau selepas tarikh pengeluaran perakuan itu oleh Ketua Eksekutif yang bermaksud bahawa wang yang kena dibayar kepada Perbadanan yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayarannya, penyataan atau pembayaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi membenarkan penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan itu meninggalkan Malaysia.”.

Pemotongan Bahagian X

Suggest a correction

Seksyen 34

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

Open as pageSuggest a correction

Akta ibu dipinda dengan memotong Bahagian X.

Bahagian baharu Xa dan Xb

Seksyen 35

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 71

Open as pageSuggest a correction

sebagaimana yang dipotong bahagian yang berikut:

Undang-Undang Malaysia 22

Akta A1785

“Bahagian Xa

PEMERIKSAAN PENYEDIA LATIHAN KEMAHIRAN

Kuasa untuk memeriksa penyedia latihan kemahiran 71a.  (1)  Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, dari semasa ke semasa, memeriksa mana-mana penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah Akta ini bagi maksud memastikan bahawa Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini telah dan sedang dipatuhi.

(2)

Bagi maksud pemeriksaan di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa boleh—

(a)

memasuki, pada bila-bila masa, mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara tetap atau selainnya, oleh penyedia latihan kemahiran bagi maksud menyediakan latihan kemahiran atau latihan lain;

Suggest a correction

(b)

memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;

Suggest a correction

(c)

menghendaki mana-mana orang, yang merupakan seorang anggota lembaga pengarah, seorang pekerja, atau seorang pelatih penyedia latihan kemahiran itu, supaya mengemukakan bagi pemeriksaannya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang berada dalam milikan atau jagaan atau di bawah kawalan orang itu atau yang berada dalam kuasanya untuk diberi—

Suggest a correction

(i)

yang berhubungan dengan pengurusan penyedia latihan kemahiran itu; atau

(ii)

yang berhubungan dengan program latihan kemahiran atau program latihan lain yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(d)

membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang diperiksa di bawah perenggan (c).

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

23

Bahagian Xb

PENGUATKUASAAN DAN PENYIASATAN

Pegawai diberi kuasa 71b.  Bagi maksud Akta ini, Perbadanan boleh, secara bertulis, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam atau pegawai

Perbadanan untuk menjalankan kuasa pemeriksaan dan kuasa penguatkuasaan dan penyiasatan di bawah Akta ini.

Kuasa pegawai diberi kuasa 71c.  Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai semua kuasa yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan di bawah Bahagian Xa dan menjalankan penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

Kuasa pemeriksaan 71d.  (1)  Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang yang tahu tentang fakta dan hal keadaan sesuatu kes untuk hadir di hadapannya dan untuk diperiksa secara lisan dan hendaklah mengubah ke dalam bentuk bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Apa-apa pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.

Pengemukaan dokumen, dsb.

Suggest a correction

Quoted provision

Seksyen 71e

Suggest a correction

Semasa menjalankan suatu penyiasatan atau pemeriksaan di bawah Bahagian ini, pegawai diberi kuasa boleh—

(a)

menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain; dan

Undang-Undang Malaysia 24

Akta A1785

Suggest a correction

(b)

memeriksa, membuat salinan, mengambil cabutan daripada, mengalihkan dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain.

Penyitaan dokumen, dsb.

Suggest a correction

Quoted provision

Seksyen 71f

Suggest a correction

Jika seseorang pegawai diberi kuasa kuasa yang menjalankan suatu pemeriksaan atau penyiasatan di bawah

Akta ini mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap Akta ini, dia boleh menyita apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang dikemukakan di bawah seksyen 71e dan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan atau barang lain yang disita itu, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di mahkamah di bawah Akta ini terhadap orang itu atau terhadap mana-mana orang lain.

Permohonan waran geledah 71g.  Jika seseorang pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana premis telah digunakan, sedang digunakan atau hendak digunakan bagi, atau terdapat di dalam mana-mana premis, keterangan yang diperlukan untuk membuktikan perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh memohon bagi suatu waran geledah daripada seorang Majistret dengan cara mengemukakan maklumat bertulis secara bersumpah.

Kuasa Majistret untuk mengeluarkan waran geledah 71h.  Jika Majistret berpuas hati bahawa adanya perlakuan kesalahan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, dia boleh mengeluarkan suatu waran geledah yang membenarkan pegawai diberi kuasa, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—

(a)

untuk memasuki premis itu, dengan kekerasan jika perlu;

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

Suggest a correction

(b)

untuk menggeledah dan menyita, dan mengambil apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, data berkomputer, bahan, atau barang lain—

Suggest a correction

(i)

yang berkenaan dengannya suatu kesalahan telah dilakukan;

(ii)

yang berkenaan dengannya suatu kesalahan disyaki telah dilakukan; atau

Suggest a correction

(iii)

yang semunasabahnya dipercayai dapat dijadikan keterangan tentang perlakuan kesalahan itu;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

memecah buka mana-mana pintu luar atau pintu dalam premis itu atau mana-mana pagar, kepungan, pintu pagar atau halangan lain ke premis itu, supaya boleh memasuki ke dalamnya;

Suggest a correction

(d)

mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang kuasa untuk melakukannya diberikan kepadanya;

atau

Suggest a correction

(e)

menahan tiap-tiap orang yang berada di dalam premis itu sehingga premis itu selesai diperiksa.

