Malaysia legislation

Section 31

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026

Seksyen 31

Seksyen 54 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memasukkan selepas perkataan

“pinjaman latihan kemahiran” perkataan “dan bantuan kewangan latihan kemahiran”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Perbadanan hendaklah menyebabkan supaya disenggarakan suatu rekod mengenai semua pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran yang dibayar daripada Kumpulan Wang, dan bayaran balik dan pemulangan baliknya.”; dan

(c)

dalam subseksyen (2)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “penerima pinjaman” perkataan

“dan penerima bantuan kewangan”;

Tabung Pembangunan Kemahiran (Pindaan)

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (b)

perenggan yang berikut:

“(ba) amaun pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan latihan kemahiran yang perlu dipulangkan dan rekod pemulangan itu;”; dan

(iii)

dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

“(c) nama penyedia latihan kemahiran di mana penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan sedang menerima latihan kemahiran atau latihan lainnya, program latihan kemahiran yang diluluskan yang di bawahnya penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan sedang menerima latihan kemahiran atau latihan lainnya, tempoh latihan kemahiran atau latihan lain itu, dan tarikh tamat tentatif bagi latihan kemahiran atau latihan lain itu;

dan”.

Pindaan seksyen 56

Section 31 — AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PINDAAN) 2026