Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 65
seksyen yang berikut:
“Had masa bagi tindakan berkenaan dengan perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran 65a. Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain, apa-apa tindakan berkenaan dengan perjanjian pinjaman latihan kemahiran atau bantuan kewangan latihan kemahiran tidak boleh dibawa selepas tamat tempoh dua belas tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru.
Kuasa Ketua Eksekutif untuk mengeluarkan perakuan kepada Ketua Pengarah Imigresen 65b. (1) Ketua Eksekutif boleh, jika dia berpendapat bahawa mana-mana penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan adalah dijangka atau berkemungkinan meninggalkan
Malaysia tanpa membayar apa-apa wang yang kena dibayar kepada Perbadanan, sama ada dalam bentuk pembayaran balik atau pemulangan balik atau selainnya, mengeluarkan kepada
Ketua Pengarah Imigresen suatu perakuan yang mengandungi amaun yang kena dibayar kepada Perbadanan bersama dengan permintaan supaya penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan itu dilarang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga dia membayar semua amaun yang kena dibayar kepada Perbadanan atau mengemukakan jaminan yang memuaskan hati Ketua Eksekutif bagi pembayarannya.
(2)
Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan imigresen, Ketua Pengarah Imigresen apabila menerima permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah sebagaimana yang perlu untuk melaksanakannya dan langkah yang boleh termasuk penggunaan kekerasan yang munasabah dan penyitaan, pembatalan atau penahanan mana-mana perakuan pengenalan dan apa-apa pasport, atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan itu.
(3)
Jika seseorang penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan suatu penyataan bertulis yang ditandatangani pada atau selepas tarikh pengeluaran perakuan itu oleh Ketua Eksekutif yang bermaksud bahawa wang yang kena dibayar kepada Perbadanan yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayarannya, penyataan atau pembayaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi membenarkan penerima pinjaman atau penerima bantuan kewangan itu meninggalkan Malaysia.”.
Pemotongan Bahagian X