Malaysia legislation

Section 2

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026

Seksyen 2

Akta Tabung Pembangunan Kemahiran 2004 [Akta 640], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dengan memotong takrif “inspektor”;

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1785

AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

(PINDAAN) 2026

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1785

(b)

dengan memasukkan sebelum takrif “jawatankuasa” takrif yang berikut:

‘ “bantuan kewangan latihan kemahiran” ertinya apa-apa wang atau pemberian atau apa-apa bentuk bantuan kewangan lain yang diluluskan dan dibayar oleh Perbadanan kepada pelatih di bawah Akta ini bagi maksud latihan kemahiran atau latihan lain selain pinjaman latihan kemahiran;’;

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “Ketua Eksekutif”

takrif yang berikut:

‘ “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”

ertinya Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran yang dilantik di bawah Akta Pembangunan Kemahiran

Kebangsaan 2006 [Akta 652];’;

(d)

dengan memotong takrif “Majlis Latihan Vokasional

Kebangsaan”;

(e)

dengan memasukkan selepas takrif “Menteri” takrif yang berikut:

‘ “pegawai diberi kuasa” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai Perbadanan yang diberi kuasa di bawah seksyen 71b;’:

(f)

dalam takrif “pelatih”, dengan memasukkan selepas perkataan “latihan kemahiran” perkataan “atau latihan lain”;

(g)

dengan memasukkan selepas takrif “pelatih” takrif yang berikut:

‘ “penerima bantuan kewangan” ertinya seseorang pelatih yang kepadanya telah diluluskan, dan yang menerima, suatu bantuan kewangan latihan kemahiran di bawah Akta ini;’;

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

(h)

dengan menggantikan takrif “penyedia latihan kemahiran”

dengan takrif yang berikut:

‘ “penyedia latihan kemahiran” ertinya suatu pertubuhan, badan atau organisasi, sama ada yang ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, yang menyediakan latihan kemahiran atau latihan lain sama ada secara persendirian atau dengan pembiayaan

Kerajaan;’;

(i)

dalam takrif “pinjaman latihan kemahiran”, dengan memasukkan selepas perkataan “suatu pinjaman”

perkataan “, dalam apa-apa jua bentuk atau dengan apa-apa jua namanya dipanggil,”; dan

(j)

dengan menggantikan takrif “program latihan yang diluluskan” dengan takrif yang berikut:

‘ “program latihan kemahiran yang diluluskan” ertinya suatu program latihan kemahiran atau program latihan lain yang dijalankan di Malaysia dan diluluskan oleh

Perbadanan di bawah seksyen 44;’.

Pindaan seksyen 3

Section 2 — AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026