Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
Seksyen 53 Akta ibu dipinda—
(a)
dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan
“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
(b)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “Mana-mana pinjaman” dengan perkataan “Mana-mana pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”;
(ii)
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “pinjaman latihan kemahiran” perkataan
“atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
(iii)
dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:
“(e) penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan enggan atau gagal untuk mengikuti program latihan kemahiran atau program latihan lain itu; atau”;
Undang-Undang Malaysia 18
Akta A1785
(c)
dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan
“pinjaman” dengan perkataan “pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
(d)
dalam subseksyen (3)—
(i)
dengan menggantikan perkataan “pembatalan pinjaman” dengan perkataan “pembatalan pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran”; dan
(ii)
dengan menggantikan perkataan “terma perjanjian pinjaman” dengan perkataan “terma perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran itu”.
Pindaan seksyen 54