Malaysia legislation

Section 22

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026

Seksyen 22

Seksyen 46 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan

“program latihan yang diluluskan” dengan perkataan

“program latihan kemahiran yang diluluskan”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Perbadanan boleh, pada bila-bila masa, membatalkan kelulusan sesuatu program latihan kemahiran atau program latihan lain di bawah seksyen 44 jika Perbadanan menentukan bahawa program latihan kemahiran atau program latihan lain itu bukan lagi merupakan suatu program yang sesuai bagi maksud kemudahan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran.”;

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dengan memasukkan selepas perkataan

“program latihan kemahiran” dengan perkataan

“atau program latihan lain”; dan

(ii)

dengan menggantikan perkataan “menjalankan program latihan berkenaan” dengan perkataan

“menjalankan program latihan kemahiran atau program latihan lain itu”;

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

(d)

dalam subseksyen (3), dengan memasukkan selepas perkataan “program latihan kemahiran” dengan perkataan

“atau program latihan lain”; dan

(e)

dalam subseksyen (5), dengan memasukkan selepas perkataan “program latihan kemahiran” dengan perkataan

“atau program latihan lain, mengikut mana-mana yang berkenaan,”.

Pindaan Bahagian VIII