Pengemukaan kad kuasa 71i.  (1)  Seseorang pegawai diberi kuasa apabila menjalankan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau daripadanya dia menghendaki apa-apa maklumat itu, kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Perbadanan untuk dibawa oleh pegawai itu.

Suggest a correction

(2)

Kad kuasa yang dinyatakan dalam subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta A1785

Tiada hak terhadap kos prosiding, ganti rugi atau relief lain, dsb.

Suggest a correction

Quoted provision

Seksyen 71j

Suggest a correction

Tiada seorang pun hendaklah, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disita atau ditahan dalam penjalanan atau berupa menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain suatu perintah untuk pemulangan benda yang disita atau ditahan itu, atau bayaran berdasarkan nilainya melainkan penyitaan atau penahanan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau berpatutan.”.

Pindaan seksyen 72

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

Subseksyen 72(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “kemudahan pinjaman” dengan perkataan “kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”.

Seksyen 37

Pindaan seksyen 74

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1);

Suggest a correction

(b)

dalam subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula, dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan

Suggest a correction

(c)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen berikut:

“(2)  Mana-mana orang yang, berkenaan dengannya suatu pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran telah diluluskan tetapi sebelum pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran tersebut dibayar, membuat apa-apa pernyataan yang diketahuinya palsu, atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau dengan sengaja

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

27

menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan dalam apa-apa butir material, dengan niat supaya pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran itu dibayar kepadanya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.”.

Pindaan seksyen 75

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

Perenggan 75(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “menyediakan latihan kemahiran” dengan perkataan

“menyediakan program latihan kemahiran yang diluluskan”.

Seksyen 39

Pindaan seksyen 76

Open as pageSuggest a correction

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan “penyata kewangan,” perkataan “data berkomputer,”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “oleh inspektor di bawah seksyen 68” dengan perkataan “oleh pegawai diberi kuasa di bawah Bahagian Xa atau

Bahagian Xb”; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) yang menggalang atau menghalang seseorang pegawai diberi kuasa daripada melaksanakan fungsi pemeriksaan, penguatkuasaan atau penyiasatan di bawah Akta ini,”.

Undang-Undang Malaysia 28

Akta A1785

Seksyen baharu 88a

Suggest a correction

Seksyen 40

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 88

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Penjalanan prosiding sivil 88a.  Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap

(a)

mana-mana pegawai Perbadanan yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Pengerusi; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana peguam bela dan peguam cara yang dilantik oleh Perbadanan, boleh bagi pihak Perbadanan, memulakan, menghadiri dan mengendalikan prosiding itu dan boleh membuat dan melakukan kesemua kehadiran, tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu.”.

Seksyen baharu 91a

Suggest a correction

Seksyen 41

Perbadanan—

Open as pageSuggest a correction

seksyen yang berikut:

“Penyerahan dokumen secara elektronik 91a.  (1)  Tertakluk kepada subseksyen (2), Perbadanan boleh membenarkan apa-apa penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang dikehendaki untuk diserahkan atau dikemukakan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini diserahkan atau dikemukakan melalui perantara elektronik atau secara penyampaian elektronik.

(2)

Syarat dan spesifikasi yang di bawahnya sesuatu penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diserahkan atau dikemukakan hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

Suggest a correction

(3)

Penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah disifatkan telah diserahkan atau dikemukakan oleh seseorang kepada Perbadanan pada tarikh pengakuterimaan dokumen itu disampaikan secara elektronik oleh Perbadanan kepada orang itu.

Suggest a correction

(4)

Pengakuterimaan oleh Perbadanan, penyata, penyataan, butiran, rekod, notis, laporan, daftar atau dokumen lain yang diserah atau dikemukakan menurut subseksyen (3) hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding.”.

Pindaan seksyen 92

Suggest a correction

Seksyen 42

Open as pageSuggest a correction

Perenggan 92(2)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”.

Seksyen 43

Pindaan Jadual

Open as pageSuggest a correction

Subperenggan 3(2) Jadual kepada Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “lima” dengan perkataan “tujuh”.

Seksyen 44

Kecualian

Suggest a correction

(2)

Apa-apa tindakan, arahan atau keputusan yang dilakukan, diberikan atau dibuat, atau apa-apa kuasa atau fungsi yang dijalankan atau dilaksanakan, oleh seseorang inspektor di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, setakat yang ia selaras dengan peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, disifatkan telah dilakukan, diberikan, dibuat, atau dijalankan atau dilaksanakan, oleh seseorang pegawai diberi kuasa secara sah.

Suggest a correction

Common questions

What is AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026?
AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1785 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.
Is AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026 still in force?
Yes — AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026 is currently in force.
When did AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026 take effect?
AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026 was first recorded in 2026.
How many sections does AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026 have?
AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026 contains 48 sections.
Where can I read the official version of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026?
The official text of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026 (A1785)